Salam

Saat coretan ini ditulis, masih melakukan kerja yang tidak lagi selesai sampai bilanya. Kali pertama menerima kerja sebegini agak janggal untuk dilaksanakan dan inilah yang sentiasa menyelubungi acapkali ingin melibatkan diri dalam satu program atau organisasi sama ada dapat dilaksanakan dengan baik mahu pun sebaliknya. Pada awalnya memang sudah dijangkakan mendapat teguran dan diharap dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Kini masih terkial-kial apa lagi kehendak sebenar kerja ini walau pun sudah ada penunjuk arah penyelesaian namun begitu juga. Bukan merungut atau terbeban cuma masih lagi menyesuaikan diri. Mungkinlah.

Tugasan semasa cuti belum lagi aku sentuh dan minggu depan adalah ‘due date’ penghantaran. Bukan sikit tetapi amat banyak lagi untuk diselesaikan. Tugasan kuliah juga sudah menjengah untuk dibincangkan. Apa yang pasti orang lain tidak akan menerima alasan sebegini dengan ‘point’ semua orang mengalami hal yang sama. Dugaan dalam tanggungjawab sudah tiba, mampukah aku mengatasinya? Bukan niat tidak melakukan kerja tetapi sudah berusaha. Mungkin kelemahan diri yang patut diperbaiki lagi. Dimana pengalaman aku ketika aku bekerja dahulu, sudah dibiasakan dengan kerja ini namun tiada idea lagi mungkin sudah lama ianya berteleku dek kesibukan kuliah dan kehidupan seharian. Entahlah. Ya Allah permudahkan urusan hambaMU ini. Amin.

8.19am

15.07.09

KUO