Cerpen : Saat Terakhir

Petang semakin berarak ke malamnya, Fikri masih terpaku di tepi kubur yang masih merah tanahnya. Entah apalah yang Fikri buat di tepi kubur sejak tadi. Kawasan tanah perkuburan sebelumnya dikerumuni sanak saudara penghuni kubur yang kini Fikri sedang berteleku di tepiannya sudah beransur pulang. Siapakah penghuni kubur dihati Fikri sehinggakan Fikri tidak berganjak lagi?

“Fikri, sudahlah ye nak. Marilah kita balik. Dah nak malam ni” Pak cik Kamal memujuk Fikri untuk pulang bersama sanak saudara yang lain. Pak cik Kamal rasa bersalah meninggalkan Fikri keseorangan. Bukan apa, Pak cik Kamal kasihan akan Fikri lagipun Pakcik Kamal suka dengan sikap Fikri yang mengambil berat si penghuni kubur selama hidupnya. Kamalia adalah penghuni kubur berkenaan. Pakcik Kamal adalah ayah kepada Kamalia. “Tak apalah pakcik, Pakcik baliklah dulu. Kejap lagi saya balik” Fikri tegas tidak meninggalkan kubur Kamalia.” Apa pun pak cik harap Fikri sabar dan tabah dengan ketentuan Allah. Biarlah Arwah Kamalia pergi dengan tenangnya. Tak baik meratap macam ni. Yang pergi biarkan pergi, kita yang masih hidup ini mesti tabah meneruskan kehidupan mendatang.” Pakcik Kamal memberikan kata perangsang.

“ Saya tau pakcik, tapi saya tak sangka Lia pergi macam tu saja. Impian kami sekadar impian yang akhirnya tiada penghujung.” Fikri sayu mengenangkan tentang Kamalia masa hidupnya.

“Lia, tolong jangan buat macam ni lagi” Kata-kata Fikri membuatkan Lia tersentak. “Apa ni Fik, Lia buat salah ke?” Lia merenung tajam mata Fikri. Lia seakan-akan tidak berpuas hati dengan kata-kata Fikri. “Siapa Fik ni dihati Lia? Kenapa Lia sanggup buat Fik macam ni?” Ungkapan Fikri semakin panas didengar oleh Kamalia. “ Ok, Lia minta maaf” Kamalia melafazkan maaf seolah dia bersalah.” Maaf? Lia, perkara macam ni Lia tak boleh sembunyikan dari Fik. Lia anggap Fik tak sayangkan Lia ke sehinggakan berahsia dengan Fik? Fik sayangkan Lia tau tak. Fik tak mahu apa-apa berlaku kat diri Lia. Tak mahu. Fik nak bersama Lia untuk gapai impian yang kita impikan selama ini.” Kamalia tekun mendengar keluhan Fikri. Fik, Lia buat semua ini untuk Fik tak sedih dan risau dengan keadaan Lia sekarang ini. Keluh Kamalia dalam hatinya.

“ Fik, Fik tak faham “ Kamalia menyusun kata-katanya untuk menerangkan hal sebenar. “Apa yang Fik tak faham? Fik faham Lia. Faham sangat Kenapa Lia buat macam ni. Lia tak nak Fik sedih, risau tengok keadaan Lia yang ada penyakit ni kan” Fikri semakin mendesak Kamalia yang rasa serba salah.

Fikri menadah tangan tanda berdoa. Selesai berdoa Fikri terusmeninggalkan pusara Kamalia petang itu. Dalam perjalanan pulang Fikri teringat pertengkarannya dengan Kamalia. Pertengkaran Kamalia dan Fikri seminggu sebelum Kamalia menghadap ilahi membuatkan Fikri rasa bersalah. Keesokannya selepas pertengkaran mereka, Kamalia dimasukkan ke hospital selepas Pak cik Kamal berasa sesuatu yang tidak kena tentang Kamalia. Kamalia tidak dapat menyembunyikan lagi rahsia penyakitnya. Semua orang sudah tahu sejak Kamalia dimasukkan ke hospital.

Menurut doktor yang merawat Kamalia, Kamalia telah lama menghidap penyakit tersebut sejak setahun yang lalu. Keadaan telah bertambah kritikal walau pun Kamalia nampak seperti sihat tetapi penyakit berkenaan dalam diam telah meragut nyawa Kamalia. Apa yang dimaklumkan oleh doktoryang merawat Kamalia, Kamalia hanya memakan ubat sahaja, sedangkan pemeriksaan ke hospital hendaklah selalu dibuat.

Tapi Kamalia tidak berbuat demikian untuk mengelakkan penyakitnya diketahui keluarganya dan juga Fikri. Sejak dimasukkan ke hospital sehinggalah Kamalia menghembuskan nafasnya yang terakhir, Fikrilah yang banyak menjaga Kamalia selain keluarga Kamalia sendiri. Fikri tidak dapat terima hakikat tunangnya layu tidak bernyawa lagi di pangkuan Fikri. Penyakit …….. telah memisahkan mereka buat selama-lamanya. Impian yang dijanjikan bersama tiada lagi kesinambungan untuk mencapainya.

