Salam

Tarikh 19 Februari 2006 kali pertama aku menjejakkan kaki ke negeri Sarawak di daerah Miri dan kali pertama juga sampai ke negeri lain di Malaysia. Masa tu umur aku sudah mencecah usia 21 tahun, mungkin sudah boleh dikatakan dewasa dalam peringkat kehidupan manusia. Aku ke Miri atas sahutan menerima tawaran bekerja di sektor jabatan kerajaan setelah berhempas pula mencari kerja setelah habis persekolahan selama 14 tahun (termasuk Tadika) sejak tahun 1990 sehinggalah 2003 (Tingkatan 6 Atas).

Tahun 2004 tahun menunggu keputusan STPM dan pada awal tahun keputusan sudah keluar dan keputusan bolehlah dianggap sekadar yang biasa-biasa saja walaupun tak dapat apa yang ditarget. Bersyukur dengan keputusan yang ada. Sana sini teman seperjuangan mengajak untuk mengisi borang permohonan masuk ke Universiti. Aku masa tu tak terfikir lagi untuk masuk ke U, aku pun tak berapa pasti kenapa. Pernah sekali cuba try test uji mengisi, tapi tak dapat. Biasalah sekadar main isi saja. Mungkin masalah tertentu yang menyebabkan aku tak berkeinginan masuk ke U. Ramai teman aku yang berjaya masuk ke U pada tahun 2004, aku hanya tumpang gembira. setelah tamat peperiksaan STPM, aku bekerja biasa-biasa saja di daerah kelahiranku iaitu Semporna.

Pada masa tu, bersyukur juga dapat kerja walaupun tak seindah kerja-kerja yang bergaji besar. Cukuplah untuk mengisi lapang sementara menunggu keputusan STPM dan sedikit belanja untuk hidup. Teman-teman sudah masuk kuliah, aku masih lagi bekerja biasa-biasa saja. Hujung tahun 2004, aku berhenti kerja selepas diajak oleh bapa saudara bekerja di Lahad Datu di syarikatnya Travel Agent Air Asia sebagai kerani tiket dan akaun. Faham-fahamlah kerja bahagian tiket menguruskan pembelian pelanggan terbang ke sana sini. Ramai juga pelanggan yang membeli tiket pergi dan balik ke Universiti mereka. Kadang-kadang bertanya keadaan mereka belajar, berbual-bual sambil menguruskan tiket mereka. Seronok juga mendengarnya.

Pada awal tahun 2005, sambil-sambil online menguruskan tiket aku cuba-cuba mengisi borang online permohonan kerja di jabatan kerajaan (borang SPA-8) menggunakan keputusan STPM. Kononnya mahu bekerja di sektor kerajaan. Setelah 5 bulan menanti tiada panggilan temuduga aku dapat. Aku mencuba pula mengisi borang permohonan menggunakan keputusan SPM. Setelah hampir 3 bulan menanti, akhirnya surat panggilan temuduga diperoleh. Surat tersebut sampai ke Semporna dan masa tu aku di Lahad Datu.

Temuduga jawatan Pembantu Tadbir Kewangan W17, jawatan yang layak bagi keputusan SPM aku. Bulan Oktober 2005 aku menghadiri temuduga tersebut dan sebelum tu sudah mencari info-info berkenaan bidang tugas jawatan tu dan paling penting isu-isu semasa dalam serta luar negara. Lepas subuh saja terus ke Pekan Semporna dari kampung (salah satu kampung dalam Pulau Bum-Bum) ke Pekan Semporna. Dari Pekan pula naik bas ke Tawau iaitu lokasi temuduga dijalankan. Hanya berbekalkan sijil-sijil yang belum disusun dalam fail yang bukan fail namanya ( tak ada folder), pinjam seluar dan baju skema yang ada di rumah. Hoho..

P/s : Nanti bersambung…mark paper dulu at pulau bum-bum…

9.9.2012