Assalamualaikum

Isu utama dan hangat baru-baru ini sudah boleh dikatakan selesai walaupun tak seperti yang dikehendaki sepenuhnya. Kira terbaiklah dapat penyelesaian yang mampu memberi kelegaan kepada semua yang terlibat. Namun sedikit polemik yang dicanangkan oleh beberapa pihak dan tentunya menggugat kemampuan untuk mempercayai pihak mana yang lebih bertanggungjawab.

Walau apa pun, semua ini ada hikmah terselit untuk difikirkan baik diketengahkan demi menjadikan pemikiran setiap manusia berlandaskan hakikat dan kebenaran. Kepada mereka yang sudah atau telah belajar erti kebenaran dan ilmu hakikat sebaiknya mereka lebih arif hal-hal pencernaan ilmu serta fakta. Tak perlu lagi berdolak-dalik demi kepentingan agenda tertentu.

Mungkin sukar pihak A menerima maklumat bahawa pihak B ada fakta untuk dibuktikan, ataupun sebaliknya namun selagi mana wujudnya perbezaan fahaman perkara sebegini akan terus berlanjutan. Dek kesukaran itulah, setiap pergolakan akan terus berkecamuk dan menerawang menghinggapi pemikiran pihak lain untuk diterjemahkan ke arah yang sebaiknya.

Tak boleh ke untuk bersatu padu demi menjayakan hasrat pihak lain? Bekerjasama untuk kepentingan pihak lain dan kepentingan mereka juga? Kenapa perlu wujud assabiyah dalam pimpinan sedangkan hala tuju adalah sama? Lebih perit lagi, masing-masing menegakkan benang yang basah dan masing-masing juga membasahkan benang yang kering.

Diakui perbezaan pendapat itu adakalanya untuk pencarian pendapat yang terbaik namun kenapa pendapat pihak tertentu diabaikan dan menegakkan pendapat sendiri? Lagi tak adil apabila, memperlekehkan usaha atau pendapat yang dikemukakan. Hak tetap hak, pendapat tetap pendapat, usaha tetap usaha tetapi adakah susur galur caranya sudah diaplikasikan sepenuhnya? Mudah sebenarnya berkata-kata tapi mempraktikalkan kata-kata itulah amat payah.

Perspektif umum ini boleh diaplikasikan secara mendalam. Sedarlah wahai pejuang, kita mempunyai hasrat dan hala tuju yang sama. Usah memaksa pihak lain mengikut kita sedangkan kita sendiri tak memaksa diri sendiri untuk mengikut apa yang ditetapkan. Begitu juga sebaliknya, ikutlah jalan kebenaran yang jelas dan terbentang di hadapan.

Jangan kerana fahaman luaran berbeza ianya juga turut membezakan cara perjuangan di sini. Selagi mana hak dapat diperjuangkan mengikut lunas yang ditetapkan selagi itulah boleh diperjuangkan, jika ianya sukar pasti ada jalan lain lagi. Ingatlah Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Insyirah ayat 6 yang bermaksud “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan ” . Rujuk sini .

Renung-renungkan dan selamat beramal