Aku anak kampung versi Aku Mohon Ampun

Aku nak berjaya

Di dalam hidup

Mencari redha dan juga Maghfirah

Pinta dariMu untukku ke jalan syurga

 

Aku memang sedar

Aku banyak dosa

Tapi manusia banyak dugaannya

Untuk menjadi insan soleh dan juga solehah

 

Chorus

Ak mohon ampun kepadaMu Tuhan

Atas segala dosa dan salah

Aku insaf bertaubat nasuha

Engkaulah Pengampun

 

Engkau tak akan memberi ujian

Kepada hambaMu jika tak mampu tanggung

Tambahkan taqwa, berdoa  dan positif

Dengan ujian

 

Aku bersyukur

Dengan takdirMu

Semua ujian menyedarkan aku

Engkau tetapkan untuk aku

Itulah yang terbaik

 

Salam

Atas permintaan seorang rakan, lirik ini dicipta khas untuknya bersesuaian dengan tema lagu yang diminta. Lagu Anak Kampung dengan Jimmy Palikat yang berasal dari Sabah begitu popular ketika ini. Sehinggakan banyak versi dicipta oleh orang khususnya yang minat dalam bidang nyanyian mengikut tema mereka sendiri dan ada juga yang mencipta versi negeri tertentu serta bahasa ibunda. Tahniah untuk Sabahan.

Tema yang dicadangkan oleh rakan ialah tema motivasi dengan menggunakan lagu atau melodi asal Anak Kampung. Mungkin sedikit janggal untuk dinyanyikan lirik lagu yang berbentuk motivasi atau keagamaan seperti ini. Lirik lagu ini belum lagi dirakam atas sebab-sebab kesuntukan masa. Dalam masa terdekat akan diusahakan untuk dirakam.

Kepada pembaca yang lebih arif tentang motivasi keagamaan, sudilah kiranya meneliti lirik di atas sekiranya terdapat lirik yang tak bersesuaian atau mengandungi sensitiviti agama. Minta diperbetulkan dan ditegur. Semoga ianya bermanfaat dan ini bukan lagu sekadar suka-suka jika dilihat dari segi liriknya. Masih berusaha untuk mendambakan taqwa kepada yan Maha Berkuasa. Terima kasih.

Jom layan lagu anak kampung versi Anak Bajau Bo’an (semporna) iaitu menggunakan bahasa ibunda aku sendiri iaitu bajau Bo’an yang juga hasil ciptaan sendiri diterjemahkan bahasanya dari lagu asal anak kampung. Mungkin ada yang tak berapa tepat tapi mempunya maksud yang sama. Untuk pengetahuan, aku bukan penyanyi. hoho…Untuk suka-suka menyanyi lagu..hoho..Layan….

by,

akubah (24.06.2007)

Advertisements