image

Manusia sentiasa berkeinginan untuk bahagia. Tiada manusia di dunia ni mahukan masalah dalam kehidupan. Pastinya bahagia juga yang didamba. Cuma dalam kehidupan tidak lari dari dugaan hidup atau masalah. Itulah lumrah kehidupan seketika bahagia seketika juga masalah melanda. Apa yang penting bagaimana untuk mencapai kebahagiaan dan mengekalkan sebaiknya. Begitu juga bagaimana untuk menghadapi dugaan atau masalah hidup yang melanda tatkala sedang berbahagia. Berbalik kepada Pencipta kita. DIA yang mengetahui dan mengatur takdir hambaNya. Selamat memilih kebahagiaan yang diimpikan.