Bicara Agama


Kata Mutiara Imam Syahfii tentang Kehidupan

 

Salam

Untuk renungan bersama dalam keobsesan kita dalam laman sosial Facebook.

Masa tengah bersahur, belek-belek berita internet dan juga facebook yang semakin menjadi kegilaan masyarakat dunia sekarang ini. Tertengok video yang dikongsikan oleh rakan FB tentang fenomena setiap ahli FB khususnya wanita meletakkan gambar mereka untuk koleksi yang boleh juga dikatakan tatapan umum (walaupun profile di setting hanya dilihat oleh rakan) namun ianya juga menjadi tatapan rakan kepada rakan seterusnya yang berlainan jantina.

Sedar tak sedar perbuatan tersebut telah menjadi sikap obses untuk terus meletakkan gambar pelbagai posisi. Paling lucunya, ambil gambar sendiri guna kamera hp atau kamera digital letak atas atau depan dengan gelagat pelbagai. Haha. Selalu juga menasihatkan rakan wanita tak perlulah nak letak gambar macam-macam dalam FB. Nak letak nak buat apa, alasan yang aku dapat kawan-kawan lama yang sudah sekian lama tak berjumpa boleh kenal seterusnya boleh berhubung.

Ada pula alasan untuk memberi perkembangan diri. Logikkah dengan gambar-gambar yang pelbagai ragam? Mungkin juga bersolek terlebih dahulu agaknya. Ada juga yang beralasan, saja-saja nak letak. Koleksi album. Ni lagi alasan paling dasyat. Macamlah harddisk laptop atau PC tak boleh buat koleksi. Hehe. Mungkin jawapan mereka, susahlah orang lain tengok. Nak bagi tengok orang lain berlainan jantina juga ke macam dalam FB?

Tanya diri tanya selera, ada minda untuk mentafsirkan apa yang aku coretkan subuh-subuh ni. Respek dengan orang yang buat video ni. Antara kita ni ada yang sedar atau mungkin juga tak sedar. Jadi, ambillah sebagai peringatan. All the best

Lihat video di atas yang diupload oleh pemilik blog KLIK SINI

5.44am

16.8.2010

KUO

Salam dan Salam ramadhan

Hari ini bersamaan dengan 11 Ogos 2010 iaitu 1 Ramadhan 1431 Hijrah hari permulaan berpuasa dalam tahun 2010. Dikesempatan ini selembar ucapan kepada muslimin dan muslimat selamat berpuasa. Semoga Ramadhan kali ini akan lebih baik dari Ramadhan sebelum ini. Semoga memanfaatkan bulan penuh keberkatan ini.

Ikhlas,

Shorab Syed Ali

Tanjung Malim Perak

Salam

Untuk bacaan tambahan dan panduan yang diambil daripada utusan online.

Suara, muka bukan aurat

BARU-baru ini isu niqab (cadur) timbul apabila Sheikhul Azhar Sheikh Muhammad Tantawi meminta para siswi Al-Azhar agar melepaskan niqab.

Walaupun ada pandangan mazhab lain mengatakan suara dan seluruh badan wanita adalah aurat namun yang jelas mazhab Shafie yang menjadi ikutan majoriti umat Islam negara kita meletakkan bahawa suara wanita, muka dan tangannya adalah bukan aurat.

Dan yang jelas lagi, tidak ada dalil al-Quran serta hadis mengatakan bahawa suara dan muka wanita serta tangannya itu aurat sebagaimana sangkaan sesetengah pihak.

Apakah mereka sedar bahawa Allah S.W.T membenarkan para sahabat berkomunikasi dan bercakap-cakap dengan mereka (isteri Nabi) di sebalik tirai sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Bertanyalah kepada mereka dari belakang tabir yang demikian itu lebih bersih bagi hati kamu dan mereka juga. (Al-Ahzab: 32 dan 53).

Dalam suatu hadis, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Apabila seorang gadis itu dewasa (sampai umur), maka tidak halal badannya terdedah selain muka dan tangannya sahaja.”

