Salam
Untuk makluman kepada pelajar lepasan SPM yang berminat dan bercita-cita menjadi seorang guru, anda boleh meneruskan niat murni anda dengan meneliti tawaran permohonan yang dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Pendidikan Guru.
Program ini adalah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) khusus untuk melatih bakal-bakal guru dalam kalangan lepasan SPM dan sekiranya anda berjaya, anda dikehendaki melalui Peringkat Persediaan selama 18 bulan atau 3 semester DAN mestilah LULUS untuk ditawarkan Program Ijazah sepenuh masa selama 4 tahun atau 8 semester yang akan ditempatkan di Institut Pendidikan Guru (IPG) seluruh negara.
Berikut adalah syarat asas untuk permohonan PISMP :-
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2012 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1992.
- Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
- Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran; DAN Sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu
- Sejarah
- Satu mata pelajaran yang lain serta;
- Lulus Bahasa Inggeris
- Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon
Permohonan hanya boleh dibuat melalui talian di laman web http://www.moe.gov.my/ bermula 22 Mac 2012 selepas tarikh pengumuman keputusan SPM pada 21 Mac 2012.
Permohonan hendaklah menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang diperoleh di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 6.00 mulai 22 Mac 2012.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN 5 APRIL 2012.
Maklumat lanjut, sila rujuk gambar di bawah atau boleh melayari laman web KLIK SINI bermula 22 Mac 201. Semoga berjaya.
24 Mac 2012 at 1:36 PM
KENAPA KITA APPLY YANG UNTU JADI CIKGU TU, DIA MINTAK NO. PIN ? NO. PIN TU BUKAN UNTUK LEPASAN DIPLOMA KE ? ERR SAYA LEPASAN SPM.
24 Mac 2012 at 3:07 PM
semua kena buat mcm tu..semua permohonan skrg ni mesti guna no. pin yg bleh dibeli di BSN tmpt anda…
6 April 2012 at 10:21 AM
dah tarikh tutup semalam!!! xsempat nak mohon huhuhu…
14 Mei 2012 at 10:22 AM
saya berminat tetapi saya dh trlepas tarikh permohonan.bila lagi dibuka untuk permohonan ini…
14 Mei 2012 at 12:32 PM
tahun hadapan jika lpasan SPM..klu STPM, hujung tahun ni klu x silap
3 Julai 2012 at 4:20 PM
untuk lepasan diploma, xde ke?
4 Julai 2012 at 7:41 PM
cuba tunggu iklan dlm bln 9 or 10 or 11 ni utk kemasukan bulan februari 2013
17 Ogos 2012 at 4:00 PM
Saya seorang guru interim sjkc, saya berumur 23tahun… saya nak tanya adakah saya berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di pismp?? Adakah pismp dibuka untuk guru interim… saya betu betul berminat ingin manjadi guru yang sah, terima kasih..
1 September 2012 at 9:46 PM
nak tanya, bila ya jadi guru interim? apa syarat awak jadi guru interim? sbb sya dimaklumkn guru interim ni baru wujud masa bulan 1 hari tu dan graduan pendidikn yg menunggu posting diberikan jawatan ni utk sektika mnunggu panggilan interview?
7 Oktober 2012 at 6:29 PM
kalau lepasan spm 2009 boleh apply ker??
7 Oktober 2012 at 10:29 PM
bergantung kpd iklan yg dinyatakan sama ada layak atau tidak..biasanya stiap result 5 tahun blh guna utk mohon..
15 Oktober 2012 at 9:54 AM
kalau lepasan spm 2001 boleh mohon tak?
15 Oktober 2012 at 4:24 PM
x dpt dah..x layak..
17 Oktober 2012 at 4:15 PM
kalau lepasan matrik boleh mohon???mcm mana nk mohon ye???berminat sangat jadi cikgu
29 Oktober 2012 at 4:29 PM
Bila pin no d BSN available ye utk pengambilan next year ?
29 Oktober 2012 at 6:14 PM
sya tak pasti..tp biasanya pin tu akan dikeluarkn oleh BSN bila permohonan sdh dibuka.
30 Oktober 2012 at 9:12 AM
kebiasaannya setiap tahun bila agaknya permohonan guru ni dibuka?
