Isu Semasa


Assalamualaikum
Kejadian rusuhan di Mesir bukan lagi masanya untuk kita menuding jari menyalahkan pihak itu ini. Inilah masanya untuk kita bersatu dalam menyelesaikan permasalahan ini. Kira-kira 11 ribu rakyat kita di sana walaupun pengkhabarannya sedikit jelas dan tak jelas untuk diterima. Semua kena peka dan berusahalah untuk mendoakan keselamatan mereka. Kepada pihak yang suka mengkritik itu ini, hentikan kritikan anda.

Pastinya pihak yang berkuasa sedang melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya. Jadi, isu seperti ini menjadikan kita untuk lebih peka dengan dunia luar dan bukannya menuding jari tak sudah-sudah. Pengkhabaran dari Facebook kisah di Mesir sedikit melegakan namun teruskan berdoa dan memberikan keyakinan keselamatan kepada mereka di sana.

Mereka perlukan sokongan kita untuk terus berusaha menyelamatkan diri dari kekecohan. Sumber-sumber berita atau info semasa diharap memberikan maklumat yang sahih agar tak wujud spekulasi buruk melampau kepada rakyat di sana mahupun di sini. Sama-samalah kita mendoakan keselamatan mereka. Apa yang penting, sokongan moral anda lebih berguna daripada kritikan. Teruskan mendoakan mereka.

Dibawah ni satu seruan untuk anda dan bersama-samalah kita menyebarkannya dengan tujuan kesedaran serta perhatian kita kepada mereka di sana. Paling penting doakan keselamatan mereka. Sumber dari kisah di Egypt

 

Minta jasa baik semua yang berada di Malaysia,
Tolong, tolong, tolong, sebarkan pada semua.
Tingkatkan kesedaran.
Rakyat Malaysia di Egypt perlukan bantuan kerajaan.
Secepat mungkin.
Keadaan di Egypt adalah lebih buruk dari yg anda semua tahu.
Kami lihat, media utama di Malaysia tidak ketengahkan langsung hal Egypt.
Kata TPM, “Pelajar Malaysia selamat, tidak perlu dibawa pulang.”
Please, jangan bergantung pada media tempatan dah.
Go online, bukak BBC, Al-Jazeera.
BUKA MATA, banyak lagi penting dari hal pilihanraya Tenang tu.
Kenapa, kenapa, student abroad je yg banyak sebarkan hal ni???
Lepas tu, keluarga pelajar Egypt yg kt Malaysia je risau.
Korang tak risau ke?
Tolong la, aku merayu ni.
Okay, wanna know the truth???

Airport di Alexandria dah tak boleh pakai.

Balai polis di sekitar Mansoura dan Alexandria dah dipecah.

Angkatan polis diarahkan untuk tidak mengawal, kononnya untuk susahkan lagi protes.

Penjara-penjara, yes, PLURAL, di sekitar Egypt dah dipecah masuk; lebih 6000 banduan terlepas di jalan-jalan Egypt.

Pelajar2 perempuan terpaksa bergantung dengan pelajar2 lelaki untuk mengawal rumah mereka.

picture credit to krisis mesir
Aduh, tak boleh tidur aku malam ni, menunggu updates dari Egypt.
Korang, please. Aku merayu ni. Sama2 kita tolong. InshaAllah, semua akan selamat.
post credit to umek.thanks for posting this babe. i wouldnt understand unless you post it. and im praying that my aunty and all malaysian at egypt is alright. amin.
and you. yang sedang membaca. please copy and paste entry ini di blog, di facebook, di twitter in everywhere social network you have. spread it please.
thank you. 😥

Assalamualaikum

Jalan-jalan di alam maya tadi banyak blog mengisahkan kejadian rusuhan di Mesir ketika ini,. Boleh dikatakan kebangkitan rakyat Mesir terhadap pemerintahan yang tak mencapai mandatnya lagi untuk memerintah. Kebangkitan di Tunisia menjadi inspirasi kepada rakyat Mesir untuk menidakkan pemerintahan yang tak menyebelahi rakyat dan sekadar boneka barat. Syah menyokong tindakan rakyat Mesir ini.

