Azam 2012 dan cerita guru posting

Salam

Kesian blog ni lama tak berupdate. Busylah bah konon. Baru teringat pula mau update lagi-lagi tahun baru esok ni. Oklah mau cakap pasal azamlah konon tu. Biasalah tahun baru semua orang ada azam. Azam berazamlah konon. Entah-entah isi masa lapang untuk berazam. Tak apa, prasangka baik jak. Janji apa yang diazamkan tu diusahakan untuk diperoleh dan kalau tak diperoleh pun sekurang-kurangnya sudah berusaha dan pastinya masa akan datang digiatkan lagi usaha tu untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Amin. Azam tahun-tahun sudah tu kalau masih relevan, bangkitkan semula untuk dikenal pasti sejauh mana untuk dicapai. All the best.

Ok jom cerita pula pasal azam penulis blog ni, untuk tahun 2012 ni hanya targetkan soal bilalah boleh tercapai hasrat selepas 4 tahun belajar di UPSI tu. Kononnya mau jadi gurulah tu bah. Setakat ni dan buat masa ni harapan untuk mendengar khabar gembira dari pihak berkenaan untuk kami ni graduan pendidikan untuk ditemuduga seterusnya diberi penempatan untuk mengajar. Paling penting masa temuduga tu kena buat yang terbaiklah, senang diberi tempat untuk mengajar.

Kalau dulunya ada dua pilihan tempat untuk mengajar, penulis blog ni pilih negeri sendiri dan tempat sendiri, Semporna Sabah bah. Keduanya mungkin tempat praktikum dulu, SMK Keladi, Kulim (ada juga pengetua sekolah tu cakap mahu tolong minta situ, tak tahulah sekadar gurauan). Apa yang penting sekarang ni, tunggu tarikh 10 Januari 2012 dengarnya ada info pasal posting tahun 2012. Apa pun semoga dipermudahkan. Amin.

JOM MASUK UPSI

TARIKH TUTUP 28.11.2011

MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI WEB UPSI ; KLIK SINI

Assalamualaikum

Lama juga blog ni tak berupdate. Malas sebenarnya nak menaip guna idea dari otak. Penat. Time study dulu tak apa juga. Sambil-sambil buat tugasan yang ‘memaksa’ otak untuk memikir satu isu lebih mendalam. Sekarang ni lagi banyak isu. Hmm. Malas rasanya nak menulis untuk mengulas. Tak larat deh otak ni. Penat. Tenang aja sayang (ambik petikan skrip drama Nada Cinta). Tenang aja.

Layan jak lagu Bajau ni…

Cerpen : Saat Terakhir

Petang semakin berarak ke malamnya, Fikri masih terpaku di tepi kubur yang masih merah tanahnya. Entah apalah yang Fikri buat di tepi kubur sejak tadi. Kawasan tanah perkuburan sebelumnya dikerumuni sanak saudara penghuni kubur yang kini Fikri sedang berteleku di tepiannya sudah beransur pulang. Siapakah penghuni kubur dihati Fikri sehinggakan Fikri tidak berganjak lagi?

“Fikri, sudahlah ye nak. Marilah kita balik. Dah nak malam ni” Pak cik Kamal memujuk Fikri untuk pulang bersama sanak saudara yang lain. Pak cik Kamal rasa bersalah meninggalkan Fikri keseorangan. Bukan apa, Pak cik Kamal kasihan akan Fikri lagipun Pakcik Kamal suka dengan sikap Fikri yang mengambil berat si penghuni kubur selama hidupnya. Kamalia adalah penghuni kubur berkenaan. Pakcik Kamal adalah ayah kepada Kamalia. “Tak apalah pakcik, Pakcik baliklah dulu. Kejap lagi saya balik” Fikri tegas tidak meninggalkan kubur Kamalia.” Apa pun pak cik harap Fikri sabar dan tabah dengan ketentuan Allah. Biarlah Arwah Kamalia pergi dengan tenangnya. Tak baik meratap macam ni. Yang pergi biarkan pergi, kita yang masih hidup ini mesti tabah meneruskan kehidupan mendatang.” Pakcik Kamal memberikan kata perangsang.