Hakikat ini menggambarkan sebagaimana apa yang berlaku terhadap Asma binti Abu Bakar apabila Asma datang berjumpa Nabi SAW dengan pakaian jarang dan nipis. Baginda berpaling daripadanya lalu bersabda yang bermaksud: Wahai Asma, seorang wanita apabila sudah baligh, tidak elok lagi badan (tubuhnya) kelihatan selain muka dan tangannya sahaja. (Riwayat Abu Daud).

Demikian juga kaum wanita itu disuruh melabuhkan (tutupkan) atas lubang tengkuknya sahaja bukan bermaksud tutup atas muka mereka.

Kata Syaikh Yusuf al-Qardawi, pendapat Ibnu Abbas lebih kuat dan masyhur pada pandangan jumhur (kebanyakan) ulama, kerana katanya, banyak ayat dan hadis yang mengarahkan kaum lelaki daripada umat Islam menyekat atau menutup pandangan mata mereka, sama juga dengan kaum wanita disuruh merendahkan pandangan mata mereka.

Jika muka dan aurat wanita sudah tertutup kemas di depan mereka maka pastilah arahan tersebut menjadi sia-sia dan percuma tanpa sebarang makna dan tujuan.

Pada prinsipnya suara, muka dan tangan wanita bukanlah termasuk aurat. Sekiranya perkara tersebut memang merupakan aurat, maka sukarlah bagi kaum wanita dan tentunya taklif atau beban syariat yang dikenakan kepada mereka bersifat usr iaitu sangat sukar.

Ini bercanggah dengan prinsip agama Islam bahawa Ad-Dinu Yusr, iaitu agama itu mudah, sedangkan kaum wanita juga merupakan ‘makhluk sosial’ yang berhajat untuk berkomunikasi dengan sesama insan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki ajnabi) kerana yang demikian menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). (Surah al-Ahzab: 32)

Allah tidak melarang mereka secara mutlak untuk bercakap dengan kaum lelaki bahkan membolehkan, selama tidak mendatangkan fitnah bagi dirinya dan bagi kaum lelaki itu.

Allah melarang kaum wanita untuk melembutkan suara dan mendedah kecantikan mereka semasa bercakap dengan kaum lelaki supaya mereka tidak tergoda ataupun tergugat keimanannya dan menimbulkan berahinya.

Dengan demikian, pada prinsip suara, muka dan tangan wanita bukanlah aurat yang dilarang untuk dilihat atau didengarkan.

Dahulu para sahabat daripada golongan lelaki dan wanita sering bertanya (berdialog) kepada Rasulullah SAW tentang masalah-masalah hukum-hakam dalam agama dan didengar oleh kaum lelaki dan wanita yang hadir daripada sahabat-sahabat baginda.

Bahkan sering pula mereka berdialog dengan para sahabat dan sebaliknya sebagaimana di saat ada seorang wanita yang mengkritik Umar r.a. tentang perkara mas kahwin.

Rasulullah SAW pernah didatangi seorang wanita yang menawarkan dirinya untuk dikahwini oleh Rasulullah SAW dan membiarkan Rasulullah memerhatikan dirinya dari atas ke bawah, tetapi setelah tidak ada sambutan yang memberangsangkan, maka dia pun terus duduk di situ, lalu berkatalah salah seorang daripada kalangan sahabat: “Kahwinkanlah wanita ini dengan saya.”

Maka Rasulullah SAW terus mengahwinkan wanita tersebut dengan lelaki yang berminat kepadanya itu. Ini semua bukti melihat kepada muka wanita itu adalah harus dan bukan aurat.

Menurut Al-Qurtubi, suara wanita di saat berkata-kata bukanlah termasuk aurat, lelaki dibolehkan bercakap-cakap atau berdialog dengan wanita kerana ada hajat.

Demikian juga sebaliknya mereka dibolehkan membuka muka dan tangannya kerana tujuan tertentu tetapi wanita tidak dibolehkan memerdukan, melembutkan atau mengindahkan suaranya ketika bercakap dengan lelaki.

Ia kerana perkara demikian boleh menimbulkan berahinya dan juga membuat ia tergoda dan suka. Dengan demikian sangat dianjurkan bagi kaum wanita untuk tidak berdialog dengan kaum lelaki yang bukan mahramnya.

