Setiap pagi

Bangun bersiap bersarapan

Kemudian ke sekolah

Acap kali begitulah

 

Namun

Di sekolah hanya ‘kosong’

Hanya gembira ‘berkelana’ ke sana sini

Hanya riang mengusik teman

Hanya juara membingitkan kelas

Hanya hero membuli dan berkelahi

Itulah mereka

 

Ditegur dan dimarahi

Sudah acap kali

Bagai mencurah air ke daun keladi

Bagai berkata di depan objek tak bernyawa

Layangan kertas amaran

Hanya singgah dalam tong sampah

Sekadar mendengar

Kemudian kembali semula

Begitulah rutin mereka

 

Pendekatan pelbagai menyinggah kepala

Seketika sedar

Seketika itu juga lalai

Salahkah sistem pendidikan?

Salahkah guru?

Salahkah ibu bapa?

Mereka banyak masa bersama ibu bapa

Bimbingan berterusan?

Mungkin

 

Apa mereka mahukan sebenarnya

Tak minat belajar?

Tak suka diajar?

Tak ingin bercita-cita?

Tak mahu berjaya?

Bukankah perlunya ada masa depan?

Entahlah

Tentu mereka lebih tahu

Fikir-fikirkan

 

by,

Akubah Semporna (15.3.2012)

Advertisements