“ Saya tau pakcik, tapi saya tak sangka Lia pergi macam tu saja. Impian kami sekadar impian yang akhirnya tiada penghujung.” Fikri sayu mengenangkan tentang Kamalia masa hidupnya.

“Lia, tolong jangan buat macam ni lagi” Kata-kata Fikri membuatkan Lia tersentak. “Apa ni Fik, Lia buat salah ke?” Lia merenung tajam mata Fikri. Lia seakan-akan tidak berpuas hati dengan kata-kata Fikri. “Siapa Fik ni dihati Lia? Kenapa Lia sanggup buat Fik macam ni?” Ungkapan Fikri semakin panas didengar oleh Kamalia. “ Ok, Lia minta maaf” Kamalia melafazkan maaf seolah dia bersalah.” Maaf? Lia, perkara macam ni Lia tak boleh sembunyikan dari Fik. Lia anggap Fik tak sayangkan Lia ke sehinggakan berahsia dengan Fik? Fik sayangkan Lia tau tak. Fik tak mahu apa-apa berlaku kat diri Lia. Tak mahu. Fik nak bersama Lia untuk gapai impian yang kita impikan selama ini.” Kamalia tekun mendengar keluhan Fikri. Fik, Lia buat semua ini untuk Fik tak sedih dan risau dengan keadaan Lia sekarang ini. Keluh Kamalia dalam hatinya.

“ Fik, Fik tak faham “ Kamalia menyusun kata-katanya untuk menerangkan hal sebenar. “Apa yang Fik tak faham? Fik faham Lia. Faham sangat Kenapa Lia buat macam ni. Lia tak nak Fik sedih, risau tengok keadaan Lia yang ada penyakit ni kan” Fikri semakin mendesak Kamalia yang rasa serba salah.

Fikri menadah tangan tanda berdoa. Selesai berdoa Fikri terusmeninggalkan pusara Kamalia petang itu. Dalam perjalanan pulang Fikri teringat pertengkarannya dengan Kamalia. Pertengkaran Kamalia dan Fikri seminggu sebelum Kamalia menghadap ilahi membuatkan Fikri rasa bersalah. Keesokannya selepas pertengkaran mereka, Kamalia dimasukkan ke hospital selepas Pak cik Kamal berasa sesuatu yang tidak kena tentang Kamalia. Kamalia tidak dapat menyembunyikan lagi rahsia penyakitnya. Semua orang sudah tahu sejak Kamalia dimasukkan ke hospital.

Menurut doktor yang merawat Kamalia, Kamalia telah lama menghidap penyakit tersebut sejak setahun yang lalu. Keadaan telah bertambah kritikal walau pun Kamalia nampak seperti sihat tetapi penyakit berkenaan dalam diam telah meragut nyawa Kamalia. Apa yang dimaklumkan oleh doktoryang merawat Kamalia, Kamalia hanya memakan ubat sahaja, sedangkan pemeriksaan ke hospital hendaklah selalu dibuat.

Tapi Kamalia tidak berbuat demikian untuk mengelakkan penyakitnya diketahui keluarganya dan juga Fikri. Sejak dimasukkan ke hospital sehinggalah Kamalia menghembuskan nafasnya yang terakhir, Fikrilah yang banyak menjaga Kamalia selain keluarga Kamalia sendiri. Fikri tidak dapat terima hakikat tunangnya layu tidak bernyawa lagi di pangkuan Fikri. Penyakit …….. telah memisahkan mereka buat selama-lamanya. Impian yang dijanjikan bersama tiada lagi kesinambungan untuk mencapainya.

Janji sehidup semati yang selama ini acap kali dibicarakan dengan kata-kata cinta sudah tinggal kenangan. Semati tidak bersama, sehidup hanya sementara. Fikri pasrah dengan ketetapan ilahi. Walau pun sukar diterima, namun sebagai manusia kena berusaha menerima qadak dan qadar Allah SWT.

