Ramadan – Ketibaan yang dinanti

Ramadan tiba lagi
Sememangnya sentiasa dinanti
Namun apakah penantian kita untuk Ramadan?
Ataukah penantian kita hanya selepas Ramadan?
Syawal bulan kegembiraan selepas berpuasa
Itukah penantian?
Muhasabah diri memanfaatkan ketibaan Ramadan
Untuk lebih mengerti disebalik Ramadan
Akan ada sesuatu yang lebih berharga untuk dihayati

Bulan Ramadan bulan kemuliaan
Bulan semua umat Islam berpuasa
Bulan untuk menambahkan pahala ibadah
Bulan untuk menyucikan hati dan jiwa yang telah kotor
Bulan untuk melihat semula tahap ketaqwaan diri
Bulan untuk memperlihatkan pengabdian mudah kepadaNya
Tidak makan dan minum di siang hari
Tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah
Itulah kemuliaan bulan Ramadan

Manfaatkanlah sebaiknya sebelum Ramadan berlalu pergi
Sebelum kita berlalu pergi
Sebelum kita tidak sempat menikmatinya lagi
Berusahalah menjadikan Ramadan kali ini
Terakhir dan terbaik dalam hidup kita
Yakni mengumpul sebanyak mana ibadah
Sebanyak mana taqwa
Sebanyak mana pahala
Sebanyak mana kebaikan
Kerana kita tidak tahu bila kita akan meninggalkan dunia

Dosa dan khilaf sebelum ini
Bersihkan dan sucikan diri dalam bulan mulia
Semoga Allah SWT menerima taubat dan kemaafan dari kita
Dia Maha Pengampun lagi Maha Pengasih
Pintu taubat sentiasa terbuka
Bertaubatlah sepenuhnya
Kelak kita sentiasa mendapat redhaNya
Tatkala meniti kehidupan penuh onak dan duri
Jangan sampai terlewat
Kelak membinasakan diri lantas azab menanti di akhirat

Ikhlaskan hati-hati kita
Menerima kehadiran Ramadan kali ini
Perbaiki segala amal pada kali ini
Kerana kita sentiasa leka
Berusahalah menjadi lebih baik dari sebelum ini
Sesungguhnya kehidupan ini ada likunya
Berjaya atau tidak menghadapinya
Kita sendiri yang berusaha
Berusaha untuk meningkatkan ketaqwaan
Berusaha untuk bersabar dengan segala dugaan
Pastinya hidup sentiasa dalam rahmat dan redhaNya
Berusaha menjadi lebih baik !!!

 

by,

Akubah

Kulim Kedah