Menukilankan perasaan

Sememangnya mudah

Cuma belum pasti perasaan seperti mana yang dikehendaki

Seketika mengadaptasi perasaan

Situasi jadi penghalang

Tatkala itu perasaan terus membelenggu

Untuk dizahirkan

 

Hakikatnya perasaan sentiasa ada

Perasaan itu pelbagai

Diluahkan tetapi sukar

Dizahirkan tetapi payah

Kerana itu indahnya perasaan

Mudah namun berharga

 

Adakalanya dizahirkan sebegitu mudah

Namun betulkah perasaan itu?

Atau sekadar menzahirkan untuk diberi perhatian

Atau mungkin tanpa sedar

Ianya sudah meluahkan

Barangkali desakan gelodak perasaan

Makin membuak-buak

Menerobos ruang yang tidak sepatutnya

 

Perasaan boleh dihalang untuk dizahirkan

Bukan sebab memendam perasaan

Cumanya menunggu masa atau situasi yang sebenarnya

Kerana itu saat perasaan menyinggah di tempatnya

Bukan mudah untuk ditarik balik

Boleh tetapi adakah tempat bersinggah membenarkannya?

 

Jagalah perasaan sendiri dan perasaan tempat yang disinggah

Kelak kedua perasaan ini apabila tidak satu hala perjalanan

Pasti dua jalan sedang terbentang

Tiada pilihan saat ini

Masing-masing memilih jalan sendiri

Namun jika ada lorong ditengah dua jalan itu

Tatkala itu pilihlah

Pasti perasaan berada ditempat yang betul untuk keduanya.

 

by,

Akubah Semporna

12.06.2012

Advertisements