Salam

Memandangkan banyak pertanyaan berkenaan dengan permohonan kemasukan ke UPSI sesi Februari 2012/2013, segala pertanyaan tidak dapat dijawab dengan sebaiknya buat masa ini kerana tiada lagi iklan terbaru berkenaan kemasukan sesi kedua ini.

Ketika ini sesi kemasukan September Sesi 2012/2013 masih lagi berjalan dan proses rayuan juga sedang berlangsung sebelum pendaftaran pelajar baru pada bulan September nanti. Jadi, sila ambil perhatian dengan iklan atau pengumuman terbaru untuk sesi Ambilan Februari 2012/2013.

Kemungkinan iklan permohonan baru akan dikeluarkan dalam bulan Oktober atau November 2012. Sila rujuk laman web upsi di SINI atau pun boleh layari Facebook Bahagian Akademik UPSI di alamat FB ini – KLIK Bahagian Akademik UPSI . 

Untuk semakan kemasukan Semakan Jaya Kemasukan ke UPSI, Bagi Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Ambilan September Sesi 2012/2013 boleh disemak di laman web di bawah ;

 http://akademik.upsi.edu.my/kemasukan/DEGREE.html

 Terima kasih.

UPDATE 11.11.2012

PERMOHONAN UPSI SESI FEBRUARI 2013 SUDAH DIBUKA..

KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

 

UPDATE 31.12.2012

SEMAKAN MENGHADIRI MEDSI DAN TEMUDUGA BOLEH SEMAK

SEKARANG. KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN WEB SEMAKAN.