Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sekian lama tak mencoret, idea buntu agaknya. Kali ini berceloteh pula tentang sambutan hari guru di sekolah baru-baru ini.

Tarikh 16 Mei berlalu sudah. Pastinya hari yang penuh bermakna kepada insan yang bergelar guru kerana kerjaya guru mendapat perhatian pada tarikh ini. Pelbagai aktiviti dan program dijalankan oleh semua sekolah pastinya untuk mengangkat hari yang penuh bermakna kepada semua guru. Pelajar juga pastinya yang sibuk meraikan hari yang amat bermakna untuk guru mereka. Kisahku di sekolah pada hari bermakna ini mungkin antara aktiviti yang menarik sekali dialami oleh para guru dan juga para pelajar. Kegembiraan, keceriaan dan keseronokan dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan menjalinkan hubungan yang amat baik antara guru dan pelajar serta sesama guru khususnya.

Sejak hampir setahun berkhidmat di sekolah ini dan bergelar guru, satu saja yang aku inginkan selama ini iaitu sesi bergambar bersama semua guru. Akhirnya terlaksana juga hasil idea guru pengelola sambutan majlis hari guru tahun ini bersama pelajar-pelajar pra universiti. Itulah antara kenangan yang ingin diabadikan sebagai satu kesatuan antara semua guru di sekolah ini. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga cukup menarik tetapi aku tak dapat mengikuti keseluruhan aktiviti atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan (perbincangan bersama beberapa orang pelajar pra u untuk persediaan menghadapi peperiksaan STPM penggal 2).

20130516_080225

Guru-guru SMK Tagasan

Apa pun, hari yang amat bermakna untuk aku sendiri dan para guru serta semua yang terlibat. Terima kasih juga kepada pelajar yang telah memberikan hadiah sempena hari guru ini. Sangat dihargai hadiah tersebut dan kata-kata yang tersisip dibungkusan hadiah tersebut amat menyentuh hati. Sentiasa mendoakan kejayaan anda semua. Berusaha dan terus berusaha. Pasti kejayaan akan hadir juga cuma lambat dan cepat sahaja. Minggu depan, pelajar pra u yang aku ajar akan menghadapi peperiksaan STPM penggal 2. Ujian pertama untuk aku melihat sejauh mana hasil pengajaranku kepada pelajar-pelajarku dalam konteks peperiksaan sebenar. Moga pelajar-pelajar pra u sekolah ini dipermudahkan untuk menghadapi peperiksaan ini. Hanya mampu memberi pengajaran yang sehabis baik, segala kekurangan akan diperbaiki lagi.

Jom tonton video majlis sambutan hari guru 2013 untuk acara nyanyian lagu Kami Guru Malaysia dan lafaz ikrar guru-guru smk tagasan semporna sabah.

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

Assalamualaikum

 

Akhirnya aku telah memilikinya.

Sejak dibangku sekolah lagi (tingkatan 6) ingin mencari dan memilikinya tatkala melihat seorang rakan selalu bersamanya.

Pencarian demi pencarian, tahun ke tahun, terjumpa, berjumpa dan bersama seketika namun atas sebab ketidakmampuan untuk memilikinya.

Hhanya dihasratkan dalam hati akan memilikinya satu hari nanti.

15.02.2013 tiba juga ia berada di sampingku.

Semoga menjadi peneman hidupku yang sudah lama ingin memilikinya.

Paling penting adalah peranannya/panduannya mudah-mudahan sedikit sebanyak membawaku ke arah apa yang diharapkan.

Oh Riyadus Solihin ……

20130216_213635

Sudah menjangkau usia setahun berkhidmat sebagai guru (campur tugas guru interim) semakin banyak perkara yang perlu dihadapi. Permulaan yang cukup baik untuk seorang guru dan semakin lama permulaan itu dipenuhi liku-liku yang berduri (sadis betul ayat). Liku-liku berduri yang dimaksudkan cabaran tugas seorang guru berhadapan dengan amanah utama untuk mendidik anak bangsa dan berhadapan dengan pelbagai karenah manusia sama ada waktu bertugas dan di luar waktu bertugas.

Semakin banyak juga tugas diberikan, semakin banyak juga perkara baru yang ditemui. Perkara baru yang selama ini belum pernah dihadapi kini bakal dilalui. Kadang-kadang apabila tugas diberikan, semangat untuk melakukan yang terbaik memang berada pada tahap yang tinggi. Namun jika dorongan dan sokongan yang diharapkan tidak seperti yang dimahukan sedikit sebanyak menggugat tahap semangat.

Mungkin ada sebab musababnya, kena akur namun itulah sebenarnya yang berlaku. Setiap apa yang dikerjakan pastinya mengharapkan yang baik-baik saja. Lebih bagus lagi, sekiranya mendapat yang lebih terbaik lagi. Itu boleh dikatakan bonus dalam melaksanakan tugas.

Perkara inilah yang perlu dihadapi. Mungkin sukar tapi hakikat yang sepatutnya diketahui. Kadang-kadang kita mengharapkan orang lain melaksanakan tugas tersebut, mungkin kita sendiri boleh melakukannya namun atas dasar pembahagian tugas sebaiknya perkara ini sepatutnya disematkan diri dengan tanggapan bahawa sudah dewasa dan tahu apa hala tuju tugas malahan fokus utama dalam amanah yang diberikan.

Adakah begitu pelaksanaannya? Manusia. Kadang kala kata-kata saja sudah dikatakan mampu melaksana tapi pelaksanaannya yang sebenar? Alasan selalu diberikan, biasalah manusia sentiasa leka dan alpa. Tapi sampai bila? Muhasabah diri sendiri. Banyak tugas dan amanah lagi perlu difikirkan.

By,

Akubah 2013 (6.2.2013)

Flat

Kata Mutiara Imam Syahfii tentang Kehidupan

 

image

Assalamualaikum

Kursus 4 Siri Pengkarya Guru macam bagus nak join. Tapi tak berapa dengan arahan untuk menghantar penulisan dan ilustrasi tu. Hoho. Nanti difikirkan. Siapa yang berminat boleh join. Maklumat lanjut boleh layari web Majlis Buku Kebangsaan Malaysia. Klik SINI. Semua kos ditanggung KECUALI kos perjalanan ke tempat kursus iaitu di Kuala Lumpur. Cer tengok bawah maklumat lengkap dan jika berminat masuk web tu dan isi borang di bawah kemudian lampirkan penulisan dan ilustrasi ciptaan anda. All the best.

 

Kursus 4 Siri Pengkarya Guru

Mahu hasilkan buku kanak-kanak? Sertailah kursus 4 Siri Pengkarya Guru di hujung minggu.

Cikgu akan pelajari:

  • Teknik menulis dan mengilustrasi buku kanak-kanak
  • Teknik mengarang cerita dan menghasilkan storyboard
  • Bagaimana menghasilkan dummy berdasarkan cerita?

serta BERPELUANG UNTUK MEMASARKAN KARYA KEPADA PENERBIT TEMPATAN!

Yuran kursus, penginapan dan makan minum ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Anda cuma perlu biayai sendiri kos perjalanan ke tempat kursus DI KUALA LUMPUR pada tarikh-tarikh yang berikut:

  • 1, 2 dan 3 Februari 2013
  • 22, 23 dan 24 Februari 2013
  • 29, 30 dan 31 Mac 2013
  • 26, 27 dan 28 April 2013

Hantarkan butiran lengkap berserta contoh penulisan mahupun ilustrasi melalui borang di bawah ini sebelum 21 Januari 2013