Titian perjalanan kehidupan

Sering kita alpa dan peka

Alpa dan peka bahawa ada pantang larang kehidupan

Larangan dan suruhan dari Maha Pencipta

Sejauh mana kealpaan dan kepekaan kita

Sama ada alpa kepada suruhan

Peka kepada larangan

Muhasabah diri kita

 

Hari terus meniti hari

Kehidupan pelbagai corak ditempuh

Kekadang berada di puncak gembira

Kekadang berada di puncak duka

Kekadang berada di puncak pahala

Kekadang berada di puncak dosa

Namun yang pasti

Penghujung hidup hanya satu matlamat

Matlamat kehidupan abadi di akhirat kelak

Muhasabah diri kita

 

Setakat mana iman kita kini

Adakah dilandasan sebenar

Adakah dilandasan kepuraan

Adakah dilandasan terumbang-ambing

Walau di mana tahapnya

Sedarlah

Keimanan kita hanya pada Allah SWT

Lumrah hidup

Diuji dan diberi dugaan

Allah SWT tidak memberi ujian kepada umatNya

Jika umatNYa tidak mampu

Allah SWT lebih tahu ujian dan dugaan mampu dihadapi oleh umatNya

 

Cuma

Bagaimana caranya?

Berserah, putus asa, berusaha atau mendekatkan diri kepadaNya?

Ketahuilah Allah SWT sentiasa menyayangi umatNya

Allah SWT penerima taubat

Allah SWT penerima doa

Kerana Allah SWT Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada umatNya

Ya Allah, ¬†ampunkan dosa hambaMu ini…

 

by, Shorab Semporna (19.4.2012)