Memang setiap rusuhan pasti berlaku kekecohan yang amat perit untuk diterima. Lain lagi kisahnya nyawa turut terkorban dek kerakusan pihak yang mempertahankan kerajaan sedia ada. Mungkin tak menyalahkan pihak ini disebabkan atas desakan arahan pihak atasan. Kerisauan sebenarnya ditujukan kepada rakyat Malaysia dan menurut sumber lebih kurang 11 ribu rakyat kita di sana melibatkan majoritinya pelajar. Sedikit info dari Bharian Online.

Menurut sumber juga, ada kalangan pelajar kita menjadi sasaran melibatkan pencerobohan ke kawasan kediaman dan rompakan. Sungguh tak bertamadun dalam kesempitan ada pihak lain yang mengambil kesempatan. Semoga rakyat kita semuanya dalam keadaan selamat. Kepada pihak kerajaan, berusahalah untuk lebih tegas lagi untuk membawa keluar rakyat kita ini. Usahakan sebaik yang mungkin.

Bukan masanya lagi berpolitik tak tentu pasal (banyak komen bercakap hal ni di FB dan blog), yang penting keselamatan rakyat kita perlu diutamakan. Bersatulah semua untuk kepentingan dan keselamatan mereka yang terlibat. Inilah masanya untuk menunjukkan keprihatinan semua pihak bersatu dalam hal-hal yang lebih penting lagi. Semoga semuanya dipermudahkan. Amin.

yawmul ghadap, kritis mesir, selamatkan rakyat malaysia di mesir, rusuhan mesir,

yawmul ghadap, kritis mesir, selamatkan rakyat malaysia di mesir, rusuhan mesir,

yawmul ghadap, kritis mesir, selamatkan rakyat malaysia di mesir, rusuhan mesir,

yawmul ghadap, kritis mesir, selamatkan rakyat malaysia di mesir, rusuhan mesir,

yawmul ghadap, kritis mesir, selamatkan rakyat malaysia di mesir, rusuhan mesir,

Untuk maklumat / info terkini tentang situasi di Mesir bolehlah rujuk sumber-sumber di bawah. Doakan keselamatan mereka dan harap-harap keadaan di sana mula reda sedia kala.

SILA KLIK

FACEBOOK

BLOG

sumber gambar : Klik Sini

 

Assalamualaikum

Dua hari tak update blog dek kesibukan dengan dunia kampus yang sudah semakin diterjah dengan beberapa tugasan. Kali ini ingin mencoretkan sudut perspektif yang berlatarbelakangkan pengisian dalam satu filem tayangan yang bertajuk Aku Masih Dara. Baca saja tajuknya sudah tentu pelbagai tanggapan akan muncul dibenak minda untuk dirungkai khususnya penyampaian isi dalam filem ini.

Syah terdengar/terbaca tajuk filem ini, terbayang ianya satu filem yang mengisarkan fenomena sosial yang berlaku melibatkan maruah dan nafsu. Sebelum Syah sendiri menonton filem ini, kedengaran desus desas yang mengatakan filem ini tak sesuai untuk dipaparkan dan pengisian yang disampaikan tak menepati cara yang digunakan.

Tetapi melalui penceritaan rakan dan bacaan sampingan tentang filem ini Syah tak memberi kesimpulan awal walaupun Syah boleh agak babak-babak yang tak sepatutnya dipertontonkan mahupun dilakukan oleh pelakon filem ini. Syah hanya berfikiran positif dan khabar dari rakan yang telah menonton filem ini menjelaskan ada sesuatu yang perlu diambil kira oleh penonton dari setiap jalan cerita filem ini yakni pengajaran berguna.

Baru sebentar tadi Syah telah menonton filem ini dalam youtube dan betullah apa orang kata, babak-babak kurang sesuai sebaiknya diperhalusi kaedahnya seperti pemakaian dan skrip adegan tertentu. Tapi sebenarnya filem ini memang banyak pengajaran seumpama satu filem keagamaan yang sarat dengan nasihat, teguran dan ilmu baru bagi mereka yang menyelaminya secara positif.

