Assalamualaikum

Cuti sekolah menghampiri seminggu, tidak banyak kerja yang dilakukan. Periksa kertas peperiksaan, jalan sekejap di Giant dan selebihnya duduk berkampung di bilik. Jiran sebelah bilik semalam sudah berpindah ke tempat sewa barunya.  Dia ajak sekali tapi masalahnya kemudahan internet tak ada der. Internet paling utama der masa praktikum ni. Maklumat tu. Nasiblah dapat bilik sewa yang ada kemudahan wifi walaupun berbayar. Janji oklah daripada bayar broadband mahal-mahal tu dan pasang streamyx. Bilik sewa macam bilik sewa di Sarawak dulu, tapi bilik ni lagi bagus, ada katil dan kipas lengkap.

Biasalah kehidupan seorang perantau, pada awalnya memang mencabar. Alhamdulillah perancangan sebelum datang belajar di Perak untuk mengelilingi negeri-negeri Semenanjung Malaysia makin hampir semuanya untuk disinggah. Hanya negeri Johor dan Melaka saja yang menanti saatnya, Sabah dan Sarawak sudah dijelajahi walaupun tidak semua daerah maka akan lengkaplah kunjungan ke semua negeri-negeri di Malaysia. Tu diaaa…

Seronok benor merantau ni, best der. Boleh jalan-jalan, tengok tempat menarik dan paling penting meluaskan pandangan menambahkan pengetahuan. Ayat tak boleh blah der. Perancangan selepas tamat praktikum ni nak balik Sabah dulu, rehat sepuasnya. Sejak cuti SPM, selepas STPM kerja dan terus kerja sehinggalah masuk ke UPSI. Di UPSI pun sempat lagi kerja part time sehinggakan sesak dibuatnya. Dugaan seorang perantau.

Apa pun, perancangan masa akan datang sedang dalam proses merangka draf. Boleh pula buat draf. Ok lah tu. Hidup mesti ada perancangan dan paling penting pelaksanaan untuk kemajuan diri serta keluarga. Mengharapkan yang terbaik dalam segala pelaksanaan. Amin.

Akubah

Kulim

Advertisements