Duka Fikri dapat dirasakan oleh Suraya. Suraya terlalu peka dengan apa yang berlaku kepada Fikri. Suraya telah lama memendam perasaan. Namun Kamalia juga bertakhta di hati Fikri. Mungkin pemergian Kamalia selamanya memberikan aku peluang untuk lebih mendekati Fikri. Suraya mula memikirkan apa strategi untuk mendapatkan Fikri. Suraya masih ingat lagi ketika dia terpikat kepada Fikri. Fikri memang seorang yang rajin dan pandai. Rakan-rakan sekuliahnya suka akan perangai dan sikap Fikri yang suka membantu mereka. Tidak kurang juga pertolongan Fikri kepada Suraya. Bibit-bibit cinta dihati Suraya makin mendalam tatkala mereka ditemukan dalam satu program bakti siswa ke Kuala Selangor anjuran Fakulti Sains Universiti Malaya.

Fikri sebagai pengarah program dan Suraya setiausahanya. Kesempatan itulah Suraya bertindak menarik perhatian Fikri untuk mencintainya. Namun sebagai seorang lelaki yang tidak suka hal-hal cinta semasa belajar Fikri tidak mengendahkan perangai dan sikap Suraya yang meluat hatinya. Sehinggakan suatu ketika Suraya memegang tangan Fikri dan cuba meramasnya. Saat itu mahu sahaja Fikri menampar Suraya. Sifat sabar masih lagi kuat untuk Fikri menjadi dayus menampar seorang wanita. Fikri hanya mampu menasihatkan Suraya yang seolah-olah tidak bersalah dengan apa yang dia lakukan. Kamalia sebagai Ajk Kebajikan sempat melihat adegan tersebut. Kamalia juga tertarik dengan sikap Fikri. Namun Kamalia tahu Fikri tidak berminat soal cinta dan hanya menumpukan kepada pengajian.

“ Fik, Lia minta maaf jika apa yang Lia cakap ni membuatkan Fik marah”. Kamalia rasa bersalah bertanyakan sesuatu bila melihat air muka Fikri di depannya berubah. Fikri mengangkat muka memandang tajam Kamalia. “ Hurm. Lia nak cakap apa? Sejak bila plak Lia ada sesuatu nak cakap takut Fik marah. Sebelum ni Lia tak ada pun. Ada apa-apa ke ni? “ Fikri berasak-asak bertanya kepada Kamalia. Perpustakaan seperti selalus senyap sahaja. Kadang kala kedengaran deheman, batuk dan percakapan berbisik. F

ikri dan Kamalia terus duduk di Perpustakaan selepas berbincang dengan ahli kumpulan mereka tentang tugasan. Mungkin ada sesuatu yang membuatkan Kamalia tidak berganjak lagi. Penyakit yang dialaminya semakin lama semakin pedih dirasakan. Tetapi Kamalia hendak juga bercakap dengan Fikri tentang sesuatu. “ Fik, Lia tak faham kenapa Fik tak suka bercinta? Sedangkan ramai yang suka dan cintakan Fik” Kamalia perlahan-lahan menuturkan kata-katanya. Fikri masih lagi menulis sesuatu dalam buku catatannya sambil tersenyum. Mungkin Lia ni suka kat aku juga ke, kenapa Lia cakap hal ni? Bisik hati Fikri.

