Sudah menjangkau usia setahun berkhidmat sebagai guru (campur tugas guru interim) semakin banyak perkara yang perlu dihadapi. Permulaan yang cukup baik untuk seorang guru dan semakin lama permulaan itu dipenuhi liku-liku yang berduri (sadis betul ayat). Liku-liku berduri yang dimaksudkan cabaran tugas seorang guru berhadapan dengan amanah utama untuk mendidik anak bangsa dan berhadapan dengan pelbagai karenah manusia sama ada waktu bertugas dan di luar waktu bertugas.

Semakin banyak juga tugas diberikan, semakin banyak juga perkara baru yang ditemui. Perkara baru yang selama ini belum pernah dihadapi kini bakal dilalui. Kadang-kadang apabila tugas diberikan, semangat untuk melakukan yang terbaik memang berada pada tahap yang tinggi. Namun jika dorongan dan sokongan yang diharapkan tidak seperti yang dimahukan sedikit sebanyak menggugat tahap semangat.

Mungkin ada sebab musababnya, kena akur namun itulah sebenarnya yang berlaku. Setiap apa yang dikerjakan pastinya mengharapkan yang baik-baik saja. Lebih bagus lagi, sekiranya mendapat yang lebih terbaik lagi. Itu boleh dikatakan bonus dalam melaksanakan tugas.

Perkara inilah yang perlu dihadapi. Mungkin sukar tapi hakikat yang sepatutnya diketahui. Kadang-kadang kita mengharapkan orang lain melaksanakan tugas tersebut, mungkin kita sendiri boleh melakukannya namun atas dasar pembahagian tugas sebaiknya perkara ini sepatutnya disematkan diri dengan tanggapan bahawa sudah dewasa dan tahu apa hala tuju tugas malahan fokus utama dalam amanah yang diberikan.

Adakah begitu pelaksanaannya? Manusia. Kadang kala kata-kata saja sudah dikatakan mampu melaksana tapi pelaksanaannya yang sebenar? Alasan selalu diberikan, biasalah manusia sentiasa leka dan alpa. Tapi sampai bila? Muhasabah diri sendiri. Banyak tugas dan amanah lagi perlu difikirkan.

By,

Akubah 2013 (6.2.2013)

Flat