Salam

Sesi kali ini cuma 2 minggu lagi untuk ditamatkan dan sekarang ini sudah masuk minggu ke 12. Cuma 3 tugasan lagi belum diselesaikan dan semuanya dalam proses dan 1 pembentangan. Minggu ni, harapnya 2 tugasan dapat diselesaikan yakni paper isu serantau dan buat laman web. Blog tidak terupdate sejak kebelakangan ini. Minggu lepas sibuk menyiapkan tugasan yang penuh kontroversi dan emosi bagi si pembuatnya. Haha..Apa pun hanya berserah berapalah dapat markahnya nanti.

Sabtu lepas menghadiri majlis kesyukuran dan doa selamat menunaikan haji bos tempat aku buat kerja part time di Ampang. Bagi saya sambil-sambil open house selepas raya sebab hari tu sudah masuk 1 Zulkaedah. Macam-macam karenah ada dan sekian lama tidak menghadiri majlis seumpamanya seperti majlis kahwin, kali ini menjadi penyambut tetamu selain menyediakan persiapan dan makanan kepada tetamu. Best juga sebenarnya, ingatkan datang sebagai tetamu tapi sebagai pelayan tetamu dengan baju melayu seluar kasual. Layan saja.

Best dapat makan banyak sambil-sambil layan tetamu. Lenguh kaki dibuatnya sehinggakan kawan seorang asyik merungut nak balik awal. Kesian. Apa pun ikhlaskan hati buat kerja. Proposal new bisnes sudah dibentangkan, hanya menunggu disahkan namun progressnya kena buat dan siap sebaik tamatnya sesi haji my bos. New bisnes menggunakan aplikasi laman web untuk memasarkan produk syarikat. Bolehlah sambil-sambil buat tugasan buat laman web. All the best.

5.21pm

11.10.2010

KUO