“ Lia, tentang cinta ni rasanya tak perlulah Fik nak jelaskan panjang lebar. Lia pun tahu sebenarnnya tentang cinta sebelum kahwin. Fik bukan tak mahu bercinta tapi Fik tak mahu mendapat dosa percuma ketika bercinta. Mungkin pada awalnya tak ada perasaan tentang nafsu, tapi suatu hari nanti atau dorongan Syaitan pasti Fik tertewas lebih jauh. Bercinta pun dah menghasilkan bibit-bibit perasaan rindu, sayang dan macam-macam lagi. Kita sebenarnya tahu apa hukum hakam soal berhubungan dengan bukan muhrim. Fik tak mahu terlibat dalam golongan tu. Biarlah sampai waktu yang sesuai Fik akan akan hadapinya juga. Bukan menolak tapi kita masih dalam pengajian lagi. Tahun depan kita dah nak selesai, mungkin kalau ada jodoh kalau ada kerja nanti mesti Fik akan fikirkannya juga.” Kamalia sangat kagum dengan pendirian Fikri.

Mungkin dihatinya sudah terbit kalimah cinta. Tetapi Fikri tidak berminat lagi. Fikri terus tekun menulis nota pelajaran. Kamalia perhatikan Fikri dengan satu perasaan yang mengharapkan sesuatu. “ Lia kagum dengan Fik. Fik baik. Harap-harap Fik dapat bertemu dengan pasangan yang baik macam Fik juga.” Senyuman Fik terpapat walau pun tunduk menulis nota. “ Lia, Fik baik ke? Tak adalah. Apa pun terima kasih ye doakan Fik. Semoga Lia pun dapat pasangan yang Lia inginkan.” Kata-kata Fik memberikan semangat kepada Lia. Jauh dari sudut hati Kamalia, Lia sayangkan Fik.

Tapi Lia tak mengharap Fik terima Lia. Lia tau Fik ramai peminat. Pastinya Fik akan pilih dari kalangan mereka. Lia hanya mampu memendam perasaan ini. Lia malu nak meluahkannya. Lia bukan seperti Suraya berterus-terang kepada Fik. Sedalam mana jatuh cinta pun, Lia tak kan menggadaikan tangan Lia untuk memegang tangan Fik seperti Suraya lakukan terhadap Fik. Lia tahu Fik amat marah kepada Suraya masa tu. Fik, Lia kagum dengan sikap Fik. Alangkah bahagianya seseorang tu apabila menjadi pilihan Fik. Lia tak ada dalam senarai peminat Fik, siapalah Lia ni. Tak secantik Suraya. Lia orang kampung yang tidak tahu berpakaian orang bandar.

Fikri telah kembali ke tempat kerjanya. Fikri mengambil cuti seminggu untuk tenangkan diri. Segala kenangan bersama Kamalia sukar untuk dilupakan. Apa yang pasti ruang bilik pejabat arwah Kamalia tidak berpenghuni lagi. Sebelum Fikri ke biliknya pagi tadi, Fikri menjenguk bilik Kamalia. Fikri sayu. Tiada lagi kelibat Kamalia di pejabat. Semuanya tinggal kenangan. Saat bahagia tidak pasti dan akan berkubur selamanya bersama Kamalia. Fikri terduduk mengenangkan kenangan lamanya. Paling indah ketika Kamalia menerima lamarannya selepas mereka berdua selesai belajar. Memandangkan baru sahaja graduan, mereka memilih untuk bertunang. Lagi menggembirakan apabila mereka ditempatkan bekerja satu pejabat. Perancangan untuk bertunang setahun sahaja untuk berkahwin tidak kesampaian tatkala ilahi memanggil Kamalia. Sesiapa pun pasti kecewa dengan segala impian yang terputus ditengah jalan.

Lia,

Tak pernah terpikir olehku
Tak sedikit pun ku bayangkan
Kau akan pergi tinggalkan kusendiri

Begitu sulit kubayangkan
Begitu sakit ku rasakan
Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri

Dibawah batu nisan kini
Kau telah sandarkan
Kasih sayang kamu begitu dalam
sungguh ku tak sanggup
Ini terjadi karna ku sangat cinta

Inilah saat terakhirku melihat kamu
Jatuh air mataku menangis pilu
Hanya mampu ucapkan
Selamat jalan kasih

