Tips Komputer


Salam

Ada sedikit panduan untuk dikongsikan bagi pengguna windows terbaru iaitu windows 7 untuk membuat, menambah, mengurangkan partition baru local disk komputer atau laptop. Kebiasaannya perlu menggunakan software untuk membuatnya sedemikian namun kecanggihan windows 7 hanya perlu menggunakan cara tertentu dan tidak perlu lagi menggunakan software tertentu.

Hanya perlu pergi ke My Computer klik kanan dan klik manage, kemudiannya folder keluar seterusnya klik Disk Management dalam list Storage. Sekiranya ada ruang kosong seperti tanda hitam atau dinamakan Unallocated lagi mudah untuk membuat partition baru.

Sekiranya tiada, perlu klik kanan untuk mengenal pasti shrink volume atau extend volume mana-mana local disk yang mempunyai saiz besar terutamanya local C yang lebih terdedah kepada bahaya kehilangan semua data sekiranya berlaku masalah windows tak boleh buka dan hanya diselesaikan melalui format semula.

Jadi local C atau mana-mana local disk yang besar dapat dipindahkan ke partition baru dengan menambah partition local disk baru. Cara atau tips ini untuk mengelakkan masalah kehilangan data dalam local disk yang besar. Caranya membanyakkan local disk atau partition tapi sesetengah laptop/komputer hanya bagi had 3 atau 4 partition sahaja terutamanya netbook yang kecil tu.

Sekiranya ingin mengumpul semula data dalam satu-satu local disk atau ingin membuang partition, cara yang sama boleh digunakan. Cara ini boleh digunakan untuk membuat partition baru, menambah saiz local disk sedia ada atau membuang. Mudah sahaja. Tetapi kena berhati-hati bagi mengelakkan partition untuk sistem windows terdelete.

Link dari web ini boleh digunakan sebagai panduan mudah dan penjelasan yang diberikan amat senang untuk diikuti. Selamat mencuba..

Tekan sini….

Salam

Mungkin sekadar rujukan untuk mencari software untuk hiasan laptop atau komputer anda. Tidak perlu cari ‘search’ dan hanya menggunakan web ini untuk mencari software yang boleh dikatakan lengkap.

http://www.filehippo.com/

adalah web yang dimaksudkan. Semoga bermanfaat. Tetapi memang banyak lagi web yang boleh digunakan, cuma bagi aku web ini sudah memenuhi kriteria laptop aku. All the best.

Assalamualaikum

Sesiapa yang ingin atau nak format laptop, sila hubungi saya dengan memberi respon atau pun emel saya di akubah07@yahoo.com.my. Hanya untuk sesiapa sahaja yang berada di sekitar Upsi dan kampung saya sahaja. Tempat lain bergantung kepada keadaan dan di mana saya berada. Harga tidak semahal kedai komputer. CD original dan genuine. Jangan risau kena ” kacau ” dengan microsoft. Hanya untuk Windows XP sahaja. Boleh upgrade ke windows xp profesional SP 3.