Salam

Keputusan untuk mengetahui negeri penempatan mengajar sudah diketahui 13 Mei 2012 yang lalu, sudah dijangka dari awal aku ditempatkan di negeri kelahiran aku sendiri iaitu Sabah. Gembira tak gembira memang gembiralah. Syukur. Cer tengok bawah :

Saatnya makin hampir untuk bergelar seorang guru. Sama ada ianya diidam-idamkan selama ini bukan itu persoalannya. Cuma sejauh mana untuk melakukannya yang terbaik apabila sudah berada dalam situasi ini yakni menjadi guru mendidik anak bangsa. Tanggal 23 Mei 2012 nanti adalah tarikh yang diwar-warkan untuk lapor diri di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) khususnya aku sendiri di daerah Semporna. Daerah kelahiran aku sendiri.

Mungkin sesetengah dari kita akan berkata, untungnya kau dapat daerah sendiri untuk berbakti. Orang lain ada yang diberi penempatan jauh dari daerah sendiri apatah lagi jauh dari negeri sendiri sama ada orang dari Semenanjung ke Sabah/ Sarawak ataupun sebaliknya. Tapi cubalah menerima hakikat, mungkin ada hikmahnya kita dihantar jauh untuk berbakti kepada anak bangsa di tempat lain.

Bagi aku sendiri, memang ucapan syukur dapat berkhidmat di tempat sendiri. Secara tak langsung berusaha untuk memperjuangkan pendidikan anak-anak bangsaku sendiri di daerah Semporna yang dikatakan amat jauh ketinggalan dalam bidang pendidikan. Hanya mampu berkata, berusaha sebaik mungkin.

Tanggal 23 Mei 2012 ini juga dikatakan, kami akan dikehendaki lapor diri di PPD seterusnya selepas taklimat ringkas dan penyerahan surat arahan lapor diri, kami diarahkan pula untuk ke sekolah yang ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.  Sekolah aku ditempatkan, mungkin boleh diketahui kesahihannya pada hari lapor diri nanti di PPD. Cuba untuk menerima hakikat.

Jom layan lagu Anak Kampung versi Kami Mahu Posting yang dicipta sendiri liriknya untuk meluahkan apa yang dirasa selama ini untuk memperjuangkan posting atau penempatan. Sedikit masa lagi, lagu kedua dengan menggunakan lagu yang sama tapi tajuk lain iaitu Kami Akan Posting akan release sebelum tarikh posting 23 Mei 2012 ini.

  Lagu Kami Mahu Posting

Dan mungkin selepas tarikh posting ini, akan ada lagu ketiga bertajuk Kami Sudah Posting akan dicipta khas liriknya. Sama-sama kita nantikan. Kiranya lagu ini dengan lirik dicipta khas untuk menunjukkan urutan perjuangan menuntut posting. Bukan apa, sekadar untuk kenang-kenangan.

Semoga dapat menzahirkan apa yang telah dipelajari sejak 4 tahun yang lalu tentang dunia pendidikan kepada anak bangsa nanti. Itulah tugas seorang guru bukan setakat mengajar tapi mendidik, mungkin sama erti katanya sama tapi disebaliknya amat besar tanggungjawab tersebut. All the best.

By, Shorab Semporna

Pulau Bum-Bum Semporna (20.05.2012)