BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

KEPUTUSAN kerajaan memansuhkan bayaran balik PTPTN kepada peminjam yang memperoleh ijazah kelas pertama amat dipuji.

Ia sekali gus menggalakkan lebih ramai peminjam belajar dengan tekun untuk memperoleh keputusan itu.

Langkah tersebut menunjukkan bahawa perbadanan itu bukanlah sebuah badan yang disalah anggap oleh banyak pihak, terutamanya para peminjamnya.

Kebanyakan pihak yang mengkritik badan itu adalah terdiri daripada golongan yang enggan atau liat membayar balik pinjaman serta yang dikenakan tindakan oleh pihak berkenaan.

Para pelajar sepatutnya harus berterima kasih kepada kerajaan yang mewujudkan perbadanan itu dengan membayar semula pinjaman bagi faedah peminjam yang lain.

Namun, apa yang Awang harapkan ialah PTPTN juga harus memperbaiki kemudahan dan urus tadbirnya agar tidak sering dirunguti oleh para peminjam.

Dengan proses penambahbaikan sistem khidmat pelanggan yang sedang diusaha, adalah diharapkan perkhidmatannya akan lebih baik.

Awang turut menyarankan institusi penyumbang yang lain turut mengikut jejak PTPTN menukar pinjaman pelajaran yang diberi kepada biasiswa untuk pelajar yang cemerlang.

Sebelum ini, Mara telah pun melaksanakannya.

Awang – Terus kenang jasa. Utusan Melayu (1.10.2010)



Rasanya tak sempat dah, payah lagi nak melonjak terus. Setakat dibelakang jelah kemungkinannya. Semester 6 dah pun,  kena bayarlah juga. hehe. 3 semester lagi nak perbaiki, boleh ka? All the best