KOLEJ – EXCO


Salam

Gambar ni aku capture dari web utusan.com.my tentang pertandinagn pidato antarabangsa bahasa melayu piala Perdana Menteri yang sedang berlangsung sekarang ini dan kemuncak akhir akan berlangsunga 5hb ni. Bukan apa nak letak gambar ni, sebab semalam semasa menunggu giliran untuk mengemukakan tajuk/draf proposal terima mesej dari YDP untuk jemputan menyaksikan bersama-sama JMK lain menghadiri hari kemuncak tu di PICC Putrajaya. Tapi kecewa sebab mesej tu ada due date. haha. Sory bos, mesej tak perasan. HP silent. Perasan pun dah setengah jam dah berlalu due date (jam dah) untuk bagi jawapan tu nak ke tak join. Haha. Sory bos…

Advertisements

Salam

Diucapkan selamat datang dan berkunjung ke Kolej Ungku Omar pada hari esok sehingga 07.02.2010 kerana Flora Fauna Festival akan bermula. Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan dan ketika tangan ini menaip kedengaran hiruk pikuk para penggerai sedang mengemas atau memunggah barang di khemah gerai masing-masing.Pastinya akan menyajikan pelbagai juadah, barangan dan aksesori serta pelbagai lagi. Esok juga bersamaan dengan hari khamis iaitu waktu malam akan diadakan forum perdana dengan tajuk yang cukup puitis iaitu Ketika Alam Berbicara sempena konsep hari terbuka kuo kali ini bertemakan flora dan fauna dengan tema “ Gemersik Suara Alam”. Selamat datang diucapkan.

Salam

Setengah jam berlalu mesyuarat program aku, begitu sibuk AJk pelaksana merancang persediaan utk 1 Ogos ini. Pukul 1 pagi, mesyuarat tergempar JMK bersama pengetua utk membincangkan kuarantin pelajar kolej bermula esok. pelajar tidak dibenarkan keluar kolej sehingga dimaklumkan tindakan selanjutnya dari semasa ke semasa. Begitu kecewa sedikit program aku ditangguhkan. tidak mengapalah….all the best..kepada pelajar kolej kuo, jaga diri. sila berhubung dengan pihak berkenaan untuk sebarang simptom demam, batuk dan selsema untuk tindakan selanjutnya…terima kasih..

3.27am

29 julai 2009

kuo

HARAP MAAF

PROGRAM INI DITANGGUHKAN DAN AKAN DIMAKLUMKAN DARI SEMASA KE SEMASA AKIBAT KUARANTIN H1N1

PROGRAM JELAJAH PATRIOTISME

1 – 30  OGOS 2009

AKTIVITI/PERTANDINGAN SERTA SYARAT DAN PERATURAN

PENULISAN KREATIF – SAJAK

Syarat dan peraturan :

  1. Terbuka kepada penghuni Kolej Ungku Omar (KUO)
  2. Karya hendaklah asli, bukan ciplak atau edit karya orang lain
  3. Bertemakan kemerdekaan atau pendidikan
  4. Karya dinilai berdasarkan keaslian dan kreatif olahan penulisan
  5. Gunakan tulisan Arial saiz 11, berselang 1.5 dan helaian penulisan 1 muka surat
  6. Karya yang terpilih akan dimuatkan dalam Buletin Exco Integrasi dan Perpaduan, Blog Rasmi Exco Integrasi dan Perpaduan atau Majalah Kolej KUO
  7. Karya dihantar dalam 2 bentuk iaitu soft copy dan hard copy. Borang pertandingan hendaklah dilampirkan bersama hard copy, manakala soft copy hendaklah di emelkan ke alamat : akubah07@yahoo.com.my

PENULISAN KREATIF – CERPEN

Syarat dan peraturan :

