Permulaannya sudah banyak dugaan yang menerpa. Bukan dipinta tapi memangnya begitu. Cuba belajar menerima hakikat kerana itulah adat dalam kehidupan. Tak semua perkara yang kita sangka akan datang sekelip mata dan ada juga perkara yang kita tak sangka sudah datang sekelip mata. Semuanya bermula dengan penerimaan kita. Baik kita terima, baiklah jadinya dan baiklah jalan untuk menghadapinya. Mengeluh perkara biasa dalam kehidupan, adakalanya kita tak suka benda tu datang kepada kita.

Kemudian kita mula mengeluh, tak puas hati, tak selesa, tak keruan dan tension pun ada. Bersedia sentiasa kerana dalam kehidupan banyak ragamnya. Bersedialah untuk menerima hakikat. Itulah dugaan dalam kehidupan.

Kalau kita tak mampu, bukan sebab kita tak boleh tapi kita sudah terapkan dalam diri kita memang kita tak boleh. Jadi hasilnya pun memang tak mampu. Setiap dugaan dan perkara yang datang kepada kita pasti ada jalan penyelesaian. Cuma kita sahaja yang perlu mencari jalan tersebut. Mungkin sukar dan mungkin gagal menemuinya tetapi kena ingat, permulaan kepada kejayaan akan menghadapi kegagalan. Maka dari kegagalan itu kita jadikan pengajaran untuk kita berusaha mencari jalan yang lebih baik lagi. Namun, kadang kala kita bila sudah gagal kita malas bangkit. Kita sudah menganggap kita memang tak mampu berusaha lagi.

Benarlah mutiara kata yang berkata-kata, ‘ sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan ‘. Kita akan rasa pahit atau gagal dahulu sebelum mengenal kemanisan atau kejayaan. Adakalanya orang merasai dahulu kemanisan barulah kepahitan dan begitu juga sebaliknya. Hidup umpama putaranroda, sejenak berada di atas, sejenak berada di bawah. Itulah ceritanya kehidupan. Sejauh mana kita memanfaatkan ketika kita sejenak berada di atas, adakah kita sebelum ini telah melakukan yang terbaik sehingga kita berada di tahap atas? Kemudiannya apabila kita berada di bawah, adakah kita telah melakukan sesuatu yang menyebabkan kita berada di bawah kerana sebelum ini kita berada di atas?

Walau bagaimanapun, sejauh mana kita dalam keberadaan atas dan bawah ini lakukan yang terbaik. Pastinya sudah melakukan yang terbaik tetapi berada di bawah juga namun ketahuilah, itu adalah dugaan dan ujian dalam hidup dari Maha Berkuasa. Kita mampu merancang sebaik mungkin segala usaha tetapi Dia yang lebih berhak menentukan sebaik-baiknya. Dia jugalah sebaik-baik perancang dalam kehidupan tetapi kena ingat sentiasalah mendekatkan diri kepada-Nya.

Benarlah juga mutiara kata ini, “ kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan “. Sebab itu bila dugaan atau perkara yang kita sangka datang kepada kita, gunakanlah kebijaksanaan untuk menghadapinya. Jangan hanya menggunakan kebijaksaan untuk diri sendiri tapi kebijaksanaan dalam situasi keberadaan kita, tak dapat dilaksanakan sebaiknya. Seringkali beranggapan, kita tak mampu, kita tak boleh, kebijaksanaan hanya untuk kita maka penderitaanlah yang kita kena tanggung.

Belajarlah untuk menghadapi sesuatu perkara yang kita tak sangka datang kepada kita, belajar dalam erti kata cuba untuk menyesuaikan diri dengan perkara tersebut. Hadapinya dengan keyakinan dan usaha yang tegar. Bukan berdolak dalik, bukan mencemuh, bukan mengeluh. Semua itu adalah dugaan dalam kehidupan di dunia ini. Kita selalu mengkehendaki apa yang kita mahukan sahaja, tapi kita tak sedar, kadang kala apa yang kita mahukan sebenarnya diinginkan oleh orang lain.

Kemahuan untuk kita mungkin masanya belum tiba, mungkin masa ini milik orang lain kemahuan tersebut. Pastinya pada masa akan datang, masanya sudah tiba maka kemahuan kita akan datang sendiri hasil kesabaran, ketaqwaan dan usaha ke arah kemahuan tersebut. Apa yang sepatutnya kita jadikan ikhtibar, Allah memberikan apa yang kita perlukan dan Allah memberi peluang kepada kita untuk kita lebih berusalah dan mendekatkan diri kepada-Nya bagi mencapai apa yang kita inginkan.

Adakalanya kita mengharapkan kemahuan tetapi usaha kita tak sehebat kemahuan yang kita nak capai sebab itulah Allah mendidik kita untuk mengenal erti penat lelah berusaha bagi mencapai kemahuan dalam hidup. Jangan bersedih dengan keperluan yang telah kita ada, tetapi bergembiralah kelak kemahuan yang kita inginkan akan tercapai berkat kesabaran kita. Permulaan Sabar Adalah Pahit, Tapi Manis Akhirnya. All the best.

p/s, sekadar coretan hati. betulkan jika salah.

by,

Akubah Semporna

15.6.2012

Advertisements