My Bajau Semporna


SAMPULNASEMPORNA 13 Sept. – Barisan pemimpin dan ahli-ahli Barisan Nasional (BN) perlu melakukan perubahan segera bagi mengelak mereka ‘diubah’ pengundi pada pilihan raya akan datang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pemimpin dan ahli-ahli BN tidak mempunyai pilihan melainkan berubah dari segenap aspek termasuk dalam soal budaya serta kepimpinan.

”Satu lagi, kita mesti mengelak daripada terlalu banyak menimbulkan kontroversi kerana ia akan memberikan kelemahan kepada parti kita,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan wang sara hidup secara tunai kepada 456 nelayan kawasan Semporna di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Abdul Rahim Ismail; Ahli Dewan Undangan Negeri Sulabayan, Datuk Nasir Tun Sakaran dan wakil Ketua Pengarah LKIM, Zainal Mohd. Ali.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ingatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya pemimpin parti-parti komponen BN tidak hanya popular di kalangan ahli parti sedangkan pada masa sama mereka gagal memenangi hati rakyat.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, jika pemimpin terbabit lupa menjadi popular di kalangan rakyat, mereka sudah pasti akan dihukum dalam pilihan raya akan datang.

Shafie menegaskan, jawatan dalam parti tidak akan memberi makna jika BN kehilangan kuasa memerintah.

”Jadi amat penting bagi kita bila sudah mendapat tempat dalam parti, untuk memastikan sokongan itu diterjemahkan dengan mendapat sokongan padu akar umbi, sama ada dari dalam atau luar parti,” katanya.

Belia menambah, kegagalan pemimpin dan ahli BN melakukan perubahan akan menyebabkan kuasa yang ada pada hari ini lenyap.

”Jika kuasa sudah tiada bagaimana kita hendak memerintah, membantu ahli-ahli parti yang sebelum ini telah menyokong kita,” katanya.

Tegasnya, pemimpin BN pada masa ini sepatutnya tidak terlalu sibuk hendak merebut jawatan, sebaliknya memastikan perkhidmatan kepada rakyat diperhebatkan supaya tidak kehilangan kuasa.

Sumber : http://www.utusan.com.my (14.09.09)

Salam

Excited pula aku mahu menulis lagi tentang kisah tempat aku. Semporna di Sabah atau lebih dikenali oleh penduduk daerah Semporna sebagai Sampulna’. Kali ini, aku mahu memperkenalkan satu lagu atau darian yang telah dikomersilkan di peringkat kebangsaan semasa sambutan kemerdekaan negara yang lalu. Satu slot atau lagu ini telah didendangkan oleh peserta yang membentuk Jalur Gemilang dan para pemuzik yang mengiringinya yakni lagu ” My Darling Darling ” .

Lagu ini cukup popular di daerah Semporna dan juga beberapa daerah di Sabah yang penduduknya yang berbangsa bajau dan suluk. My Darling Darling kalau kita perhatikan adalah perkataan Bahasa Inggeris yang lebih kurang maksudnya Sayang/Kekasih. Namun hakikatnya, perkataan ini merupakan perkataan dalam bahasa bajau atau suluk itu sendiri dengan sebutan Dalling Dalling. Sudah sebati dalam erti kata sudah menyusup masuk dalam bahasa bajau atau suluk. Siapa yang mengambil atau meminjam perkataan ini tidak penting lagi dan kena kaji semula keturunan bangsa-bangsa di dunia. Menurut sejarah bajau/suluk adalah dalam kategori Melayu. Walaupun Melayu itu luas tapi masih dalam lingkungan keturunan Melayu.

Oklah aku bukan bercerita tentang sejarah bangsa tapi untuk memperkenalkan lagu ini. NAk dengar lagu ini, cari sahaja di Youtube. Untuk bangsa Bajau dan Suluk semoga terus maju dalam pelbagai bidang. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah peringkat persekutuan sekarang ini merupakan anak jati Semporna dan juga berbangsa Bajau iaitu Datuk Seri Shafie Hj. Apdal. Semoga menjadi inspirasi kepada anak bangsa kelahiran semporna untuk menerajui tampuk pemerintahan negara khususnya di masa akan datang. Untuk Datuk Seri Shafie Hj. Apdal semoga terus tabah dan bijak dalam arena pemerintahan dan juga khususnya dunia politik yang sedikit berkecamuk buat masa sekarang. Diharapkan semua pemimpin negara terus berusaha mengekalkan keamanan dan seterusnya memajukan masyarakat Malaysia. All the best.

3.20am
12.09.09
KUO

Assalamualaikum danakan

Boho’ sab aku nulat makai bangsaku kandi bah. bangsa bajau bangingi lebih kurang konok bah. indai nai sab bang tauwa’ aiyan sulat ku tu. Dumain du sab takai pat bangsa sogo’ mag bidda’ kadang-kadang ru sab bangsa bajau tu. nah nulat nah pen konok bah. Sumilan lagi’ ngahinang promosi lahad kandi.

Bahasa tu aldu a’a badjau makahati. Indai nai sab bang nia a’a dumain a’a badjau makahti. Habru sab, ni galakkan bah. Ni baanan nia ru sab badjau tu nia mereom bahasa Melayu. Heka magdasali bahasa nah. makahati nah pen kam ah. Nulai-nulai bah ngahinang post mereom badjau atau bahasaku kandi.

Aiyan lagi’ ni sulat tu ah. Saiyan-saiyan makahati aiyan sulat ku tu selain a’a badjau, terusun bi magbissara badjau ah.

selamat mag puasa ah. puasa ru sab kam, daakam gai puasa. ni saggau sakam uh eh pulis. Ok nah ah.

2.48am
11.09.09
KUO

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.