Salam

Cuma beberapa hari lagi tugasan kursus Politik dan Kerajaan akan dihantar dan masih lagi tidak terlaksana. Sepanjang cuti dua minggu disia-siakan untuk tidak  melaksanakan tanggungjawab menyiapkan tugasan walaupun adanya perayaan Hari Raya. Tajuk dan draf tugasan sudah lama diluluskan. Nampak mudah tetapi sukar dimulakan, sebab ianya berlandaskan fakta dan pergolakan sebenar yang berlaku dari zaman bermulanya untuk kemerdekaan Tanah Melayu sehinggalah kini. Cau cin cau bolehlah. Sumber rujukan khususnya buku-buku juga kena banyak. Bukan atas permintaan Lecture tapi atas kehendak tajuk soalan.

Rujuk dalam alam maya ini mungkin berlambak, blog, laman web tapi jenis kelemahan saya ini untuk mengedit tulisan orang lain adalah sukar. Lagi satu kalau nak ambil terus, tu namanya plagiat pula. Senanglah cakap, alah edit atau olah saja. Tapi pemikiran dan idea orang tidak sama dengan pemikiran kita. Sumber atau fakta sahaja yang mesti sama dihuraikan namun ayat. Sukar. Lagi mudah guna ayat sendiri setelah memahami apa yang orang lain tulis. Begitu juga dengan buku. Penulisan ilmiahlah katakan. Kalau setakat dalam blog, suka lantaklah nak tulis macam mana pun. Tapi jangan merapu sudahlah !

Bagi sesiapa yang mendapat tajuk soalan ini mungkin akan cakap, fuh senang giler !!! . Diakui memang soalan terus menampakkan apa kehendaknya yakni tidak tersirat. Tidak perlu berfikir secara mendalam untuk mengetahui kehendak soalan. Berfikir secara mendalam apabila untuk menulisnya dengan sumber rujukan yang berfakta, kesinambungan dan refleksi setiap persoalan-persoalan yang berbangkit termasuk isu-isu. Kalau soalan ini dibuat oleh pihak yang taksub for the one party, something like thatlah kenalah gantung atas dulu ketaksuban tu. Kenalah adil walaupun mungkin payah untuk diterima dengan soalan sebegitu. Huhu. Biasanya menghentam itu ini, so how  to train your mind for this assignment. Ini markah, all the best.

Nasiblah saya atas pagar (atas pagar kah?) kena adillah untuk mengemukakan fakta dan hujah. Ceh.. Ermm..Walaupun tajuk soalan bersangkut paut dengan bidang yang diminati yakni politik, soalan ini juga boleh dijadikan pengenalan mahupun analogi dalam projek akhir nanti. Say something how can do this?

Kalau ada internetlah selalulah juga jenguk-jenguk cerita orang dalam alam maya ini pasal berita, isu politik. Tapi macam biasalah, pro A dengan pro B masing-masing mahu menang  dalam pengkhabaran cerita mereka. Apa lagi kalau bukan isu-isu politik. Mahunya boleh juga dijadikan sumber, untuk fahamkan sajalah. Fakta tu kena kaji betul-betul. Lebih-lebih lagi isu-isu yang baru. Nak cari fakta atau cerita sebenar pun payah. Kalau yang taksub tu, faham-fahamlah. Tak perlu mereka ni mencari atau mengkaji secara mendalam. Kalau sudah namanya pro A, sokong juga pro A begitu juga pihak pro B. Melalut pula kisah lain. Bukan apa, ada kaitan dengan tugasan.😉

Sejak menggunakan PC ini (Personal Computer) sudah jarang menghuni Library. Di library pun cari buku dan pinjam buku. Nak buat tugasan, manalah ada laptop, laptop tersayang sudah berada di kampung, skrin rosak dah. PC ni kalau boleh diangkut dan senang di bawah ke sana sini, ok juga buat kerja. Sekarang, kalau buat tugasan…ah ..duduklah di bilik buat kerja. Susah juga kalau buat kerja di bilik. Bising macam-macam hal. Lainlah library, cari lubuk yang tiada pelajar. Tenang buat kerja. Buku pun bertimbun di meja.

Minggu depan, berlambak tugasan kena hantar. Adoi nah. Tugasan politik ni bilalah nak siap. Di blog sempat pula menulis, panjang pula tu. Kalau menaip tadi untuk tugasan mungkin sudah siap part pendahuluan paling kurang pun. Macam-macam. Biasalah kalau kelentong dan merapu. Merapu yang betul dah. Target siap sebelum solat subuh esok. All the best.

4.09pm

18.09.2010

KUO