Dari sudut positifnya, penyampaiannya agak berjaya dan setiap babak yang berunsurkan nasihat mampu menyentuh hati bagi penontong yang pernah mengalaminya atau mungkin satu keinsafan menjelma dari lubuk hati. Filem yang agak terus kepada penonton dari segi isi kandungannya boleh dipuji, pastinya penonton berasa sedikit tersentuh gelagat watak dan perwatakan mereka bercakap soal agama.

Setiap filem semestinya ada pengakhiran yang baik atau mesej akhir kepada penonton, begitu jugalah dalam filem ini. Kesudahan yang baik dan nasihat yang berguna disebalik seorang watak yang baru berubah namun kembali semula ke perwatakan lamanya seperti suara latar pengakhirran cerita ini. Allah SWT berfirman dalam Surah Ar-Ra’d ayat 11″…Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri…”

Apa pun, secara keseluruhannya filem ini memberi kesedaran kepada kita tentang dunia sosial yang semakin menguasai muda mudi ketika ini. Pergaulan bebas dan kerosakan akhlak sudah jelas dan ketara melanda anak remaja khususnya dan sedikit sebanyak merisaukan semua pihak terutamanya ibu bapa. Begitu juga sifat ingin mengetahui atau mempelajari agama dek kehidupan yang penuh dosa menjadikan satu intipati bahawa setiap masalah dan dugaan dalam kehidupan ada jalan penyelesaian yang terbaik iaitu berbalik kepada agama yakni Al-Quran dan sunnah.

Jadi perlunya timbul keinsafan dalam diri kita, bukan hanya mengisi lapang semata-mata menonton filem ini. Tetapi disebalik masa lapang itu ada satu sumber dan info yang mampu menzahirkan penambahbaikan dalam kehidupan kita. Semoga bermanfaat. Apa pun, sentiasa berfikir positif dalam segala hal kerana di sebaliknya ada sesuatu yang boleh dijadikan pedoman kehidupan.

Gambar dari www.budiey.com

Salam

Berita mengejutkan dalam dunia politik negara apabila seorang lagi Adun di DUN Merlimau meninggal dunia malam tadi akibat serangan jantung. Al Fatihah. Pastinya akan ada lagi pilihan raya bakal menyusul. Sebelum ini kita pernah dikejutkan juga dengan berita pemergian Adun DUN Tenang dan tak lama lagi pilihan raya kecil kawasan tersebut akan diadakan pada 30 Januari ini. Kalau kita perhatikan sudah banyak pilihan raya kecil diadakan sejak pilihan raya umum ke 12 yang lalu.

Semalam juga sumber berita melaporkan Speaker DUN Selangor mengumumkan bahawa kerusi DUN Pelabuhan kosong apabila dikatakan Adun yang berkhidmat di kawasan ini tak menghadiri sidang DUN selama 6 bulan. Namun, ianya dinafikan oleh Adun tersebut dan proses rayuan akan dibuat oleh beliau. Sekiranya gagal dalam rayuan, akan berlaku lagi pilihan raya. Tak semena-mena kejadian sebegini berada dalam luar jangkaan kita. Kita boleh katakan pemergian beberapa Adun atau Ahli Parlimen ini adalah ketentuan yang Maha Kuasa. Itulah takdirNya.

Siapa sangka pilihan raya kecil yang sudah berlangsung sebelum ini adakalanya memihak kepada wakil yang telah memenanginya semasa PRU 12 yang lalu dan adakalanya juga memihak kepada wakil baru dari parti politik tertentu. Kita tak menduga perkara ini boleh berlaku, ianya seakan-akan membayangkan PRU yang ke-13 menyaksikan satu proses demokrasi yang agak sengit pastinya. Pilihan raya kecil ini menampakkan tanda sokongan awal kepada pihak yang akan bertanding baik kepada parti Kerajaan mahupun parti Pembangkang.

Namun, tak semestinya pihak yang menang dalam pilihan raya kecil ini akan menang dalam PRU yang ke-13 nanti. Sukar untuk dijangka kerana permainan politik itu amat licik jika diikuti sepenuhnya. Pihak pembangkang dan Kerajaan akan cuba untuk menarik sokongan rakyat untuk memihak kepada mereka. Kiranya pilihan raya kecil ini kayu pengukur dan ada ura-ura juga mengatakan bahawa tanda-tanda awal kebangkitan rakyat dalam menilai suasana landskap politik negara yang ada sahaja gelagat, isu mahupun permasalahan berlegar-legar dalam pemikiran rakyat.

