Assalamualaikum

Habis sudah kisah praktikal di Smk Keladi Kulim Kedah sejak 25.08.2011. Segalanya banyak memberikan erti dalam kehidupan lebih-lebih hala tuju masa depan bergelar guru. Kenangan demi kenangan tercipta ketika itu namun sudah sampainya kenangan itu hanya mampu diimbas semula dalam ingatan bersama mereka yang terlibat.

Segala amanah dan tugas yang diberikan sudah dilaksanakan tapi mungkin tak sesempurna yang diharapkan baik diri sendiri mahupun mereka yang menjayakan perjalanan kisah praktikal. Sekian lama blog tak berupdate konon-kononnya menumpukan sepenuhnya terhadap apa yang dirancangkan. Idea pun turut keluh untuk menukilankan sesuatu di sini.

Ketika ini semua orang sibuk bersiap sedia menyambut bulan Syawal, hari raya yang sentiasa dinantikan selepas berpuasa. Ada yang sibuk balik kampung, membuat persiapan raya dan pelbagai lagi ragam. Diharap kepada mereka yang balik ke kampung, berhati-hati di jalan raya dan apa jua segala perancangan untuk menyambut raya semoga sentiasa berjalan lancar.

Aku? Masih lagi di daerah praktikal, Kulim. Kemungkinan akan beraya di sini. Hidup merantau biasalah. Lagi pun memang suka merantau ke sana sini. Kena terima hakikat walaupun keinginan balik ke kampung di Sabah sentiasa membuak-buak. Mungkin tak berkesempatan lagi. Setelah habisnya praktikal, tumpuan hanya menunggu menerima ijazah, konvokesyen yang tak tahu bila masanya akan dijalankan.

Setakat ni dulu, selamat hari raya khususnya kepada keluarga di kampung Semporna Sabah. Maaf zahir dan batin. Semoga semuanya sentiasa sihat selalu menantikan raya bersama yang lain walaupun tanpa aku. Salam kejauhan.