Satu jam saja kutelah bisa cintai kamu di hatiku
Namun bagiku melupaknmu perlu waktuku seumur hidup
Satu jam saja kutelah bisa sayangi kamu… di hatiku
Namun bagiku melupakanmu perlu waktuku seumur hidup
di nanti ku……

Luahan Fikri sungguh syahdu. Seseorang yang amat mencintai kekasihnya sehingga hujung dunia. Fikri tidak pasti akan mengharap lagi seseorang untuk menggantikan tempat Kamalia. Suraya, Fikri tidak sekelumit pun rasa cinta. Semuanya hanya pada Kamalia. Nasihat ayah Kamalia membuatkan Fikri kesayuan. “ Cukuplah nak, Lia dah pergi.

Teruskan kehidupan kita ni. Lia pasti tidak suka melihat keadaan Fik macam ni. Lia terseksa nak. Relakan ye. Lia lagi gembira di sana jika Fik ada penggantinya untuk membahagiakan Fik “. Lia……Fik sayangkan Lia. Ya Allah ampunkan dosa-dosa Lia, tempatkan Lia bersama-sama orang yang beriman. Amin. Tika saat itu yang terakhir, manfaatkan sesiapa pun di sisi. Bila saat berakhir, tiada lagi ruang untuk menarik semula untuk dimanfaatkan. Keredhaan pasti diutamakan. Ketentuan dan takdir Allah, manusia tidak berhak persoalkan. Apa yang termampu, berusaha ke arah yang lebih baik dan tawakal sepenuhnya.

DaripadaNYA kita datang , kepadaNYA juga kita kembali. Bersiap sedialah dengan segala persiapan untuk bekalan di sana nanti. Fikri tidak akan melupakan Kamalia, selesai solat sahaja pasti Fikri akan mendoakan Kamalia. Kekasih hati yang saat ketikanya menjadi milik Fikri berlalu begitu sahaja sehingga hilang dari pandangan. Tiada yang mampu lagi Fikri lakukan selain berdoa dan Fikri menerima hakikat Kamalia tiada lagi bersamanya. Bila saat terakhir Fikri melafazkan lamarannya, Kamalia tersenyum dan terus senyum di sana.

by, Akubah

Assalamualaikum

Habis sudah kisah praktikal di Smk Keladi Kulim Kedah sejak 25.08.2011. Segalanya banyak memberikan erti dalam kehidupan lebih-lebih hala tuju masa depan bergelar guru. Kenangan demi kenangan tercipta ketika itu namun sudah sampainya kenangan itu hanya mampu diimbas semula dalam ingatan bersama mereka yang terlibat.

Segala amanah dan tugas yang diberikan sudah dilaksanakan tapi mungkin tak sesempurna yang diharapkan baik diri sendiri mahupun mereka yang menjayakan perjalanan kisah praktikal. Sekian lama blog tak berupdate konon-kononnya menumpukan sepenuhnya terhadap apa yang dirancangkan. Idea pun turut keluh untuk menukilankan sesuatu di sini.

Ketika ini semua orang sibuk bersiap sedia menyambut bulan Syawal, hari raya yang sentiasa dinantikan selepas berpuasa. Ada yang sibuk balik kampung, membuat persiapan raya dan pelbagai lagi ragam. Diharap kepada mereka yang balik ke kampung, berhati-hati di jalan raya dan apa jua segala perancangan untuk menyambut raya semoga sentiasa berjalan lancar.

Aku? Masih lagi di daerah praktikal, Kulim. Kemungkinan akan beraya di sini. Hidup merantau biasalah. Lagi pun memang suka merantau ke sana sini. Kena terima hakikat walaupun keinginan balik ke kampung di Sabah sentiasa membuak-buak. Mungkin tak berkesempatan lagi. Setelah habisnya praktikal, tumpuan hanya menunggu menerima ijazah, konvokesyen yang tak tahu bila masanya akan dijalankan.

Setakat ni dulu, selamat hari raya khususnya kepada keluarga di kampung Semporna Sabah. Maaf zahir dan batin. Semoga semuanya sentiasa sihat selalu menantikan raya bersama yang lain walaupun tanpa aku. Salam kejauhan.

