Salam

Saat inilah yang aku nantikan sejak sekian lama. Berdiri di atas pentas menerima skrol atas ‘penghargaan’ sebagai graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Malaysia dengan Pendidikan. Menghadiri konvokesyen kali pertama di saat dewasa pada 9hb Mei 2012 ini walaupun sebelum ini pernah terlibat dalam konvokesyen sebagai pelajar Tadika satu ketika dulu. Haha. Lawak pun ada bila dikenang menerima sijil penghargaan sebagai pelajar Tadika.

Melepaskan jawatan tetap di sektor kerajaan suatu ketika dulu semata-mata ingin belajar sepenuh masa dan mengharapkan kejayaan yang boleh dibanggakan untuk diri sendiri. Mungkin inilah antara pengorbanan yang terpaksa dilakukan untuk mencapai hasrat kesungguhan belajar bukan semata-mata mengejar disebalik hasil menjadi warga universiti pendidikan iaitu menjadi Guru. Cumanya lebih kepingin untuk menikmati suasana pembelajaran yang diimpikan selama ini.

9hb Mei 2012 tarikh graduan program Pengajian Malaysia untuk menaiki pentas di Dewan Kampus baru Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Konvokesyen ke-14 kali ini merupakan acara konvokesyen yang julung kalinya diadakan di kampus baru. Bangga pula sebagai perasmi bangunan baru UPSI. Pasti satu kenangan yang terindah.

Malam ini 4hb Mei 2012, akan bertolak dari Lapangan Terbang Tawau Ke LCCT KL. Saja datang awal, banyak hal lain lagi yang perlu diselesaikan sebelum dan selepas berlangsungnya acara konvokesyen tersebut. Tak sabar rasanya. Lebih-lebih mendapat berita gembira iaitu keputusan temu duga untuk permohonan guru telah berjaya. Kepada rakan-rakan yang tak berjaya, semoga tabah dan teruskan usaha untuk perjuangan tersebut. Semoga berjaya.

Dikhabarkan 10hb Mei ini akan diberitahu di manakah penempatan mereka-mereka yang telah berjaya dan aku sendiri inilah hadiah apa yang aku belajar selama 4 tahun di UPSI. 9hb Mei menerima skrol Ijazah, 10hb Mei pula jika tiada masalah info akan diketahui tempat untuk mengajar kelak. Tak kisahlah di mana pun. Janji adalah untuk mendidik anak bangsa.

See U di UPSI untuk yang akan bergraduasi. Tahniah untuk semua.

By,

Shorab Semporna (4.5.2012)

Advertisements