Salam

Memandangkan ramai yang bertanya berkenaan dengan permohonan ke UPSI khususnya bagi lepasan STPM/STAM/DIPLOMA, saya berikan maklumat yang diperoleh dari laman web UPSI untuk perhatian pengunjung semua atau boleh dilayari di LINK KLIK WEB NI. Maklumat ini tertakluk kepada perubahan. All the best.

CARA-CARA MEMOHON KE UPSI

PENGAMBILAN PELAJAR

Bagi program peringkat Ijazah Sarjana Muda, pengambilan pelajar dibuat dua kali setahun iaitu pada Kemasukan Semester Pertama (September) dan Kemasukan Semester Kedua (Februari).

BAGI KEMASUKAN SEMESTER PERTAMA (SEPTEMBER) permohonan boleh dibuat terus melalui Bahagian Pengurusan kemasukan Pelajar JPT (BPKP) di http://www.mohe.gov.my setelah iklan tawaran pengajian dikeluarkan melalui akhbar tempatan.

BAGI KEMASUKAN SEMESTER KEDUA (FEBRUARI) permohonan boleh dibuat terus ke Universiti ini (UPSI), berdasarkan iklan bagi program-program yang ditawarkan sahaja secara online di http://www.upsi.edu.my/online. Calon akan diberitahu tentang keputusan permohonannya sebaik sahaja urusan pengambilan selesai dilaksanakan.


SYARAT MINIMUM KEMASUKAN

Universiti ini menawarkan kemasukan kepada lepasan STPM(atau setaraf); STAM(atau setaraf); Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (atau setaraf); Diploma (atau setaraf) melalui pengajian selama 8 semester (4 tahun) bagi mereka yang memenuhi syarat seperti berikut Lulus perperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (atau setaraf) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;

Dan

Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (atau setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:

• Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am

Dan

• Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran

atau

Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

atau

Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

atau

Memiliki Diploma dalam bidang pengkhususan yang relevan dengan program yang dipohon dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat universiti dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya C6 pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut :Matematik/Matematik Tambahan/ Matematik Kertas Julai

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

 

SYARAT TAMBAHAN BAGI PERMOHONAN PROGRAM PENDIDIKAN UNTUK PERKHIDMATAN DENGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
  2. Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun memohon.
  3. Calon yang memohon hendaklah disahkan sihat tubuh badan oleh Laporan Kesihatan Klinik Kerajaan serta tidak menghidap apa-apa penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti kursus-kursus yang dirangka oleh program yang dipilih.
  4. UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN – Mahasiswa di Malaysia adalah mereka yang dilindungi oleh undang-undang negara di bawah AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971. AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 ini memperuntukkan undang-undang merangkumi kod etika tingkahlaku dan berpakaian di kampus, plagiarisme, kewangan, jenayah dan peraturan lalu lintas jalanraya. Aktiviti penyalahgunaan dadah adalah suatu jenayah utama di Malaysia dan hukuman berat akan dikenakan terhadap mereka yang terbukti melakukan kesalahan.

CARA MEMOHON

AMBILAN SEPTEMBER

Permohonan kemasukan ke UPSI adalah melalui sistem aplikasi dalam talian Kementerian Pengajian Tinggi : laman web UPSI http://www.mohe.gov.my bagi ambilan September. Pelajar-pelajar dikehendaki membeli UNIK ID IJAZAH bagi ambilan September (kata laluan) daripada Bank Simpanan National (BSN).

AMBILAN FEBRUARI

Permohonan kemasukan ke UPSI adalah melalui sistem aplikasi dalam talian Laman Web UPSI :  http://www.upsi.edu.my/online bagi ambilan Februari. Pelajar-pelajar dikehendaki membeli BITARA ID IJAZAH (kata laluan) daripada Bank Simpanan National (BSN).

 

TARIKH PERMOHONAN

Tarikh Permohonan : *November 2012 (akan dimaklumkan)

Tarikh tutup permohonan adalah pada : (akan dimaklumkan)

Tarikh akhir menghantar perakuan permohonan online dan dokumen ke UPSI adalah pada : akan dimaklumkaN. Calon yang telah memohon sebelum ini () boleh mengemaskini (menukar) pilihan program melalui aplikasi online yang sama dengan menggunakan no UNIK ID IJAZAH (September) / BITARA ID IJAZAH (Februari) yang terdahulu.

*tertakluk kepada sebarang perubahan.

MAKLUMAT LANJUT

Timbalan Pendaftar Kanan (Akademik)

Bahagian Hal Ehwal Akademik

Universiti Pendidikan Sultan Idris

35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan

Telefon :605·450 6929/6932/6313

Faks : 605-4582670

Laman Web : http://akademik.upsi.edu.my