Salam

Bermulanya isnin ini (22.11.2010) satu perjuangan untuk menyelusuri sisa-sisa pengorbanan diri untuk menimba ilmu yakni peperiksaan akhir untuk semester 6 kali ini. Maksudnya tinggal satu peperiksaan lagi dihadapi sebelum melangkah ke alam praktikal sebagai seorang guru dan seterusnya mandat guru diberikan. Amin. Cumanya buat masa ini, tiada keupayaan untuk menelaah buku bukan mendabik ilmu sudah penuh di dada tetapi ada sesuatu yang mengganggu. Semoga perjuangan ini akan diteruskan dengan sebaik mungkin dan hanya sedikit sahaja lagi baki perjuangan. Kepada rakan yang sudah menerima penempatan mengajar, tahniah diucapkan semoga amanah yang diberikan dimanfaatkan sebaiknya. All the best.

Jadual peperiksaan aku. All the best.

Advertisements