My Karya


gmbr
 
23 Mei 2012 tarikh penuh kegembiraan
Menjejakkan kaki di bangunan sekolah
Bukan bersekolah tapi mengajar budak sekolah
Penantian demi penantian
Perjuangan demi perjuangan
Cubaan dan dugaan bersilih ganti
Akhirnya, sudah ketentuan gelaran sebagai “Guru”
 
 
23 Mei 2013 setahun berlalu bergelar “Guru”
Tugas dan amanah acapkali ‘turun naik’ dilaksanakan
Begitulah lumrahnya seorang “Guru”
Bukan pula menidakkan fungsi “Guru”
Bukan pula memesongkan hala tuju sendiri
Kekadang putaran kehidupan sememangnya begitu
Mungkin semangat perlu sentiasa ada
Sentiasa berkobar-kobar
Iya, mungkin….
 
 
23 Mei 2o14 genap 2 tahun alkisahnya gelaran “Guru”
Sudah mematangkan dalam arena kehidupan “Guru”
Kadang kala berada di bawah kadang kala berada di atas
Apakah di bawah? Apakah di atas? 
Itulah roda kehidupan
Mengisahkan perjalanan “Guru” penuh ranjau
Mendidik anak bangsa lebih bijak
Mengajar anak bangsa untuk tidak kurang ajar
Sama seperti dulu
Lumrah kehidupan
 
 
Semoga hari-hari mendatang
Sentiasa diharungi dengan tabah
Mendokumentasikan segala amanah sebaiknya
Mengaplikasikan segala tunjuk ajar sepenuhnya
Tatkala cabaran seringkali mengekori
Hanya mampu berserah
Itu tandanya ujian dari Maha Esa untuk hambaNya
 
” Akubah “

Cerpen : Hati batu

Suasana di dalam perpustakaan sekolah sunyi sepi. Beberapa orang pelajar sedang tekun mengulangkaji pelajaran. Mungkin persediaan menghadapi peperiksaan dalam masa terdekat. Mungkin juga tugas seorang pelajar bersiap sedia dari semasa ke semasa menelaah pembelajaran. Di sudut ruangan akhbar dan majalah, kelihatan seorang guru wanita sedang membelek akhbar di hadapannya untuk mengetahui perkembangan isu semasa dalam dan luar Negara. Sekali sekala guru wanita itu menghadap computer ribanya sambil jari jemarinya menekan keyboard. Riak mukanya seketika tersenyum, seketika dahi berkerut. Kemudian tersenyum lagi.

Mungkin sedang melayari laman social Facebook, update status, komen, chat dan pelbagai lagi aktiviti di lama social itu. Satu fenomena dunia yang diasaskan oleh seorang mahasiswa luar negara yang kini sudah bergelar jutawan hasil perkembangan dan pendapatan melalui aktiviti jutaan malahan billion manusia di seluruh dunia yang menggunakan aplikasi laman social ini.

Tidak salah lagi, pastinya guru wanita itu turut sama menggiatkan diri dalam lama social ini. Paling mudah keperluan laman social ini dapat menghubungkan manusia di serata dunia. Dunia tanpa sempadan sudah melebihi jangkaan sebenarnya pada masa kini. Dunia hanya di hujung jari. Begitulah kepesatan dan perkembangan IT dunia pada hari ini. Ada sahaja cetusan fenomena yang diketengahkan untuk keperluan manusia sejagat.

Bersambung….

Kesinambungan cerita itu

Mungkin masih berterusan kini

Tiada lagi cerita penamatnya

Entah bila

Sendiri tidak pasti

 

Sejak mula niatnya untuk yang terakhir

Namun kisah-kisah itu tiada akhirnya

Bukan membiarkannya berakhir tanpa ketetapan

Cuma mungkin itu dugaan hidup

Seringkali mengunjungi

Mencuba kukuhnya kisah itu

Akhirnya dugaan itu menang sehingga kini

 

Sabar itu juga menguasai diri

Sedar akan ada hikmah di sebaliknya

Bersangka baik kepada Pencipta

Penentu pengakhiran kisah yang terbaik

 

Ya

Itulah yang diharapkan

Manusia mampu berusaha

Mampu berjuang menghadapi ujianNya

Selebihnya berdoa yang baik-baik

Moga dipermudahkan segala urusan

 

Kehidupan semakin menganjak usia

Menelaah isi kehidupan satu persatu

Menemukan satu hati dengan satu hati itu

Acap kali mencoret di hati itu

 

Sudikah hati itu ditemankan?

