Berita Terkini


Assalamualaikum

Kursus 4 Siri Pengkarya Guru macam bagus nak join. Tapi tak berapa dengan arahan untuk menghantar penulisan dan ilustrasi tu. Hoho. Nanti difikirkan. Siapa yang berminat boleh join. Maklumat lanjut boleh layari web Majlis Buku Kebangsaan Malaysia. Klik SINI. Semua kos ditanggung KECUALI kos perjalanan ke tempat kursus iaitu di Kuala Lumpur. Cer tengok bawah maklumat lengkap dan jika berminat masuk web tu dan isi borang di bawah kemudian lampirkan penulisan dan ilustrasi ciptaan anda. All the best.

 

Kursus 4 Siri Pengkarya Guru

Mahu hasilkan buku kanak-kanak? Sertailah kursus 4 Siri Pengkarya Guru di hujung minggu.

Cikgu akan pelajari:

  • Teknik menulis dan mengilustrasi buku kanak-kanak
  • Teknik mengarang cerita dan menghasilkan storyboard
  • Bagaimana menghasilkan dummy berdasarkan cerita?

serta BERPELUANG UNTUK MEMASARKAN KARYA KEPADA PENERBIT TEMPATAN!

Yuran kursus, penginapan dan makan minum ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Anda cuma perlu biayai sendiri kos perjalanan ke tempat kursus DI KUALA LUMPUR pada tarikh-tarikh yang berikut:

  • 1, 2 dan 3 Februari 2013
  • 22, 23 dan 24 Februari 2013
  • 29, 30 dan 31 Mac 2013
  • 26, 27 dan 28 April 2013

Hantarkan butiran lengkap berserta contoh penulisan mahupun ilustrasi melalui borang di bawah ini sebelum 21 Januari 2013

Assalamualaikum

Keputusan permohonan atas talian kemasukan ke UPSI ambilan Februari Ijazah Sarjana Muda sesi 2012/2013 boleh di semak di laman web ni … KLIK SINI

atau sila KLIK gambar di bawah

Capture

Sumber Berita :

Kuala Lumpur: Seramai 10,715 graduan institut pendidikan guru Malaysia (IPGM) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang tamat pengajian tahun ini akan dilantik ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41.

Daripada jumlah itu, 2,960 orang yang tamat pengajian Jun lalu sudah ditempatkan secara interim dan dalam proses ditemuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata pelantikan ke jawatan PPPS Gred DG41 adalah langkah jangka pendek kerajaan bagi mengatasi masalah penempatan guru baru.

Katanya, pelantikan itu bagaimanapun tertakluk kepada memenuhi syarat skim PPPS, membuat permohonan kepada SPP dan lulus temu duga.

Baki 7,755 graduan yang tamat pengajian pada September dan Disember tahun ini, perlu memohon jawatan PPPS Gred DG41 secara online ke SPP melalui Jobs Malaysia dalam laman sesawang SPP bagi temu duga pada tahun depan,” katanya di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) mengenai langkah jangka pendek dan jangka panjang diambil kementerian bagi memastikan penempatan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP).

Mohd Puad berkata, kementerian juga menjalankan kajian norma perjawatan, unjuran, dasar penempatan dan pertukaran guru serta kumpulan pelaksana mulai tahun depan, bagi membangunkan model baru pengurusan sumber manusia pendidikan di negara ini bermula 2014.

Menjawab soalan tambahan Khairy mengenai rayuan 63 graduan ISMP yang gagal temu duga SPP, Mohd Puad berkata mereka akan diberi peluang kedua.

sumber : Berita Harian bertarikh 23.11.2012

 

UPDATE 31.12.2012

SEMAKAN MENGHADIRI MEDSI DAN TEMUDUGA BOLEH SEMAK

SEKARANG. KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN WEB SEMAKAN.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Permohonan ke UPSI untuk sesi Februari akan dibuka pada 12 November 2012 bermula 12 tengahari. Tarikh tutup permohonan pada 26 November 2012 secara online. Maklumat lanjut boleh layari web permohonan UPSI di sini —-> KLIK

atau KLIK SINI untuk terus masuk BORANG PERMOHONAN ONLINE..

Gambar di bawah ni adalah IKLAN KEMASUKAN dan anda boleh memilih program-program yang ditawarkan tersebut. Hanya yang terpapar dalam iklan sahaja yang ditawarkan untuk sesi kemasukan Februari 2013. IL NEESAN)

UPDATE 22.11.2012

PERHATIAN !!! PERAKUAN NI AKAN MUNCUL SELEPAS ANDA MENEKAN BUTANG PENGESAHAN PERMOHONAN ANDA.

PENTING !!! Bagi calon-calon yang memohon program bukan pendidikan dalam mana-mana pilihan sama ada pilihan 1 atau pilihan 2 atau kedua-dua pilihan diwajibkan menghantar perakuan permohonan online bersama-sama lampiran di atas kepada :-

Unit Kemasukan
Bahagian Hal Ehwal Akademik
Aras Bawah, Bangunan Canselori
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim
Perak

Semakan Kemasukan ke UPSI Bagi Program Pengajian Diploma Pendidikan

ambilan November sesi 2012/2013

KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK SEMAKAN ATAU KLIK SINI

—————————————————————————————————————————————————

Semakan Kemasukan ke UPSI bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf

ambilan November sesi 2012/2013

KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK SEMAKAN ATAU KLIK SINI

UNTUK MAKLUMAT LANJUT BOLEH LAYARI WEB SEMAKAN KEMASUKAN UPSI DI SINI

Salam

Memandangkan ramai yang bertanya berkenaan dengan permohonan ke UPSI khususnya bagi lepasan STPM/STAM/DIPLOMA, saya berikan maklumat yang diperoleh dari laman web UPSI untuk perhatian pengunjung semua atau boleh dilayari di LINK KLIK WEB NI. Maklumat ini tertakluk kepada perubahan. All the best.