Janji sehidup semati yang selama ini acap kali dibicarakan dengan kata-kata cinta sudah tinggal kenangan. Semati tidak bersama, sehidup hanya sementara. Fikri pasrah dengan ketetapan ilahi. Walau pun sukar diterima, namun sebagai manusia kena berusaha menerima qadak dan qadar Allah SWT.

Duka Fikri dapat dirasakan oleh Suraya. Suraya terlalu peka dengan apa yang berlaku kepada Fikri. Suraya telah lama memendam perasaan. Namun Kamalia juga bertakhta di hati Fikri. Mungkin pemergian Kamalia selamanya memberikan aku peluang untuk lebih mendekati Fikri. Suraya mula memikirkan apa strategi untuk mendapatkan Fikri. Suraya masih ingat lagi ketika dia terpikat kepada Fikri. Fikri memang seorang yang rajin dan pandai. Rakan-rakan sekuliahnya suka akan perangai dan sikap Fikri yang suka membantu mereka. Tidak kurang juga pertolongan Fikri kepada Suraya. Bibit-bibit cinta dihati Suraya makin mendalam tatkala mereka ditemukan dalam satu program bakti siswa ke Kuala Selangor anjuran Fakulti Sains Universiti Malaya.

Fikri sebagai pengarah program dan Suraya setiausahanya. Kesempatan itulah Suraya bertindak menarik perhatian Fikri untuk mencintainya. Namun sebagai seorang lelaki yang tidak suka hal-hal cinta semasa belajar Fikri tidak mengendahkan perangai dan sikap Suraya yang meluat hatinya. Sehinggakan suatu ketika Suraya memegang tangan Fikri dan cuba meramasnya. Saat itu mahu sahaja Fikri menampar Suraya. Sifat sabar masih lagi kuat untuk Fikri menjadi dayus menampar seorang wanita. Fikri hanya mampu menasihatkan Suraya yang seolah-olah tidak bersalah dengan apa yang dia lakukan. Kamalia sebagai Ajk Kebajikan sempat melihat adegan tersebut. Kamalia juga tertarik dengan sikap Fikri. Namun Kamalia tahu Fikri tidak berminat soal cinta dan hanya menumpukan kepada pengajian.

“ Fik, Lia minta maaf jika apa yang Lia cakap ni membuatkan Fik marah”. Kamalia rasa bersalah bertanyakan sesuatu bila melihat air muka Fikri di depannya berubah. Fikri mengangkat muka memandang tajam Kamalia. “ Hurm. Lia nak cakap apa? Sejak bila plak Lia ada sesuatu nak cakap takut Fik marah. Sebelum ni Lia tak ada pun. Ada apa-apa ke ni? “ Fikri berasak-asak bertanya kepada Kamalia. Perpustakaan seperti selalus senyap sahaja. Kadang kala kedengaran deheman, batuk dan percakapan berbisik. F

ikri dan Kamalia terus duduk di Perpustakaan selepas berbincang dengan ahli kumpulan mereka tentang tugasan. Mungkin ada sesuatu yang membuatkan Kamalia tidak berganjak lagi. Penyakit yang dialaminya semakin lama semakin pedih dirasakan. Tetapi Kamalia hendak juga bercakap dengan Fikri tentang sesuatu. “ Fik, Lia tak faham kenapa Fik tak suka bercinta? Sedangkan ramai yang suka dan cintakan Fik” Kamalia perlahan-lahan menuturkan kata-katanya. Fikri masih lagi menulis sesuatu dalam buku catatannya sambil tersenyum. Mungkin Lia ni suka kat aku juga ke, kenapa Lia cakap hal ni? Bisik hati Fikri.

“ Lia, tentang cinta ni rasanya tak perlulah Fik nak jelaskan panjang lebar. Lia pun tahu sebenarnnya tentang cinta sebelum kahwin. Fik bukan tak mahu bercinta tapi Fik tak mahu mendapat dosa percuma ketika bercinta. Mungkin pada awalnya tak ada perasaan tentang nafsu, tapi suatu hari nanti atau dorongan Syaitan pasti Fik tertewas lebih jauh. Bercinta pun dah menghasilkan bibit-bibit perasaan rindu, sayang dan macam-macam lagi. Kita sebenarnya tahu apa hukum hakam soal berhubungan dengan bukan muhrim. Fik tak mahu terlibat dalam golongan tu. Biarlah sampai waktu yang sesuai Fik akan akan hadapinya juga. Bukan menolak tapi kita masih dalam pengajian lagi. Tahun depan kita dah nak selesai, mungkin kalau ada jodoh kalau ada kerja nanti mesti Fik akan fikirkannya juga.” Kamalia sangat kagum dengan pendirian Fikri.