Dalam ketentuan syariah yang lebih berhati-hati (warak), dimakruhkan kepada kaum wanita untuk meninggikan suara dalam membaca al-Quran, demikian pula tidak disyariatkan ‘azan’ kecuali untuk jemaah wanita sahaja.

Di dalam syariat fikah, apabila seorang wanita ingin menegur kesilapan yang dilakukan oleh imam di dalam solat berjemaah, maka ia tidak boleh menegur dengan membaca ‘tasbih’ sebagaimana yang dilakukan oleh lelaki, tetapi cukup dengan menepuk tangannya sahaja sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.

Demikian pula wanita tidak disyariatkan untuk membaca bacaan-bacaan dalam sembahyang dengan bacaan yang nyaring pada sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh sebagaimana yang disyariatkan bagi kaum lelaki sewaktu melakukan sembahyang sendirian.

Semua ini menunjukkan bahawa wanita mesti menjaga dan berhati-hati terhadap fitnah yang boleh disebabkan oleh suara dan perhiasan mereka, bukan bermakna suaranya dan perhiasan yang zahir merupakan aurat.

Di antara yang menggoda lelaki adalah derai tawa (ketawa) seorang wanita di depan mereka, apalagi jenis ketawa yang memberahikan.

Demikian pula senyuman diiringi dengan ketawa kecil yang seksi lagi menggoda, inilah yang sangat dilarang oleh agama kerana untuk menjaga harga diri wanita dan juga mencegah daripada timbulnya fitnah. Sama juga membunyikan perhiasan yang tersembunyi di kakinya.

Jika perkara tersebut dikatakan aurat, kenapa Rasulullah SAW sendiri pernah mengizinkan isteri baginda melihat pertunjukan dua orang lelaki Habsyi bermain pedang di pekarangan masjid dan mendengar dua wanita bernyanyi di rumahnya.

Ini berdasarkan hadis riwayat Bukhari dan Muslim, daripada Aisyah r.a, katanya, Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke tempatku. Ketika itu di sampingku ada dua orang gadis yang sedang mendendangkan nyanyian tentang hari Bu’ats. Ku lihat Rasulullah SAW berbaring tetapi dengan memalingkan mukanya.

Pada saat itulah Abu Bakar masuk dan ia marah kepadaku’. Katanya, “Di tempat rumah Nabi ada seruling syaitan?” Mendengar seruan itu, Nabi SAW menghadapkan muka baginda kepada Abu Bakar dan berkata: “Biarkanlah kedua-duanya, hai Abu Bakar.

Dalam satu peristiwa lain, Rasulullah SAW mendengar nyanyian seorang wanita yang bernazar untuk memukul rebana dan bernyanyi di hadapan Rasulullah SAW.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Tarmizi, daripada Buraidah, menyebut: “Suatu hari Rasulullah SAW pergi untuk menghadapi suatu peperangan.

Setelah baginda pulang dari medan perang, datanglah seorang wanita kulit hitam lalu berkata, “Ya Rasulullah, aku telah bernazar, iaitu kalau tuan dipulangkan Allah dengan selamat, aku akan menabuh rebana dan bernyanyi di hadapan tuan. Mendengar hal itu, Rasulullah SAW bersabda: Jika demikian nazarmu, maka tabuhlah. Tetapi kalau tidak, maka jangan lakukan.

Kesemua keterangan tersebut menunjukkan bahawa suara wanita dan perhiasan yang zahir daripadanya bukan aurat.

Rasulullah SAW juga secara praktikal pernah berbicara dengan kaum wanita seperti mana ketika menerima bai’at daripada kaum ibu sebelum dan sesudah hijrah.

Bahkan dari segi syarak, baginda tidak pernah menghalang kaum wanita untuk melaksanakan urusan jual beli, menyampaikan ceramah, mengaji al-Quran, membaca qasidah atau syair. Jika suara wanita itu dianggap aurat, sudah tentu dari segi hukum syarak dianggap haram.