Begitu juga disebaliknya bertanyakan yang sama

Adakalanya juga satu hati sendiri

Adakalanya juga hati itu sendiri

Menukilkan tiada lagi kebersatuan hati-hati itu

 

Titik noktahnya kini

Satu hati masih tanpa hati itu

Bilakah bersatunya

Hanya masa menentukan

 

by, Akubah (1.7.2012)

 

Kepada kamu di sana

Jangan berasa selesa di puncak

Kami di bawah perlukan perhatian

Tinjau dan fahami

Cubalah dimengerti

 

Amanah kamu lebih besar

Berbanding kami di bawah

Kuasa kami lebih besar

Berbanding kamu di atas

Sesekali kuasa kami berfungsi

Sekali itu juga kamu belum pasti ada lagi amanah itu

 

Kamu dan kami bukan terpisah

Sebenarnya kamu dan kami sentiasa bersama

Cuma dibezakan prinsip kebertanggungjawapan

Prinsip itulah menghubungkan kita

Saling melengkapi itulah kita

Jika ianya diabaikan

Kami di bawah merasa tersisih

Kamu di puncak alpa dan lupa

 

Apa kamu janji

Berusahalah untuk menepati

Bukan dimungkiri

Bukan berbasi-basi

Jika sebegitu dari ke hari ke hari

Kuasa kami mampu buat kamu pucat lesi

 

Bukan mencabar tapi tak suka untuk dicabar….

 

By, Shorab Semporna (07042012)

 

Penantian terus menerjah

Tiada kata lebih indah dibahasakan

Cumanya itulah penantian demi penantian

Mengusik kalbu menghiris harapan

 

Apa lagi kehendak

Apa lagi keinginan

Semuanya masih kabur

Samar dan hanya mengharapkan sedikit fatamorgana

Itu sebenarnya penyeri duka

 

Kata mereka begini

Kata mereka begitu

Namun hanya seindah kata yang mudah dilafazkan

Hasilnya mungkin sedikit petunjuk

Tetapi bukan sedikit yang dipinta

Ketetapan yang diharapkan

 

Teruslah berharap

Harapan yang sudah lama diilhamkan

Dari lubuk hati yang sentiasa menanti

Bukan sengaja tetapi sudah zahirnya begitu

Apa lagi daya

Hanya mampu terkesima pelbagai khabar

 

Sedetik riang sedetik juga beremosi

Lumrah tatkala menyinggah denai hati

Menyelusuri kepincangan

Mengolah kerisauan

Meragut kesabaran

Itulah bila hati berkata

 

Cuma tidak berhenti berharap

Menoktahkan bait tidak putus asa

Pasti sinar itu ada

Pedulikan kecelaruan khabar

Yakinlah masa itu akan datang

 

By, Shorab Semporna (04.04.2012)

 

Setiap pagi

Bangun bersiap bersarapan

Kemudian ke sekolah

Acap kali begitulah

 

Namun

Di sekolah hanya ‘kosong’

Hanya gembira ‘berkelana’ ke sana sini

Hanya riang mengusik teman

Hanya juara membingitkan kelas

Hanya hero membuli dan berkelahi

Itulah mereka

 

Ditegur dan dimarahi

Sudah acap kali

Bagai mencurah air ke daun keladi

Bagai berkata di depan objek tak bernyawa

Layangan kertas amaran

Hanya singgah dalam tong sampah

Sekadar mendengar

Kemudian kembali semula

Begitulah rutin mereka

 

Pendekatan pelbagai menyinggah kepala

Seketika sedar

Seketika itu juga lalai

Salahkah sistem pendidikan?

Salahkah guru?

Salahkah ibu bapa?

Mereka banyak masa bersama ibu bapa

Bimbingan berterusan?

Mungkin

 

Apa mereka mahukan sebenarnya

Tak minat belajar?

Tak suka diajar?

Tak ingin bercita-cita?

Tak mahu berjaya?

Bukankah perlunya ada masa depan?

Entahlah

Tentu mereka lebih tahu

Fikir-fikirkan

 

by,

Akubah Semporna (15.3.2012)

Kasih Abadi

Kasih
Luahan hati sayu dan pilu
Dikala rindu ada ketikanya berlabuh
Semaian kasih terpahat di kalbu
Hembusan hati nurani terus berpadu

Kasih
Coretan sayang terukir indah di sanubari
Fikrah nur ilahi menghias diri
Tika diri alpa menyelubungi
Jiwa gusar merenggut perhatian
Ku tahu cintamu suci

Kasih Abadi
Bisikan bayu beralun bebas
Maha Agung pencipta semesta
Di sini rahmat di situ nikmat
Ku berserah segala ketentuan
Maha Pengasih Maha Penyayang
Keabadian nur kasihmu tersemat

Ya Tuhan
RedhaMu ku harap selalu
Menyemai cinta berputik di hati
Meniti hidup ke penghujung destinasi
Kerana ku tahu itu pengakhirannya

Kasihku
Bukan mudah tanggung segala
Cinta kehidupan fitrah manusia
Beringat syariat dan batasan
Kerana ku tahu banyak dugaan
Namun
Itulah perjuangan kasih berukir abadi

by, akubah (18.2.12)

Laman Berikutnya »