Apa pun, hak mengundi atau memilih adalah hak rakyat. Kita tak boleh memaksa mereka untuk memilih parti itu ini bahkan semuanya bergantung kepada usaha kedua-dua belah pihak. Adakah kedua belah pihak ini boleh menyakinkan rakyat bahawa mereka mampu membawa perubahan yang lebih baik atau sebaliknya, itu terpulang kepada mereka. Rakyat hanya menunggu masa untuk menanda wakil tertentu atas dasar kepercayaan mereka atau penilaian terbaik mereka.

Tapi kita tak lari dari pergolakan dalam setiap pilihan raya. Ada sahaja yang tak kena. Masing-masing mempertahankan agenda sendiri dengan kata lain merekalah jaguh sebenar. Semua itu tak penting jika sekadar permulaan untuk proses pilihan raya tetapi selepasnya tak berfunsi, maka rakyat boleh beralih kepada pihak yang lebih memahami mereka dalam pilihan raya masa akan datang. Siapa boleh jangkakan rakyat berpihak kepada parti mana, itulah namanya undi adalah rahsia.

Kadang kala terfikir juga kenapa tak diberikan saja DUN yang kosong itu kepada pihak yang memenanginya sebelum ini? Bukankah mengadakan pilihan raya baru akan hanya membazirkan duit. Bayangkan jika 3 pilihan raya berlaku dalam 2 bulan ini secara berasingan, kira sendirilah kos/belanja pilihan raya yang digunakan. Tapi mungkin sudah ditetapkan sebegitu dalam peraturan dan namanya proses demokrasi, hak rakyat juga kena diutamakan. Mungkin wakil rakyat dulu tak menjalankan tanggungjawab sebaiknya, mungkin pilihan raya baru merubah wakil rakyat yang terbaik. Siapa tahu…

Salam

Sudah lama tidak menukilkan sesuatu yang berbentuk perahan idea disebabkan sibuk dengan kuliah dan beberapa perkara yang menidakkan otak tidak dapat memerah idea lebih mendalam. Kali ini cuba untuk menukilkan sesuatu yang sudah biasa kita dengar, perkatakan malahan menjadi buat mulut khususnya melibatkan gelanggang politik negara. Konsep yang diperkenalkan oleh setiap Perdana Menteri (PM) negara kita itulah yang akan dikemudikan untuk dicoretkan di sini. Cumanya hanya mengambil konsep yang diperkenalkan oleh PM bermula dari Tun Mahathir selaku PM yang ke-3, Tun Abdullah selaku PM yang ke-4 dan terkini PM Dato’ Najib.

Tun Mahathir dengan konsepnya yang agak jauh kehadapan yakni Wawasan 2020 sering kali menjadi igauan dan tatapan kita untuk berusaha mencapainya selain peranan pihak kerajaan sejak pentadbiran beliau sehinggalah kini tidak putus-putus untuk menterjemahkan konsep ini ke arah hala tuju yang sebaiknya. Manakala Tun Abdullah yang mengetengahkan konsep Islam Hadhari sudah cukup membuatkan kita khususnya parti pembangkang mempolitikkan bahawa konsep ini merupakan ajaran baru atau lebih dikatakan ajaran Islam yang tersasar. Bukan saya yang mengatakan tetapi kita boleh nilai, dengar mahupun baca di media massa dan juga elektronik berkenaan konsep ini.

Begitu juga konsep 1Malaysia yang dicanangkan oleh Dato’ Najib turut dikecohkan dengan beberapa tanggapan yang bagi kita adalah cukup mengelirukan bagi kita yang tidak memahami konsep ini sepenuhnya. Tanggapan ini lahirnya dari kaca mata politik pihak pembangkang yakni berunsurkan konsep yang dilaungkan oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang berpangkalan di Singapura semasa zaman Singapuran menyertai gabungan pembentukan negara Malaysia. Dikatakan bahawa PAP mempunyai “cawangan” politiknya di negara ini sejak Singapura dikeluarkan dari gasasan Malaysia pada tahun 1965 iaitu Democratic Action Party (DAP).

