Azam 2012 dan cerita guru posting

Salam

Kesian blog ni lama tak berupdate. Busylah bah konon. Baru teringat pula mau update lagi-lagi tahun baru esok ni. Oklah mau cakap pasal azamlah konon tu. Biasalah tahun baru semua orang ada azam. Azam berazamlah konon. Entah-entah isi masa lapang untuk berazam. Tak apa, prasangka baik jak. Janji apa yang diazamkan tu diusahakan untuk diperoleh dan kalau tak diperoleh pun sekurang-kurangnya sudah berusaha dan pastinya masa akan datang digiatkan lagi usaha tu untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Amin. Azam tahun-tahun sudah tu kalau masih relevan, bangkitkan semula untuk dikenal pasti sejauh mana untuk dicapai. All the best.

Ok jom cerita pula pasal azam penulis blog ni, untuk tahun 2012 ni hanya targetkan soal bilalah boleh tercapai hasrat selepas 4 tahun belajar di UPSI tu. Kononnya mau jadi gurulah tu bah. Setakat ni dan buat masa ni harapan untuk mendengar khabar gembira dari pihak berkenaan untuk kami ni graduan pendidikan untuk ditemuduga seterusnya diberi penempatan untuk mengajar. Paling penting masa temuduga tu kena buat yang terbaiklah, senang diberi tempat untuk mengajar.

Kalau dulunya ada dua pilihan tempat untuk mengajar, penulis blog ni pilih negeri sendiri dan tempat sendiri, Semporna Sabah bah. Keduanya mungkin tempat praktikum dulu, SMK Keladi, Kulim (ada juga pengetua sekolah tu cakap mahu tolong minta situ, tak tahulah sekadar gurauan). Apa yang penting sekarang ni, tunggu tarikh 10 Januari 2012 dengarnya ada info pasal posting tahun 2012. Apa pun semoga dipermudahkan. Amin.