CARA-CARA MEMOHON KE UPSI

PENGAMBILAN PELAJAR

Bagi program peringkat Ijazah Sarjana Muda, pengambilan pelajar dibuat dua kali setahun iaitu pada Kemasukan Semester Pertama (September) dan Kemasukan Semester Kedua (Februari).

BAGI KEMASUKAN SEMESTER PERTAMA (SEPTEMBER) permohonan boleh dibuat terus melalui Bahagian Pengurusan kemasukan Pelajar JPT (BPKP) di http://www.mohe.gov.my setelah iklan tawaran pengajian dikeluarkan melalui akhbar tempatan.

BAGI KEMASUKAN SEMESTER KEDUA (FEBRUARI) permohonan boleh dibuat terus ke Universiti ini (UPSI), berdasarkan iklan bagi program-program yang ditawarkan sahaja secara online di http://www.upsi.edu.my/online. Calon akan diberitahu tentang keputusan permohonannya sebaik sahaja urusan pengambilan selesai dilaksanakan.


SYARAT MINIMUM KEMASUKAN

Universiti ini menawarkan kemasukan kepada lepasan STPM(atau setaraf); STAM(atau setaraf); Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (atau setaraf); Diploma (atau setaraf) melalui pengajian selama 8 semester (4 tahun) bagi mereka yang memenuhi syarat seperti berikut Lulus perperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (atau setaraf) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;

Dan

Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (atau setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:

• Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am

Dan

• Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran

atau

Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

atau

Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

atau

Memiliki Diploma dalam bidang pengkhususan yang relevan dengan program yang dipohon dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat universiti dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya C6 pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut :Matematik/Matematik Tambahan/ Matematik Kertas Julai

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

 

SYARAT TAMBAHAN BAGI PERMOHONAN PROGRAM PENDIDIKAN UNTUK PERKHIDMATAN DENGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
  2. Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun memohon.
  3. Calon yang memohon hendaklah disahkan sihat tubuh badan oleh Laporan Kesihatan Klinik Kerajaan serta tidak menghidap apa-apa penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti kursus-kursus yang dirangka oleh program yang dipilih.
  4. UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN – Mahasiswa di Malaysia adalah mereka yang dilindungi oleh undang-undang negara di bawah AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971. AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 ini memperuntukkan undang-undang merangkumi kod etika tingkahlaku dan berpakaian di kampus, plagiarisme, kewangan, jenayah dan peraturan lalu lintas jalanraya. Aktiviti penyalahgunaan dadah adalah suatu jenayah utama di Malaysia dan hukuman berat akan dikenakan terhadap mereka yang terbukti melakukan kesalahan.

CARA MEMOHON

AMBILAN SEPTEMBER

Permohonan kemasukan ke UPSI adalah melalui sistem aplikasi dalam talian Kementerian Pengajian Tinggi : laman web UPSI http://www.mohe.gov.my bagi ambilan September. Pelajar-pelajar dikehendaki membeli UNIK ID IJAZAH bagi ambilan September (kata laluan) daripada Bank Simpanan National (BSN).

AMBILAN FEBRUARI

Permohonan kemasukan ke UPSI adalah melalui sistem aplikasi dalam talian Laman Web UPSI :  http://www.upsi.edu.my/online bagi ambilan Februari. Pelajar-pelajar dikehendaki membeli BITARA ID IJAZAH (kata laluan) daripada Bank Simpanan National (BSN).

 

TARIKH PERMOHONAN

Tarikh Permohonan : *November 2012 (akan dimaklumkan)

Tarikh tutup permohonan adalah pada : (akan dimaklumkan)

Tarikh akhir menghantar perakuan permohonan online dan dokumen ke UPSI adalah pada : akan dimaklumkaN. Calon yang telah memohon sebelum ini () boleh mengemaskini (menukar) pilihan program melalui aplikasi online yang sama dengan menggunakan no UNIK ID IJAZAH (September) / BITARA ID IJAZAH (Februari) yang terdahulu.

*tertakluk kepada sebarang perubahan.

MAKLUMAT LANJUT

Timbalan Pendaftar Kanan (Akademik)

Bahagian Hal Ehwal Akademik

Universiti Pendidikan Sultan Idris

35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan

Telefon :605·450 6929/6932/6313

Faks : 605-4582670

Laman Web : http://akademik.upsi.edu.my

 

Permohonan atas talian Kemasukan ke Program Diploma Lepasan SPM Ambilan November sesi 2012/2013 UPSI kini telah dibuka. Tempoh permohonan bermula 19.9.2012 sehingga 3.10.2012. Kepada pelajar lepasan SPM, anda boleh cuba memohon program diploma ini.

Untuk langkah pertama sila beli NO BITARA ID di Bank Simpanan Nasional. Langkah kedua, layari laman web permohonan kemasukan UPSI di LINK ini. Klik SINI. Atau boleh KLIK gambar di atas. Kemudian, isikan segala maklumat dan jenis program yang anda pilih. Pilihlah program yang bersesuaian dengan kelayakan anda. Semoga berjaya.

Peringatan semula, tarikh akhir permohonan pada 03.10.2012.

UPDATE 3.11.2012

SEMAKANPERMOHONAN BOLEH DI SEMAK DI WEB INI

KLIK SINI

ALL THE BEST

Laman Berikutnya »