Keterangan ayat al-Quran dan hadis, ditambah dengan kisah-kisah yang dapat dijadikan teladan pada zaman Rasulullah SAW dahulu seharusnya membuka mata fikir kita untuk tidak terus ‘menzalimi dan menghukumi’ wanita secara sewenang-wenangnya.

– Mohd Shauki Abd Majid

Penulis ialah Pengurus Penyelidikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

Sumber : utusan online (25.10.2009)

SALAM
Hah? Terkejut, tergelabah, terkesima dengan tajuk ke? Tiada kaitan dengan aku untuk kahwin buat masa ini tetapi isinya penting walau pun tidak berkahwin lagi. Baca dahulu walaupun sekadar forward emel. Sekadar bacaan dan juga untuk renungan bersama mesej emel yang diterima dari seorang kawan. Mungkin dalam usia penulis ini ( siapa tu? hehe), sudah dianggap boleh mendirikan rumahtangga namun rasanya tidak lagi. Masih dalam perjalanan menghabiskan saki baki dunia kuliah pendidikan sama ada bakal menjad guru mahupun pekerjaan lain.

Semoga menjadi sandaran emel ini kepada semua pembaca dan untuk empunya diri juga. Pesanan, Al-Quran adalah kitab suci dan bukan untuk hiasan tetapi sebagai panduan hidup manusia untuk mendekatkan diri kepada Allah. Khusus untuk diri ini juga. Semoga bermanfaat. Maaf andainya ada kekurangan dalam forward mesej emel ni.

> Kepade
> mreke2 yg nk menghantar dan menerime
> hantaran..pk2n
>
> “Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna
> keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah
> kepada Nabil..
>
> “Sini pun cantik juga.. Warna unggu keemasan. Mana satu
> kita nak beli nih” balas Nabil.
>
> Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat
> hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu
> AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.
>
> “Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh
> Jamilah.
>
> “ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil.
> Tergelak Jamilah.
> Berbahagia rasanya dapat
> calon suami seperti Nabil. Prihatin.
>
> “Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat”
> tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah
> menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan
> 40-an.
>
> “Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak
> bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh
> dari situ…
>
> “Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik
> menyoal sambil tersenyum.
>
> “Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak
> Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
>
> “Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar
> hantaran.. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik”
> tegur pakcik berhemah.
>
> “Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda.
> Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan
> selamba jawapannya.
>
> “Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada
> tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya
> nampak seperti orang-orang ahli masjid.
>
> “ Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut
> lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna
> unggu keemasan. Saiznya kecil.
>
> “Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil
> meninggalkan pasangan tersebut.
>
> “Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.
>
> Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan
> kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba..
>
> Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek.
> Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara
> yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar
> menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja
> sampai.
>
> “Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.
>
> Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai
> gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang
> dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut
> bersalaman dengan Pak Imam.
> Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih.
> Rambutnya ada yang berwarna putih.
>
> “Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.
>
> “Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak… usta.. ustazz..”
> jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat
> kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.
>
> “Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil..
> Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan
> pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai
> mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang
> dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari
> Khamis selepas maghrib…
>
> Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling
> menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin
> berwarna putih.
>
> “Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan
> diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang
> kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya
> berlaku.
>
> “Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d”
> kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih
> hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
> Surah Ar Rad
>
>
> Surah Ar Ra’d
>