Selain itu, persepsi konsep ini turut digelarkan sebagai meniru konsep beberapa negara antaranya One Israel sehinggalah muncul isu Malaysia menjadikan syarikat dari Israel iaitu APCO menasihati pemerintahan Malaysia. Begitu juga Indonesia yang menggunakan 1Indonesia. Dalam hal ini saya kurang jelas siapa yang memulakan konsep ini sama ada Malaysia atau Indonesia. Tamat di sini tentang pengenalan dan isu berkaitan dengan ketiga-tiga konsep ini. Saya sekadar menjelaskan mengikut perspektif saya sendiri berdasarkan pemerhatian dan pokok pangkal konsep ini sendiri. Bagi yang tidak bersetuju dengan penjelasan ini, point utama adalah semua manusia mempunyai pandangan atau pendapat sendiri, oleh itu berfikir secara berhemah untuk menerima pendapat orang lain. Bukan mendabik dada dengan perspektif saya tetapi sekadar memerah idea untuk diketengahkan. Sebarang kritikan dan komen dialu-alukan.

Pertama sekali saya jelaskan berkenaan dengan Wawasan 2020, bagi saya konsep ini lebih kepada usaha kita untuk berusaha mencapainya. Dalam erti kata lain, setiap manusia mempunyai impian untuk digapai. Mungkin itulah yang boleh digambarkan tentang konsep yang diperkenalkan ini. Apa yang penting, usaha semua pihak untuk berusaha mencapainya dengan peranan, langkah dan kerjasama yang perlu dititikberatkan. Mungkin bagi kita untuk mencapai sesuatu perkara yang belum pasti agak sukar difikirkan lebih-lebih lagi melihat situasi politik, ekonomi dan sistem masyarakat pada zaman ini. Konsep ini lebih terarah kepada hasrat untuk menjadikan negara ini negara maju pada tahun 2020. Sekarang kita sudah berada pada tahun 2010, cuma 10 tahun lagi untuk melihat hasilnya. Persoalannya adakah gambaran sudah jelas kita sudah bersedia menghadapi impian tersebut?

Kita boleh nilaikan sendiri dengan pemerhatian, kajian dan situasi negara pada masa kini. Apa yang saya tekankan adalah impian negara bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai jika pelbagai pihak seringkali menidakkan segala usaha kerajaan baik untuk kepentingan negara mahupun rakyat. Lain lagi beberapa pihak memperlekehkan konsep ini malahan ianya dikatakan sekadar retorik kosong pemimpin negara untuk mengaburi mata rakyat sedangkan usaha yang dilakukan hanyalah untuk kepentingan pemimpin itu sendiri. Kita tidak boleh menghalang orang lain memberikan pandangan baik yang berbentuk positif atau negatif bahkan ianya sebagai pengkaji kelemahan dalam apa jua perkara yang kita usahakan. Dalam salah satu cabaran konsep ini yakni penekanan terhadap dunia IT, bagi ini antara perkara penting pada zaman ini seterusnya pada masa hadapan. IT mempunyai peri pentingnya yang tersendiri dalam semua perkara sehingga dikatakan dunia di hujung jari, semua perkara dalam dunia ini boleh diketahui dengan pantas.

Begitu juga pengenalan dunia IT dalam sistem politik, ekonomi khususnya kecanggihan IT sedikit sebanyak membantu perkembangan ekonomi negara, jadi tidak hairanlah 10 tahun akan datang IT menjadi platform utama dalam semua urusan yang berkaitan. Adakah kita turut memberikan kerjasama atau berusaha membantu kerajaan mencapai hasrat Wawasan 2020 ini? Apa peranan yang kita boleh lakukan baik sebagai pemimpin politik, pelajar, pekerja atau lain-lain untuk mengemudi sasaran ini? Apa kata Nabil Raja Lawak, Lu Fikirlah Sendiri. Maksud saya, kita tahu apa peranan kita dan kita tahu apa kerajaan kehendaki dari kita dan begitu juga sebaliknya.

