Assalamualaikum

Sekali sekala mencoret walaupun sekian lama menyibukkan diri dengan dunia pekerjaan.

“Pengalaman itu tidak boleh dicipta untuk diperolehi dengan mudah. Tetapi ia perlu dilalui dengan sabar dan tabah.” Satu ungkapan yang sungguh mendalam untuk difahami pelbagai perspektif. Tapi itulah realitinya yang sepatutnya diketahui pengalaman perlu dilalui untuk mengetahui apa yang ada disebalik sesuatu yang dikehendaki.

Sejak berada di dunia pekerjaan perguruan sedikit sebanyak perkara telah diharungi sama ada pahit mahupun manis. Apa yang hendak diperkatakan dalam coretan kali ini lebih ke arah apa yang telah dialami pada tahun ini khususnya penglibatan dalam pertandingan robotik.

Walaupun sejarah penglibatan sekolah sejak beberapa tahun lepas sering membanggakan, tetapi bukanlah titik tolak untuk mencari nama dalam bidang ini. Cumanya ajakan dan kepercayaan guru sedia ada dalam bidang robotik memberi keyakinan untuk melibatkan diri dan menyertai acara dalam kategori baru pertandingan yang sebelum ini belum pernah diketengahkan dalam sekolah ini.

Permulaan adakalanya sukar namun berbekalkan minat mendalam tentang dunia IT diusahakan untuk mengetahui lebih mendalam apa sebenarnya dunia robotik. Penyertaan pertama akhirnya membuahkan hasil apabila dinobatkan Johan kategori ini peringkat Negeri Sabah 2015 dan menjadi wakil Sabah ke pertandingan robotik peringkat kebangsaan.

Pelbagai persiapan dan persediaan dilakukan selain halangan untuk menyertai pertandingan peringkat kebangsaan muncul. Namun dapat diselesaikan walaupun memerlukan pengorbanan. Akhirnya sampai juga dan suasana pertandingan yang cukup sengit sudah menjadi satu pengajaran dan pengalaman agar lebih bersedia lebih baik lagi pada masa akan datang. Keputusan akhirnya kurang membanggakan tetapi pengalaman membawa peserta@pelajar ke arena kebangsaan cukup bermakna.

Bukan mudah tapi apa yang penting adalah banyak pengalaman yang dapat dipelajari khususnya persiapan serta kepelbagaian konsep pertandingan yang diketengahkan oleh pasukan negeri-negeri yang terlibat. Pengalaman mendewasakan segala-galanya. Mungkin pada masa akan datang sekiranya terlibat lagi akan berusaha lebih baik sebelum ini. Ya..

Tq

12112078_452361598281341_1938326720707073777_n 12143196_452361614948006_8163352899759974139_n

Advertisements