Salam

Sedia maklum bahawa hari ini tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Tenang di Johor. Biasanya proses penamaan akan berlaku kejadian yang tak diingini lebih-lebih lagi melibatkan parti politik yang dah memang musuh ketat. Kali ini wakil bertanding melibatkan wakil dari BN iaitu Umno dan PR diwakili parti PAS. Sebelum-sebelum ini dikatakan akan ada pertandingan 3 penjuru yakni calon bebas namun sehingga kini proses penamaan calon hanya melibatkan 2 parti ini sahaja.

Pastinya akan menjadi hangat dalam permulaan tahun 2011, PRK bermulanya pertembungan sesama wakil Melayu dan kedua-keduanya pernah berkhidmat di sektor kerajaan. Siapakah yang menang? Pengundian akan berlangsung pada 30 Januari ini dan selepas proses penamaan calon pada hari ini kempen pula akan sarat dengan bahan-bahan kempen, isu-isu dan macam-macam lagi. 2 hari lepas, SPR menolak tanggapan pihak tertentu mengatakan sudah wujud pengundi hantu di Dun Tenang.

SPR mengganggap tanggapan tersebut sebagai helah kempen dan SPR memberi penjelasan semua sistem yang berkaitan pengundi telah dikemaskini sebaiknya. Adoi, pengundi hantu tak habis-habis dijadikan isu. Dah lapuk sangat dah. Pagi tadi sempat “meninjau” keadaan di daerah Tenang. “Tinjauan” dibuat melalui tulisan-tulisan blog yang melaporkan situasi semasa selain info berita dari pelbagai media arus perdana. Bukan pergi sana pun.

Apa yang dimaklumkan keadaan tenang dan proses penamaan calon berlangsung seperti biasa. Tapi terbaca beberapa isu atau luahan pihak tertentu yang mengatakan wakil parti tertentu sudah memulakan langkah kanan mereka untuk proses ‘kempen’ terdesak. Apa pun masih terlalu awal untuk menilai atau mengukur siapakah yang akan menang nanti. Adakah UMNO akan mengekalkan kedudukannya atau PAS akan menidakkan harapan UMNO. Kita nantikan malam 30 Januari nanti.

Advertisements