Cerpen : Hati batu
Suasana di dalam perpustakaan sekolah sunyi sepi. Beberapa orang pelajar sedang tekun mengulangkaji pelajaran. Mungkin persediaan menghadapi peperiksaan dalam masa terdekat. Mungkin juga tugas seorang pelajar bersiap sedia dari semasa ke semasa menelaah pembelajaran. Di sudut ruangan akhbar dan majalah, kelihatan seorang guru wanita sedang membelek akhbar di hadapannya untuk mengetahui perkembangan isu semasa dalam dan luar Negara. Sekali sekala guru wanita itu menghadap computer ribanya sambil jari jemarinya menekan keyboard. Riak mukanya seketika tersenyum, seketika dahi berkerut. Kemudian tersenyum lagi.
Mungkin sedang melayari laman social Facebook, update status, komen, chat dan pelbagai lagi aktiviti di lama social itu. Satu fenomena dunia yang diasaskan oleh seorang mahasiswa luar negara yang kini sudah bergelar jutawan hasil perkembangan dan pendapatan melalui aktiviti jutaan malahan billion manusia di seluruh dunia yang menggunakan aplikasi laman social ini.
Tidak salah lagi, pastinya guru wanita itu turut sama menggiatkan diri dalam lama social ini. Paling mudah keperluan laman social ini dapat menghubungkan manusia di serata dunia. Dunia tanpa sempadan sudah melebihi jangkaan sebenarnya pada masa kini. Dunia hanya di hujung jari. Begitulah kepesatan dan perkembangan IT dunia pada hari ini. Ada sahaja cetusan fenomena yang diketengahkan untuk keperluan manusia sejagat.
Bersambung….
14 Disember 2012 at 10:00 PM
mana sambungannya….
14 Disember 2012 at 11:15 PM
sdikit masa lagi..
15 Disember 2012 at 1:25 AM
baik..teruskanlah
15 Disember 2012 at 1:57 AM
mungkin lama utk siap..part by part..
15 Disember 2012 at 2:04 AM
make sure original story
15 Disember 2012 at 2:06 AM
yup..tmasuk yg tkini…
6 Januari 2013 at 5:04 PM
dah terhenti menulis??..
6 Januari 2013 at 7:12 PM
tiada keupayaan lagi..idea ada…cuma keupayaan tak ada..mcm2 benda dtg skrg..
6 Januari 2013 at 7:20 PM
tiada keupayaan??…kenapa?..
moga admin dpt tempuhi dengan sebaik mungkin.
sbg umt Islam,sy hya mmpu berdoa moga d beri keupayaan dan ketenangan hdup
6 Januari 2013 at 8:24 PM
nk mnghubungi org tu