Ramadan – Ketibaan yang dinanti

Ramadan tiba lagi
Sememangnya sentiasa dinanti
Namun apakah penantian kita untuk Ramadan?
Ataukah penantian kita hanya selepas Ramadan?
Syawal bulan kegembiraan selepas berpuasa
Itukah penantian?
Muhasabah diri memanfaatkan ketibaan Ramadan
Untuk lebih mengerti disebalik Ramadan
Akan ada sesuatu yang lebih berharga untuk dihayati

Bulan Ramadan bulan kemuliaan
Bulan semua umat Islam berpuasa
Bulan untuk menambahkan pahala ibadah
Bulan untuk menyucikan hati dan jiwa yang telah kotor
Bulan untuk melihat semula tahap ketaqwaan diri
Bulan untuk memperlihatkan pengabdian mudah kepadaNya
Tidak makan dan minum di siang hari
Tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah
Itulah kemuliaan bulan Ramadan

Manfaatkanlah sebaiknya sebelum Ramadan berlalu pergi
Sebelum kita berlalu pergi
Sebelum kita tidak sempat menikmatinya lagi
Berusahalah menjadikan Ramadan kali ini
Terakhir dan terbaik dalam hidup kita
Yakni mengumpul sebanyak mana ibadah
Sebanyak mana taqwa
Sebanyak mana pahala
Sebanyak mana kebaikan
Kerana kita tidak tahu bila kita akan meninggalkan dunia

Dosa dan khilaf sebelum ini
Bersihkan dan sucikan diri dalam bulan mulia
Semoga Allah SWT menerima taubat dan kemaafan dari kita
Dia Maha Pengampun lagi Maha Pengasih
Pintu taubat sentiasa terbuka
Bertaubatlah sepenuhnya
Kelak kita sentiasa mendapat redhaNya
Tatkala meniti kehidupan penuh onak dan duri
Jangan sampai terlewat
Kelak membinasakan diri lantas azab menanti di akhirat

Ikhlaskan hati-hati kita
Menerima kehadiran Ramadan kali ini
Perbaiki segala amal pada kali ini
Kerana kita sentiasa leka
Berusahalah menjadi lebih baik dari sebelum ini
Sesungguhnya kehidupan ini ada likunya
Berjaya atau tidak menghadapinya
Kita sendiri yang berusaha
Berusaha untuk meningkatkan ketaqwaan
Berusaha untuk bersabar dengan segala dugaan
Pastinya hidup sentiasa dalam rahmat dan redhaNya
Berusaha menjadi lebih baik !!!

 

by,

Akubah

Kulim Kedah

Salam

Lama juga tak update blog ni, sibuk rasanya. Tapi kali ini ada something yang perlu dikongsikan untuk kenangan sepanjang praktikum. Cumanya aku tak tulis sekadar dilinkkan ke blog salah seorang pelajar aku. Memang cute orangnya. Hehe. Jom layan apa citenya sempena Majlis Makan Malam Perdana Pengawas 2011 sekolah tempat aku praktikum. Aku dan seorang guru praktikal lelaki dari USM yang diamanahkan untuk handle majlis ni. Payah beb. Huhu…

Hasil tangan, sekadar muka depan saja ye..

Sebahagian guru praktikal Smk Keladi Kulim Kedah…

JOM2 TERJAH BLOG STUDENT AKU NI. ADA CITE MENARIK DI SANA.

