Salam

Luahan dalam bentuk surat pembaca (baca SINI) sudah dihantar ke satu akhbar ni (setakat ni tak nampak dikeluarkan), kali ni luahan pula dalam bentuk lagu yang direka khas liriknya menggunakan lagu Anak Kampung (Jimmy Palikat punya lagu). Luahan ini bentuk suara dalam hati untuk menukilankan hasrat hati sendiri dan juga rakan seangkatan untuk diberi penempatan ke sekolah selepas ditemu duga sekitar 2 bulan yang lalu.

Kini hanya menanti bilakah tarikh penempatan atau bahasa kebiasaannya posting kepada kami graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari IPTA. Walaupun telah diumumkan secara tak rasmi melalui twitter dan kenyataan akhbar baru-baru ini oleh wakil dari KPM, namun sebaiknya yang diharapkan adalah kenyataan rasmi yang menjadi penantian selama ini.

Semua graduan mengharapkan diberi penempatan yang sewajarnya walaupun info yang diterima cukup mengecewakan kerana hanya separuh daripada jumlah 5000 lebih graduan yang ditemu duga diberi penempatan pada 15 April ini. Apa pun, amat mengharapkan kami semua bakal guru akan dipostingkan. Amin.

Jom layan lagu ini, KAMI MAHU POSTING yang liriknya dicipta saya sendiri khusus untuk ‘mereka’ yang terlibat dalam isu posting ini.

Lirik lagu KAMI MAHU POSTING

Kami bakal guru

Didik anak bangsa

Walau dimana saja kami tetap rela

Apa yang penting, kami nak posting kami nak posting

Kami bakal guru

Empat tahun belajar

Ilmu didada, kami mampu laksana

Untuk mereka, masyarakat dan juga negara

Kami mahu posting

Secepat yang mungkin

Sudah lama tunggu, sudah lama bertahan

Mengapa dugaan begini menimpa kami semua

Bukannya merungut tapi kami peka

Bahawa kami ini bakal guru wibawa

Didik anak bangsa demi masa depan peneraju negara

Wahai pihak sana

Kami berharap

Dengarlah keluhan dan juga rintihan

Kami mahu posting

Untuk kepentingan semua pihak

Created by, Shorab Semporna (31.3.2012)

Advertisements