Salam

Isu hangat melanda kampus sekarang ni tentang kelewatan PTPTN yang sehingga kini masih lagi belum singgah ke dalam akaun bank pelajar. Lawatan MB Perak sempena Karnival kolej beberapa hari yang lalu menjadi medan mahasiswa untuk meluahkan keluhan, usul, pandangan dan pelbagai lagi saranan yang menyentuh hak-hak mahasiswa. Paling menarik perhatian isu PTPTN. Aku tak mahu mengeruhkan lagi keadaan untuk mengulas lebih panjang lagi. Biarlah pihak tertentu yang menguruskannya.

Lagi haru biru beberapa fan pages FB sana sini berbalas pandangan tentang beberapa isu yang berkaitan dengan PTPTN ini. Semuanya lantang menegakkan pendapat masing-masing dan ada juga pihak yang tak menghormati individu lain dalam memberikan pendapat. Bagi aku itu hak individu tersebut sama ada ianya bersetuju atau sebaliknya. Tak perlulah kita memberikan kata-kata yang tak sepatutnya seorang mahasiswa ketengahkan. Ketahui bahawa berbeza pendapat itu ada baiknya dan yang penting berbeza dari sudut ilmiah atau positif.

Hak-hak mahasiswa terus dilaungkan. Aku boleh rasakan ianya satu kebangkitan mahasiswa. Tapi kebangkitan itu adakah di bawah garis panduan yang ditetapkan? Fikirkanlah. Kekadang pihak tertentu terlalu emosional dalam memperjuangkan satu-satu isu. Pihak yang tak bersetuju dengan mereka dikatakan pak turut golongan tertentu malahan dicaci tanpa memikirkan apakah cacian mereka itu kena pada tempatnya.

Bagi aku, cukuplah pengalaman berkerja lebih kurang 2 tahun di jabatan kerajaan di Sarawak mematangkan diri untuk bertindak lebih rasional tentang fenomena masalah pentadbiran mahupun pengurusan pihak yang berkaitan. Kita ni kadang-kadang tak faham dan ada yang buat tak faham situasi begini. Apa yang mereka tahu, salah itu ini, tak menjalankan tugas dan pelbagai lagi tuduhan yang bagi aku mereka kalau sendiri merasanya tentu akan sedar akan situasi sebenar.

Hak tetap hak tetapi garis panduannya ada. Tapi bila tak bertindak kita dituduh kononnya kita takut dengan akta itu, pemikiran sempit, tak ikut perkembangan dan macam -macam lagi. Sedarkah kita apa tanggungjawab kita yang sebenarnya? Apa kejadahnya melakukan sesuatu tindakan yang tak ada hasilnya? Adakah untuk publisiti? Jangan sesekali. Perjalanan kita masih jauh lagi. Fikirkanlah