Akhirnya selesai juga tesis. Alhamdulillah, tempoh setahun walaupun agak panjang tetapi dek kesibukan tugasan lain menyebabkan ianya tidak berjalan dengan lancar. Syukur. Hanya menunggu penilaian seterusnya oleh pensyarah penyelia. Untuk semester akhir di kampus, ada 3 tugasan lagi menanti dan akan dihantar ke semuanya sebelum 31 Mac ini. Pening-pening. Apa pun all the best. Sekadar berkongsi kelegaan tugasan yang sentiasa membelenggu waktu tidur, makan dan sebagainya namun akhirnya sudah selesai. Hanya pasrah dengan penilaian. Semoga baik-baik saja. Amin. Hari ini pergi ofis buat kerja yang sudah banyak kali tertangguh. Dengarnya ada lagi projek baru. Ok jugalah, cover belanja masa praktikum nanti, pitis pun dah nak susut. Harap sekembalinya dari ofis, dapatlah juga income pendahuluan. Harap-haraplah. šŸ™‚

Advertisements