30 Oktober 2012 at 3:51 PM
2 kali setahun…permohonan julai, mula belajar bulan 9…permohonan bulan november, mula bljar bulan februari tahun brikutnya
29 Oktober 2012 at 9:30 PM
Assalamuaalaikum,saya dapat 6 kredit je dalam spm, bm dapat A, yang lain to B dngn C je. Tapi bi dngn mt lulus je x kredit pown.. rasa2 leh mohon x?
29 Oktober 2012 at 10:20 PM
wslm..bgantung kpd kos/program yg dipilih sama ada memerlukan matmtik dan BI kredit/lulus..
8 November 2012 at 8:00 AM
Bila lagi permohonan dibuka?
8 November 2012 at 5:17 PM
tahun depan plak..
9 November 2012 at 12:24 PM
untuk lepasan spm 2012 bila dpt memohon n tarikh buka permohonan?
9 November 2012 at 12:46 PM
.dijangkakan bulan april tahun dpn prmohonan dibuka…
15 November 2012 at 1:16 AM
salam saya nk tnye saya nie gagal matmasa spm 2012 bolh xsaya nk aply jdi guru …cz itu ade lh cita2 saya dri kecil and semua subjek lain kredit…..?????? harap bls komen saya…/.
16 November 2012 at 3:43 PM
spm 2012? x fhmla…
27 November 2012 at 3:09 PM
adakah saya layak menjadi guru apabila semua subjek mendapat kredit,,tetapi matematik dan matematik tambahan gagal,,untuk pengetahuan,saya ingin menjadi guru atau sebagai kaunselor di sekolah..harap penjelasan =)
29 November 2012 at 8:37 AM
bgntung kpd pgram yg awak mohon jika memerlukan matematik n matematik tambahan kredit or x..ada syarat2nya tu..rujuk di post sya yg lain..ada dinyatakan kt situ..
28 November 2012 at 2:47 AM
kalau lepasan spm 2008 boleh mohon x?
29 November 2012 at 8:35 AM
utk yg lepasan tahun sblumnya shja…
30 November 2012 at 5:40 PM
salam, saya lepasan diploma, telah bekerja dibeberapa syarikat swasta sebagai eksekutif dalam tempoh 10 tahun,masih boleh memohon atau adakah terdapatnya prosedur tertentu yang membolehkan saya menukar ke profesion perguruan ini? tk.
1 Disember 2012 at 2:10 AM
hanya perlu memohon kemasukan sahaja. utk tukar profesion dr swasta ke pendidikan rasanya tiada. cuma permohonan kemasukan utk bljr shja..tq..apa2 pun blh rujuk web upsi..
20 Disember 2012 at 11:40 AM
kalau lepasan SPM 2010 boleh mohon tak??
8 Mac 2013 at 4:23 PM
ble plak tarikh 0nline guru lepasan spm bg cal0n spm 2012.? klu kluar tlg bgtau yer.. hrp cgt c0z sy nk jd ckgu..
11 Mac 2013 at 12:14 PM
kalau lpsn SPM 2012 boleh tak??
kat mana boleh ambil M-test TAK TAU PUN
13 Mac 2013 at 8:32 PM
salam, sy berminat hendak menjadi cikgu, tetapi mengalami ksukaran nk jmpa tawaran utk lepasan diploma.. saya lepasan Diploma Kejuruteraan Awam,.ada peluang ke x ?
21 Mac 2013 at 10:17 PM
macam mana nak apply untuk jd guru matematik atau sains?
26 Mac 2013 at 7:47 AM
Mesti aliran sains masa bljr dlu
23 Mac 2013 at 6:03 PM
salam, sy nk tnya..saya ni lepasan Diploma Kejuruteraan Awam, beminat hendak menjadi seorang guru… sy nk tahu,,ada chance ? mksud sy, perlu x sy sebarang sijil atau kelulusan dari badan perguruan etc. utk melayakkn dri sy utk menjawat pekerjaan sbgai seorang guru ?
7 April 2013 at 6:42 PM
kena masuk bidang pendidikan utk dptkn dploma pendidikan or degree pndidikan
29 Mac 2013 at 3:45 PM
kene beli pin 6ber ker dulu??? kalau pkai yang upu nyer boleh????
26 April 2013 at 3:20 PM
salam..nak tanya..ada x program pendidikan utk lepasan diploma ?