Salam

Dah pagi subuh berkeinginan untuk mencoretkan sesuatu dalam blog ini. Sudah lama tidak diupdate dek kesibukan menyiapkan beberapa tugasan dan paling mencabar mencipta satu laman web. Beberapa jam tadi selesai sudah tugasan semester ini untuk difikirkan lagi. Walaupun semalam sudah tarikh tamat penghantaran tugasan,harap siang nanti dapat dihantar sebaiknya yakni laporan laman web.

Satu kebanggaan untuk diri sendiri kerana dapat menghasilkan laman web ciptaan sendiri bersama ahli kumpulan yakni salah satu tugasan yang perlu diambil melalui pilihan pelajar itu sendiri. Aku mengambil keputusan untuk mengambil subjek Pembangunan Blog dan Laman Web yakni bidang IT yang agak aku minati. Walaupun tidak seberapa namun kesukaran, kerumitan ketika menyiapkannya begitu sadis sekali. haha. Apa pun, satu pengalaman baru dan pengetahuan yang selama ini hanya sekadar pemerhati mahupun penjenguk laman web orang lain tapi sekarang boleh dikatakan ada asas untuk mencipta laman web. Bukan mendabik dada tetapi sekadar perkongsian pendapat pencarian ilmu itu tidak akan berakhir dan pastinya akan terus mencari. Itu yang penting.

Semua tugasan sudah selesai, fokus sekarang ini belajar menantikan cabaran peperiksaan semester 6 sepanjang pengajian ini. Tahun depan, satu semester lagi untuk menghadiri sesi kuliah manakala selepasnya akan menjalani praktikal di sekolah. Kemudiannya, semoga dipermudahkan. Amin. Setakat itu sahaja pagi-pagi buta ini dapat dicoretkan. Link laman web yang dicipta, boleh dilayari di sini…pengajian malaysia .

Atau boleh dilayari di Facebook klik sini…

2.39am

3.11.2010

KUO

Advertisements