  1. Terbuka kepada penghuni Kolej Ungku Omar (KUO)
  2. Karya hendaklah asli, bukan ciplak atau edit karya orang lain
  3. Bertemakan kemerdekaan atau pendidikan
  4. Karya dinilai berdasarkan keaslian, persembahan tema dan kreatif olahan penulisan
  5. Kemahiran insaniah perlu diterapkan dalam penulisan
  6. Gunakan tulisan Arial saiz 11, berselang 1.5 dan helaian penulisan maksimum 10 muka surat
  7. Karya yang terpilih akan dimuatkan dalam Buletin Exco Integrasi dan Perpaduan, Blog Rasmi Exco Integrasi dan Perpaduan atau Majalah Kolej KUO
  8. Karya dihantar dalam 2 bentuk iaitu soft copy dan hard copy. Borang pertandingan hendaklah dilampirkan bersama hard copy, manakala soft copy hendaklah di emelkan ke alamat : akubah07@yahoo.com.my

RUMAH PATRIOTIK

Syarat dan peraturan :

  1. Terbuka kepada semua rumah penghuni Kolej Ungku Omar (KUO)
  2. Pertandingan dinilai berdasarkan berapa banyak bendera yang dikibarkan sama ada di luar rumah dan dalam rumah (saiz bendera tidak ditetapkan), kekemasan dan kebersihan rumah
  3. Semua ahli rumah pemenang akan berpeluang mendapat hadiah yang ditawarkan

DEKLAMASI SAJAK

Syarat dan peraturan :

  1. Terbuka kepada penghuni Kolej Ungku Omar (KUO)
  2. Karya yang dibacakan hendaklah karya asli tokoh sastera atau karya dari penulis berkaliber
  3. Karya dinilai berdasarkan keaslian, kreativiti persembahan sajak dan tema yang disampaikan
  4. Salinan skrip sajak hendaklah diberikan kepada juri
  5. Tidak dibenarkan melihat skrip ketika mendeklamasikan sajak
  6. Pemenang akan berpeluang untuk membuat persembahan Deklamasi Sajak di Majlis Penutup

EXPLORACE MERDEKA

Syarat dan peraturan :

  1. Terbuka kepada semua rumah penghuni Kolej Ungku Omar (KUO)
  2. Setiap ahli kumpulan terdiri daripada 6 orang (lelaki dan perempuan dibenarkan satu kumpulan tetapi dimestikan menjaga adab pergaulan)
  3. Lokasi bermula dari Kolej KUO ke Kampus (kawasan khusus akan dimaklumkan kemudian) dan kembali semula ke Kolej KUO
  4. Kenderaan sendiri dibenarkan tetapi hendaklah bergerak di dalam satu kumpulan
  5. Pemenang dinilai berdasarkan :
    1. Kerjasama ahli kumpulan
    2. Ketepatan jawapan/tugasan setiap checkpoint
    3. Masa terpantas menyelesaikan keseluruhan checkpoint
    4. Aspek disiplin dan adab pergaulan diutamakan

BLOG KEMERDEKAAN DAN PENDIDIKAN

Syarat dan Peraturan :

  1. Terbuka kepada penghuni Kolej Ungku Omar (KUO)
  2. Blog hendaklah asli, bukan ciplak atau edit blog sendiri mahupun orang lain
  3. Hanya menggunakan perkhidmatan blog percuma yang disediakan dalam internet iaitu Blogspot (http://www.blogger.com), WordPress (wordpress.com) dan lain-lain.
  4. Bertemakan kemerdekaan dan pendidikan
  5. Blog dinilai berdasarkan keaslian, kreativiti dan inovasi blog, persembahan tema dan isi kandungan blog. Jenis isi kandungan blog terpulang kepada anda dan semestinya menepati kehendak tema

TARIKH TUTUP PENGHANTARAN BORANG * :

  1. Penulisan Kreatif (Sajak dan Cerpen)      =          25 Ogos 2009
  2. Deklamasi Sajak                                                =          5 Ogos 2009
  3. Blog Kemerdekaan dan Pendidikan          =          25 Ogos 2009
  4. Explorace Merdeka                                         =          5 Ogos 2009
  5. Rumah Patriotik                                               =          25 Ogos 2009

TARIKH PERTANDINGAN * :

  1. Deklamasi Sajak                                              =          7 Ogos 2009
  2. Explorace Merdeka                                       =          9 Ogos 2009

*Semua tarikh berikut tertakluk kepada perubahan

BORANG PERTANDINGAN BOLEH DIPEROLEHI DAN DIHANTAR :

1. PEJABAT KOLEJ KUO

2. BILIK JMK KUO