Konsep yang kedua, Islam Hadhari. Saya bukanlah pakar ilmu agama untuk menjelaskan konsep ini dari sudut ilmu agama tetapi sekadar menjelaskan secara umum apa yang tersirat ataupun sudah tersurat dari laungan konsep ini. Bagi saya, konsep ini bukanlah satu bentuk ajaran baru tetapi satu peringatan kepada diri kita sebagai umat Islam untuk memantapkan lagi ketaqwaan kita kepada Maha Pencipta. Dalam kata lain, konsep ini membawa kita untuk merenung kembali iman kita dan hala tujunya. Sekurang-kurangnya laungan konsep ini mengingatkan yang alpa bahawa Islam semestinya digunapakai dalam semua aspek kehidupan. Bagi yang tidak alpa ianya menambahkan lagi ketaatan kita sebagai umat Islam yang berkonsepkan tauhid kepada Allah SWT.

Bersambung.,..

2.15am

KUO

Salam

Apa yang kita tahu dan apa kita yang kita pura-pura tahu!

Tarikh 16 September 2010 sudah berlalu dan pada hari itu sinonim dengan sambutan Hari Malaysia yakni penubuhan Malaysia bersama Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu. Namun kini, sejak keluarnya Singapura dari Malaysia pada tahun 1965, Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia terus berjuang memakmurkan dan memajukan negara ini. Mungkin bagi kita masih teringat lagi isu 16 September 2008 yakni kononnya kerajaan baru akan ditubuhkan melibatkan peralihan kuasa BN ke PR. Sama ada ianya igauan mahupun janji-janji bak angin berlalu bukan persoalan penting tetapi hala tuju politik masa kini sudah mencapai tahap yang agak mencabar. Mencabar dalam erti kata polemik-polemik politik, pergolakan isu, kebangkitan rakyat, konspirasi dan sebagainya.

Di mana sahaja, celoteh politik zaman ini sering menyesakkan telinga untuk mendengarnya. Baik dari golongan rakyat mahupun wakil rakyat. Isu-isu berkaitan politik amnya dilihat semakin menguasai pemikiran untuk diketengahkan oleh golongan yang aktif berpolitik. Lantaran itu, pelbagai pihak sama ada di pihak PR, BN atau atas pagar masing-masing mengeluarkan persepsi dan tanggapan sendiri tentang isu-isu yang sedang hangat diperkatakan. Persepsi bagi mereka yang pastinya memberikan fakta atau mungkin juga sekadar auta yang nampak bersifat individualistik mengetengahkan pendapat dan maklum balas terhadap satu-satu isu. Hal ini tidak lain tidak bukan bentuk luahan perasaan dan ianya juga ketaksuban berpolitik.

Lihat dan baca sahaja isu-isu terkini mahupun isu lama yang disensasikan baik dalam alam maya ini dan juga media cetak. Belum lagi “peperangan akhbar” yang sering menegakkan pendirian dan pengkhabaran berita yang disampaikan. Pihak sana mengatakan pihak sini memfitnah begitu juga sebaliknya pihak sini mengatakan pihak sana sedemikian rupa. Justeru, bagi penilai situasi ini mungkin sukar mencari kebenaran tersirat. Melainkan ketaksuban berpolitik dan sokongan kepada pihak tertentu akan menyokong setiap apa yang diperkhabarkan. Itulah perumpamaan mudah.

Sudalah isu dalam negara sukar mencari jalan penyelesaian, timbul pula isu luar negara yakni negara jiran Indonesia apabila segelintir rakyatnya melaungkan Ganyang Malaysia yang dikendalikan pihak yang menggelarkan diri mereka Bendera. Mungkin kita sedia maklum bahawa laungan Ganyang Malaysia ini sudah lama berputik zaman konfrontasi Malaysia. Lantas semakin berkembang putiknya ketika tarikh 16 September ini berlangsung iaitu penubuhan Malaysia. Presiden Indonesia ketika itu, Sukarno menjadikan alasan penubuhan Malaysia akan menggugat kedudukan negaranya untuk merdeka disebabkan tanggapan beliau Malaysia sebagai boneka British. Dalam erti kata lain, tempat imperialis British menguasai kawasan negara di Asia. Bukan setakat Indonesia, malahan Philipina turut sama menyatakan pendirian tidak menerima penubuhan Malaysia dek tuntutan pihaknya ke atas Sabah tidak tertunai. Pada ketika ini dan sejak dari itu, ancaman dan tuntutan masih lagi cuba diusahakan.

