Hidup untuk memberi sesuatu yang membahagiakan diri tatkala melihat orang lain gembira menerimanya. Memberikannya tanpa balasan dan tak mengharapnya lebih menzahirkan keiklhlasan dalam hati. Kata-kata yang direka ” Dalam apa yang kita buat pasti ada orang lain akan berduka atau gembira, oleh itu buatlah untuk orang lain gembira bukannya berduka “. Itulah yang akan cuba dan diusahakan sedaya yang mungkin.

Kadang-kadang ianya amat payah dimengerti oleh orang lain dan disalah tafsir erti memberi tersebut. Walhal tak terdetik untuk meminta disalah tafsirkan cuma sekadar memberi erti yang sebenar. Lantas perlukah untuk diperkotak katikkan kebahagiaan memberi itu?

Menerima saat memberi bukannya dipinta bahkan pemberiaan itu sudah cukup menjelaskan erti menerima yang hakiki. Mungkin memberi itu serba kekurangan tetapi sebenarnya cuba untuk memberikan yang terbaik dan termampu. Justeru, menerimalah seperti diberikan yang sebenarnya. Tiada kebergantungan maksud kedua-duanya. Malahan jelas lebih memberi sebenarnya. Menerimalah dengan diberikan sebaiknya.

” Hidup untuk memberi adalah kegembiraan serta kebahagiaan untuk diri “