Salam

Semalam, hari yang cukup memenatkan. Semata-mata untuk minta kelulusan draf/tajuk proposal kajian tugasan individu. Tempoh yang agak cukup lama menanti giliran bertemum pensyarah disebabkan ramai lagi rakan-rakan yang ingin mengemukakan draf/tajuk tugasan. Syukur jugalah, penantian berakhir dengan kelegaan. Tajuk/draf yang dipilih diterima tapi kena ada penambahan sedikit lagi bagi melengkapkannya seterusnya bolelah memulakan kajian. Ceh. Ini baru tugasan individu belum lagi tajuk/draf kumpulan. Payah.

Semalam kaget seketikan, ada rakan yang mengemukakan tajuk yang seakan-akan sama. Risau juga dibuatnya sebab rakan tu kata tajuk mereka sudah diluluskan dan hanya menunjukkan draf yang telah dibuat. Aku ni, tajuk pun tak pernah dikemukakan apatah lagi draf sekali terus dibuat. Lega juga, tajuk rakan tu dibuat dalam tugasan kumpulan. Ok lah tu. Tak sudah-sudah aku kena pilih tajuk lain walaupun memang banyak tajuk pilihan. Memang banyak, masalahnya nak buat draf tu. haha. Nasiblah tajuk dan draf diterima, jadi…All the best. Biasalah tajuk tentang politik….

Advertisements