> “Apa benda nih” detik hati Nabil.
>
> “Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!”
> berlagu Nabil.
>
> Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang
> keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air
> mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala.
> Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke
> mana, mungkin berpura-pura ke tandas.
>
> “Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran.
> Adik Nabil, cara bacanya seperti begini :
> A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim..
> Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM… RAA..”
> kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan
> ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.
>
> Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.
>
> “Nabil, kamu
> jangan
> merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya
> hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah
> lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina
> ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat
> tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim”
> tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara
> penyampaian ustaz Sa’ad.
>
>
> “Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang
> tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti
> begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama.
> Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari
> kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku
> kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia
> pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya
> orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya,
> menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang
> walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya
> hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah
> dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.
>
> Hari semakin cepat berlalu.
>
> Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran
> yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari
> kehidupannya yang aktif setiap hari..
>
> Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita
> belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil.
> SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya,
> Nabil.
>
> read
> dis..
>
> Rasulullah (Sallallahu alaihi
> wasallam) said: ‘When a man dies and his
> relatives are busy in funeral, there stands an extremely
> handsome man by
> his head. When the dead body is shrouded, that man gets in
> between the
> shroud and the chest of the deceased.
>
> Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam)
> bersabda : ‘Bila seseorang lelaki
> itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya,
> berdiri
> lelaki yang
> betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya
> dikapan, lelaki itu
> berada di antara kain
> kapan dan si mati.
>
> Selepas pengebumian, semua orang pulang
> ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
> Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak
> ini supaya
> mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu
> seorang diri mengenai
> ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
> Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan
> meninggalkannya seorang
> diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal,
> lakukanlah
> tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku
> dapati dia
> dimasukkan ke dalam Syurga.’
>
> Thereafter he turns to his dead
> companion and says, ‘I am the Qur’an,
> which you used to read, sometimes in a loud voice and
> sometimes in a low
> voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and
> Naker, you will
> have no grief.’
>
> Selepas itu dia berpaling pada temannya
> yang meninggal dan berkata,’Aku
> adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang
> dengan suara
> yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan.
> Jangan bimbang.
> Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan
> bersedih.’
>
> When the interrogation is over, the
> handsome man arranges for him from
> Al-Mala’ul A’laa (the angels in Heaven) silk
> bedding filled with musk.
>
> Selepas soal siasat selesai, lelaki
> kacak mengatur untuknya daripada
> Al-Mala’ul A’laa (malaikat dalam Syurga) tempat
> tidur dari sutera yang
> dipenuhi bauan kesturi
>
> Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: ‘On the
> Day of Judgement,
> before Allah, no other Intercessor will have a greater
> status than the
> Qur’an, neither a Prophet nor an
> angel.’
>
> Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam)
> bersabda :’Di hari pengadilan, di
> hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya
> daripada Quran,
> mahupun dari nabi atau malaikat.’
>
> Please keep forwarding this ‘Hadith’ to all
> ……because
>
> Sila sebarkan Hadis ini kepada semua
> ……..kerana
>
> Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:
>
> ‘Pass on knowledge from me even if it is only one
> verse’.
>
> ‘Sampaikan pengetahuan dari ku
> walaupun hanya satu ayat.’
>
> May Allah bestow this favour on all of us.
> _._,_.__