Mungkin dihatinya sudah terbit kalimah cinta. Tetapi Fikri tidak berminat lagi. Fikri terus tekun menulis nota pelajaran. Kamalia perhatikan Fikri dengan satu perasaan yang mengharapkan sesuatu. “ Lia kagum dengan Fik. Fik baik. Harap-harap Fik dapat bertemu dengan pasangan yang baik macam Fik juga.” Senyuman Fik terpapat walau pun tunduk menulis nota. “ Lia, Fik baik ke? Tak adalah. Apa pun terima kasih ye doakan Fik. Semoga Lia pun dapat pasangan yang Lia inginkan.” Kata-kata Fik memberikan semangat kepada Lia. Jauh dari sudut hati Kamalia, Lia sayangkan Fik.

Tapi Lia tak mengharap Fik terima Lia. Lia tau Fik ramai peminat. Pastinya Fik akan pilih dari kalangan mereka. Lia hanya mampu memendam perasaan ini. Lia malu nak meluahkannya. Lia bukan seperti Suraya berterus-terang kepada Fik. Sedalam mana jatuh cinta pun, Lia tak kan menggadaikan tangan Lia untuk memegang tangan Fik seperti Suraya lakukan terhadap Fik. Lia tahu Fik amat marah kepada Suraya masa tu. Fik, Lia kagum dengan sikap Fik. Alangkah bahagianya seseorang tu apabila menjadi pilihan Fik. Lia tak ada dalam senarai peminat Fik, siapalah Lia ni. Tak secantik Suraya. Lia orang kampung yang tidak tahu berpakaian orang bandar.

Fikri telah kembali ke tempat kerjanya. Fikri mengambil cuti seminggu untuk tenangkan diri. Segala kenangan bersama Kamalia sukar untuk dilupakan. Apa yang pasti ruang bilik pejabat arwah Kamalia tidak berpenghuni lagi. Sebelum Fikri ke biliknya pagi tadi, Fikri menjenguk bilik Kamalia. Fikri sayu. Tiada lagi kelibat Kamalia di pejabat. Semuanya tinggal kenangan. Saat bahagia tidak pasti dan akan berkubur selamanya bersama Kamalia. Fikri terduduk mengenangkan kenangan lamanya. Paling indah ketika Kamalia menerima lamarannya selepas mereka berdua selesai belajar. Memandangkan baru sahaja graduan, mereka memilih untuk bertunang. Lagi menggembirakan apabila mereka ditempatkan bekerja satu pejabat. Perancangan untuk bertunang setahun sahaja untuk berkahwin tidak kesampaian tatkala ilahi memanggil Kamalia. Sesiapa pun pasti kecewa dengan segala impian yang terputus ditengah jalan.

Lia,

Tak pernah terpikir olehku
Tak sedikit pun ku bayangkan
Kau akan pergi tinggalkan kusendiri

Begitu sulit kubayangkan
Begitu sakit ku rasakan
Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri

Dibawah batu nisan kini
Kau telah sandarkan
Kasih sayang kamu begitu dalam
sungguh ku tak sanggup
Ini terjadi karna ku sangat cinta

Inilah saat terakhirku melihat kamu
Jatuh air mataku menangis pilu
Hanya mampu ucapkan
Selamat jalan kasih

Satu jam saja kutelah bisa cintai kamu di hatiku
Namun bagiku melupaknmu perlu waktuku seumur hidup
Satu jam saja kutelah bisa sayangi kamu… di hatiku
Namun bagiku melupakanmu perlu waktuku seumur hidup
di nanti ku……

Luahan Fikri sungguh syahdu. Seseorang yang amat mencintai kekasihnya sehingga hujung dunia. Fikri tidak pasti akan mengharap lagi seseorang untuk menggantikan tempat Kamalia. Suraya, Fikri tidak sekelumit pun rasa cinta. Semuanya hanya pada Kamalia. Nasihat ayah Kamalia membuatkan Fikri kesayuan. “ Cukuplah nak, Lia dah pergi.

Teruskan kehidupan kita ni. Lia pasti tidak suka melihat keadaan Fik macam ni. Lia terseksa nak. Relakan ye. Lia lagi gembira di sana jika Fik ada penggantinya untuk membahagiakan Fik “. Lia……Fik sayangkan Lia. Ya Allah ampunkan dosa-dosa Lia, tempatkan Lia bersama-sama orang yang beriman. Amin. Tika saat itu yang terakhir, manfaatkan sesiapa pun di sisi. Bila saat berakhir, tiada lagi ruang untuk menarik semula untuk dimanfaatkan. Keredhaan pasti diutamakan. Ketentuan dan takdir Allah, manusia tidak berhak persoalkan. Apa yang termampu, berusaha ke arah yang lebih baik dan tawakal sepenuhnya.

DaripadaNYA kita datang , kepadaNYA juga kita kembali. Bersiap sedialah dengan segala persiapan untuk bekalan di sana nanti. Fikri tidak akan melupakan Kamalia, selesai solat sahaja pasti Fikri akan mendoakan Kamalia. Kekasih hati yang saat ketikanya menjadi milik Fikri berlalu begitu sahaja sehingga hilang dari pandangan. Tiada yang mampu lagi Fikri lakukan selain berdoa dan Fikri menerima hakikat Kamalia tiada lagi bersamanya. Bila saat terakhir Fikri melafazkan lamarannya, Kamalia tersenyum dan terus senyum di sana.

by, Akubah