Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kekejaman Rejim Zionis semakin memuncak hari demi hari. Korban warga Palestin semakin ramai yang sahid, ramai juga yang mengalami kecederaan, kehilangan tempat tinggal dan sebagainya dek kerakusan manusia bergelar tentera Zionis yang kejam. Kita dari kejauhan ini hanya mampu melihat pengkhabaran sedih, gambar-gambar mayat yang terkorban, kehancuran bangunan, ratapan kesedihan mereka. Apa yang mampu kita lakukan? Hanya bersimpati, berdoa?

Ya memang doa sahaja yang terbaik ketika ini untuk membantu mereka di Gaza. Tapi bagaimana pula untuk mereka yang tercedera, ubat-ubatan, makanan untuk meneruskan kehidupan? Bantuan? Ya bantuan itulah kedua penting untuk mereka di sana. Mungkin sukar untuk kita bersama-sama mereka di sana mempertahankan apa yang sepatutnya dipertahankan tapi bantuan kita sekurang-kurangnya kita sudah bersama mereka.

Hulurkan bantuan kita, sedikit pun sudah cukup membanyakkan apa yang kita hulurkan bersama kita yang lain di sini. Sumbangan kita boleh disalurkan melalui dua kaedah seperti gambar di bawah. Paling mudah adalah menggunakan khidmat SMS. Lakukan sesuatu untuk mereka. Tunjukkan simpati kita bukan hanya setakat bersedih, marah dan sebagainya tapi sumbangan ikhlas anda amat mereka perlukan. Semoga Allah membalas segala kebaikan yang kita lakukan.

LAKUKAN SESUATU !!!