Menghayati makna, hikmah peristiwa Nuzul al-Quran

Oleh Wan Marzuki Wan Ramli (www.bharian.com.my 07.09.09)

RAMAI pengkaji berselisih pendapat tarikh sebenar turunnya kitab suci al-Quran, namun mereka bersepakat mencatat peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan. Perkataan ‘nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jenayah, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya.

Firman Allah SWT: “Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).” (Al-An’am:38)

Nuzul al-Quran suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Bukan setakat membaca, bahkan kita harus berusaha menyelidiki rahsia ilmu pengetahuan di dalamnya.

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah Nabi SAW, ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya: “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘Alaq:1-5)

Nabi SAW banyak membaca al-Quran dalam bulan Ramadan. Maknanya Nabi juga belajar secara berguru iaitu dengan Jibril dan umatnya juga dituntut belajar dengan berguru. Nabi Muhammad juga mengulang-ulangi bacaan al-Quran begitu juga dengan para sahabat. Nabi bersabda maksudnya: “Semulia-mulia umatku ialah orang yang menghafaz al-Quran.”

Antara faedah membaca al-Quran adalah;

  • Mampu mengusir bisikan syaitan terkutuk;
  • Menjadi penyebab meraih keredaan Allah SWT;
  • Memperoleh pahala yang banyak;
  • Membahagiakan rakan seperjuangan;
  • Menghapus kesalahan dan dosa;
  • Menjadikan wajah (pembaca al-Quran) berseri-seri;
  • Melapangkan hati dan fikiran, menjernihkan sanubari;
  • Melahirkan ketenteraman dalaman antara seorang hamba dengan Allah SWT;
  • Memelihara umur manusia;
  • Merangsang seorang hamba untuk terus melakukan kebaikan dalam hidup yang sementara;
  • Mengembali, menjernihkan hati kepada Allah untuk meningkatkan kualiti hubungan dengan-Nya.
  • Ramai peluk Islam menjelang Ramadan

    Saudara baru turut cuba amalan berpuasa

    SINGAPURA: Satu Ramadan merupakan tarikh yang penuh bermakna bagi Rifa Althea Icawalo, 25 tahun. Ini kerana Rifa mula berpuasa secara rasmi sebagai seorang Muslim, bersama umat Islam yang lain. Beliau juga memilih tarikh itu untuk memeluk agama Islam.

    Minat Rifa, seorang warga Filipina, terhadap agama Islam disemai sejak di Filipina lagi. Menurutnya, di Filipina, beliau mempunyai ramai rakan yang beragama Islam.

    Namun, minatnya bertambah apabila Rifa bertemu dengan tunangnya, Ridzuan Salim, 24 tahun, lebih setahun lalu.

    Apabila ditanya mengapa beliau memilih untuk memeluk Islam pada hari pertama puasa, Rifa berkata, 1 Ramadan adalah hari sangat bermakna dan mulia baginya dan setiap Muslim.

    Walaupun tahun ini adalah tahun pertama Rifa berpuasa sebagai seorang Muslim, ia bukanlah puasa pertamanya.

    “Pada tahun lalu, saya pernah cuba untuk berpuasa. Tetapi, apabila tidak dapat menahan dahaga, saya minum air,” ujar anak bongsu tiga beradik itu.

    Kini, Rifa berusaha untuk berpuasa dengan sepenuhnya. Namun, beliau menghadapi cabaran yang sama seperti seorang kanak-kanak yang baru berjinak-jinak hendak berpuasa.

    Antara cabaran yang dihadapi Rifa ialah menahan dahaga, terutama pada hujung minggu jika perlu ke pasar.

    “Saya sukar untuk menahan dahaga. Tambahan pula, cuaca yang panas ini tidak banyak membantu,” tambah Rifa.

    Bagaimanapun, Rifa adalah orang pertama dalam keluarganya untuk bangun bersahur.

    Menurut tunang beliau, Ridzuan, selain menjadi orang yang pertama untuk bangun bersahur, Rifa juga membantu ibu Ridzuan menyiapkan sahur.

    Seorang lagi yang memeluk agama Islam beberapa hari sebelum bermulanya Ramadan ialah Jasmin Chia, 35 tahun. Chia memeluk Islam pada 17 Ogos lalu.

    Menurutnya, beliau terbuka hati untuk memeluk Islam sejak dua tahun lalu. Namun kesempatan hanya datang beberapa hari sebelum berpuasa.

    Chia, yang puasa buat pertama kali, hanya bertahan sehingga 4 petang pada hari pertama dan kedua Ramadan.

    “Saya tidak dapat menahan dahaga. Namun begitu, setiap hari saya panjangkan waktu saya berpuasa dan berusaha untuk puasa sepenuhnya.

    “Sebagai seorang yang baru saja mula berpuasa, saya tidak ingin kelam-kabut,” ujar janda dua anak itu.

    Bagi Aiman Peters Abdullah, 38 tahun, yang memeluk Islam pada 19 Ogos pula, pengalaman berpuasa memberinya ketenangan.

    Menurut Aiman yang berminat terhadap agama Islam sejak 15 tahun yang lalu, ini bukanlah puasanya pertama.

    “Beberapa tahun yang lalu saya pernah berpuasa. Tetapi ia tidak sama dengan puasa saya sekarang. Kini, saya dapat menikmati puasa sebagai seorang Muslim yang sah,” ujar duda tiga anak itu.

    Pengarah Jabatan Perkembangan Mualaf, Darul Arqam, Dr Siti Maryam Malinumbay, berkata: “Ia seperti arah aliran untuk saudara baru memeluk agama Islam sebelum Ramadan. – Agensi

    Sumber : www.bharian.com.my (07.09.09)

    Laman Berikutnya »