Kehidupan

Adakalanya indah adakalanya suram

Pelbagai karenah kehidupan

Pelbagai citarasa manusia untuk hidup

Ada yang baik, ada juga yang baik

Bak kata setiap yang baik itu, pasti ada cacat celanya

 

Itulah kehidupan

Sejauh mana hidup direncanakan sebaiknya

Selagi itulah hidup sentiasa indah

Tapi panas adakalanya tak sampai ke petang

Sebab hujan ditengahari

Jadi pasti akan ada dugaan atau rintangan

Cuba menyuramkan keindahan hidup

 

Karena itu

Hiduplah sebaik yang mungkin

Hadapilah dugaan dengan bersandarkan mampu melepasinya

Bukan mampu berserah tanpa berusaha

Sebab itu dunia ragamnya pelbagai

Cuma kekuatan diri menjadi benteng

Disinggahi ragam yang membinasakan diri

 

Liku-liku kehidupan

Tanamkan jati diri

Tetapkan iman

Kuatkan semangat

Pasti kehidupan sentiasa mendapat rahmat

 

by,

Akubah

Pulau Bum-Bum (12.03.2012)

Advertisements