Assalamualaikum

Orang sekeliling kadang-kadang tak adil untuk menerima apa yang kita lakukan sedangkan hakikatnya bukan terdetik melakukan sesuatu tanpa alasan munasabah. Setiap orang ada caranya sendiri dan tak semestinya tak ada kelayakan ‘tersebut’ menidakkan tahap percubaan yang sedang diusahakan. Kerana percubaan itulah menghasilkan sesuatu yang boleh diaplikasikan sebaik mungkin tatkala kelayakan ‘tersebut’ sudah ada.

Kalau ianya tak boleh dilakukan, untuk apa tahap percubaan diberi pendedahan baik terus diberikan awal-awal kelayakan tersebut untuk memudahkan strategi pelaksanaan. Tahap percubaanlah segala apa yang boleh dilakukan, dimanfaatkan sebaiknya untuk mendapat kelayakan ‘tersebut’. Tapi sebaliknya berlaku. Sampai bila dihadkan segala kebolehan sedangkan bukan bertujuan menunjukkan kepandaian tapi hanya untuk melakukan yang terbaik untuk diri dan mereka-mereka.

Memang benarlah pesan seorang rakan, cabaran utama pada tahap percubaan ini bukan mereka tapi mereka yang sudah mempunyai kelayakan ‘tersebut’. Memang benar pengalaman banyak itu menidakkan kita yang baru meniti dunia percubaan ini. Tapi sehinggalah bila usaha tak dapat dikembangkan. Jangan sebab telah ada ‘title’, segala usaha  bagi mereka yang tiada ‘title’ tergendala dan terus lenyap. Fikir-fikirkan.

Akubah

Kulim, Kedah.