ALIA LAILA

Pertemuan di kala itu

Detiknya sudah berlalu

Segala harapan akhirnya terkulai layu

Aku sangkakan detik pertemuan pertama

Membayangkan kegembiraan berpanjangan

Rupanya kecewa yang berkunjung

 

Mengapa seketika itu permulaannya

Aku bukan mendesak

Cumanya kepastian jujur darimu

Aku mengerti jika itu kehendakmu

Namun seolah-olah bersyarat

Perasaan ini tidak menerima syarat

Cukuplah diterima sepenuhnya

Mengapa tika aku minta kejujuran

Ia seakan-akan tiada khabar darimu

 

Tika pertemuan pertama

Akhirnya kejujuranmu menidakkan harapan

Walaupun seakan tidak pasti

Ianya amat mengecewakan

Mengapa mengajar aku erti kebahagiaan

Tetapi kebahagiaan sekadar dibibir

Hati-hati itu sudah dirimu katakan bersatu

Tetapi mengapa perlu keliru

Aku faham kehendakmu

Tetapi dirimu tidak faham kehendakku……..

 

Dirimu kata aku baik

Tidak layak untukmu

Namun

Dirimu mencari apa sebenarnya

Aku tidak memerlukan pujianmu

Cukuplah aku diterima sepenuhnya

Kerna aku pasti pujianmu

Melayakkan dirimu untukku

Kerna hati ini sedang menunggu secebis hati

Dan Aku Telah Memilihmu Untuk Diriku

Menjadi Qurratuaini……………………..

 

by, Akubah

8.34pm

07.07.2011

Kulim

Assalamualaikum

Semakin lama berada di sini, semakin banyak dugaan dan cabaran yang menjengah untuk dihadapi. Kepelbagaian aktiviti sekolah, tugasan utama sering kali tak dapat dijalankan dengan sebaiknya. Mungkin itulah dinamakancabaran dalam dunia sebenar seorang pendidik. Selepas cuti 2 minggu lepas, semakin banyak tanggungjawab diamanahkan dan sebagaimana tugas seorang guru pelatih diusahakan sebaik mungkin. Kadang kala tak sebaik yang diharapkan oleh mereka cuma mampu berusaha sedaya yang mungkin.

Suasana suka, gembira, duka, gelak tawa, marah dan macam-macam lagi bentuk perasaan muncul tanpa diduga. Biasalah lumrahnya dalam setiap perkara baru yang dihadapi. Paling penting, kesabaran menghadapi pelbagai jenis perasaan mampu menjadikannya satu kenangan terindah di kala mempunyai waktu yang telah dihadkan. Jikalau ada rezeki pastinya akan lebih dari apa yang ada sekarang ini. Apakah yang akan berlaku hari esok dan seterusnya di saat pelbagai aktiviti terus menerjah gawang amanah? Usahakan sebaiknya.

Satu perasaan lain telah kunjung tiba dan masih mencari apakah perasaan itu………

Shorab Sa

Kulim

7.58pm

Assalamualaikum

Sudah sekian lama tak mencoretkan karya, akhirnya dapat juga menimbulkan idea sekian lama membeku. Bisikan sepersis alam menjengah blog ini.

BISIKAN SEPERSIS ALAM

Kicauan sang burung

Meredupkan lamunan

Tersenyum seketika

Detik kenangan itu berlalu

Bak sang burung berterbangan

Gemersik alam

Senada berbisik bersama

Mengkhabarkan indahnya ciptaan tuhan

Angin lalu menyapa

Seumpama kenangan itu hadir

Deretan pepohon alam

Menyaksikan keteraturan

Itu sifat alam

Manusia?

Mungkin persisnya ada

Namun kabur

Nun puncak gunung

Semahunya mengharap awan digapai

Sokongan alam bersama

Memperkukuh teguhnya harapan

Begitu juga manusia

Kepingin mencapai puncak

Gunung menggapai awan

Manusia menggapai impian

Rimbunan menghijau

Membatasi penglihatan

Cuma pepohonan menghiasi mata

Disebaliknya mungkin ada sesuatu

Dek manusia leka

Tersurat atau tersirat

Ianya pasti ada

Hanya tuhan lebih tahu

Sejauh mana hijaunya alam

Manusia pula mengukir ilmu

Betapa segarnya isi alam

Kenangan itu berbisik

Sepersis alam terus merimbun

by, Akubah

18.06.2011 (Kulim)

Laman Berikutnya »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.