Apa pun, tahniah kepada pemerintah negara yang telah berbincang dan berplomasi secara bijak menangangi isu-isu ini. Perkembangan terbaru Ganyang Malaysia sudah redup yang sebelum ini demontrasi membakar bendera Malaysia, kedutaan Malaysia “diserang” dengan najis manusia dan warganegara Malaysia yang cuba dihalau dengan ayat “sweeping”. Entah apa-apalah. Sudahlah bulan puasa, pihak ini boleh lagi bertindak sedemikian rupa. Nasiblah rakyat Malaysia sudah faham dengan karenah pihak tersebut dan tindak balas mengikut cara mereka dibalas dengan menghantar memorandum bantahan ke kedutaan Indonesia. Begitu juga peranan Menteri Luar Dato’ Sri Anifah Aman yang mengadakan perjumpaan bersama rakan sejawatan Indonesia di Kota Kinabalu baru-baru ini menjanjikan isu tersebut akan cuba diselesaikan dengan cara diplomasi. Tahniah.

Paling penting, sejauh mana penyelesaian sesuatu masalah atau isu itu dilaksanakan dengan bijak. Itulah realitinya untuk pencarian penyelesaian yang terbaik. Jika emosi menghantui diri sesiapa sahaja, sesuatu isu mahupun permasalahan tidak akan menemui jalan penyelesaian malahan akan lebih buruk lagi keadaannya. Pengguna alam maya laman sosial Facebook berusaha membalas tomahan dan cacian dengan hujah bernas dan berfakta tentang isu ini apabila kewujudan laman Facebook tentang Ganyang Malaysia berlegar-legar diutarakan.

Nota : Klik gambar untuk tambahan info

For the last, 16 September ada konotasinya tersendiri dan analoginya juga mungkin tersendiri. Terbaca berkenaan dengan tarikh ini di blog YB Zulkifli Noordin ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, dalam tulisan beliau ada info menarik yang boleh dikongsi bersama. Saya sendiri pun tidak mengetahuinya secara jelas. Boleh baca di sini HIKAYAT 16 SEPT !!

2.16pm

18.09.2010

KUO

Salam

16 September


Tarikh keramat ini begitu bermakna khususnya pada hari tersebut yakni 16 September 1963 apabila Sabah dan Sarawak bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu membentuk Negara Malaysia. Hari ini jelas hubungan gabungan ini masih terus utuh walaupun pelbagai dugaan datang menimpa dari aspek tuntutan negara jiran, pergolakan politik dan sebagainya.

Upacara pengisytiharan Malaysia telah diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 16 September 1963. Upacara gilang gemilang ini telah dihadiri oleh SPB Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah. Upacara ini juga dihadiri oleh anggota kabinet, diplomat asing di Kuala Lumpur serta jemputan khas.

Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat Malaysia yang turut meraikan hari bersejarah tersebut. Tunku kemudiannya melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali diselang seli dengan laungan oleh rakyat yang hadir. Upacara diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Ahmad bin Mohammad Said.

Sumber : www.arkib.gov.my

Petikan dari laman Arkib Negara ini menjelaskan bahawa Pengisytiharan Malaysia oleh Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra dengan semangat perpaduan dua negeri dari kepulauan Borneo dan Tanah Melayu. Saban tahun perpaduan terus dinikmati dan begitulah juga peranan pihak kerajaan Pusat tidak membiarkan kedua-kedua negeri ini ketinggalan dalam arus pembangunan.Lihat sahaja perkembangan pembangunan terus menerus dijalankan baik dalam jangka masa yang pendek mahupun dalam jangka masa yang panjang.


Aspek politik juga menampakkan semangat juang khususnya parti kerajaan untuk terus memerintah negara. Ranjau kelangsungan dalam dan luar negara meniti arus kemajuan negara disepakati bersama dan diusahakan untuk meneruskan kejayaan pembangunan merangkumi masyarakat berbilang bangsa serta agama. Justeru, teruskan perjuangan memerintah negara dan eratkan perpaduan serta jauhkan persengketaan yang menggugat keamanan negara.

Merdeka !!!

Akubah

11.38pm

15.09.2010

KUO

Laman Berikutnya »