Salam

Apa yang kita tahu dan apa kita yang kita pura-pura tahu!

Tarikh 16 September 2010 sudah berlalu dan pada hari itu sinonim dengan sambutan Hari Malaysia yakni penubuhan Malaysia bersama Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu. Namun kini, sejak keluarnya Singapura dari Malaysia pada tahun 1965, Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia terus berjuang memakmurkan dan memajukan negara ini. Mungkin bagi kita masih teringat lagi isu 16 September 2008 yakni kononnya kerajaan baru akan ditubuhkan melibatkan peralihan kuasa BN ke PR. Sama ada ianya igauan mahupun janji-janji bak angin berlalu bukan persoalan penting tetapi hala tuju politik masa kini sudah mencapai tahap yang agak mencabar. Mencabar dalam erti kata polemik-polemik politik, pergolakan isu, kebangkitan rakyat, konspirasi dan sebagainya.

Di mana sahaja, celoteh politik zaman ini sering menyesakkan telinga untuk mendengarnya. Baik dari golongan rakyat mahupun wakil rakyat. Isu-isu berkaitan politik amnya dilihat semakin menguasai pemikiran untuk diketengahkan oleh golongan yang aktif berpolitik. Lantaran itu, pelbagai pihak sama ada di pihak PR, BN atau atas pagar masing-masing mengeluarkan persepsi dan tanggapan sendiri tentang isu-isu yang sedang hangat diperkatakan. Persepsi bagi mereka yang pastinya memberikan fakta atau mungkin juga sekadar auta yang nampak bersifat individualistik mengetengahkan pendapat dan maklum balas terhadap satu-satu isu. Hal ini tidak lain tidak bukan bentuk luahan perasaan dan ianya juga ketaksuban berpolitik.

Lihat dan baca sahaja isu-isu terkini mahupun isu lama yang disensasikan baik dalam alam maya ini dan juga media cetak. Belum lagi “peperangan akhbar” yang sering menegakkan pendirian dan pengkhabaran berita yang disampaikan. Pihak sana mengatakan pihak sini memfitnah begitu juga sebaliknya pihak sini mengatakan pihak sana sedemikian rupa. Justeru, bagi penilai situasi ini mungkin sukar mencari kebenaran tersirat. Melainkan ketaksuban berpolitik dan sokongan kepada pihak tertentu akan menyokong setiap apa yang diperkhabarkan. Itulah perumpamaan mudah.

Sudalah isu dalam negara sukar mencari jalan penyelesaian, timbul pula isu luar negara yakni negara jiran Indonesia apabila segelintir rakyatnya melaungkan Ganyang Malaysia yang dikendalikan pihak yang menggelarkan diri mereka Bendera. Mungkin kita sedia maklum bahawa laungan Ganyang Malaysia ini sudah lama berputik zaman konfrontasi Malaysia. Lantas semakin berkembang putiknya ketika tarikh 16 September ini berlangsung iaitu penubuhan Malaysia. Presiden Indonesia ketika itu, Sukarno menjadikan alasan penubuhan Malaysia akan menggugat kedudukan negaranya untuk merdeka disebabkan tanggapan beliau Malaysia sebagai boneka British. Dalam erti kata lain, tempat imperialis British menguasai kawasan negara di Asia. Bukan setakat Indonesia, malahan Philipina turut sama menyatakan pendirian tidak menerima penubuhan Malaysia dek tuntutan pihaknya ke atas Sabah tidak tertunai. Pada ketika ini dan sejak dari itu, ancaman dan tuntutan masih lagi cuba diusahakan.

Apa pun, tahniah kepada pemerintah negara yang telah berbincang dan berplomasi secara bijak menangangi isu-isu ini. Perkembangan terbaru Ganyang Malaysia sudah redup yang sebelum ini demontrasi membakar bendera Malaysia, kedutaan Malaysia “diserang” dengan najis manusia dan warganegara Malaysia yang cuba dihalau dengan ayat “sweeping”. Entah apa-apalah. Sudahlah bulan puasa, pihak ini boleh lagi bertindak sedemikian rupa. Nasiblah rakyat Malaysia sudah faham dengan karenah pihak tersebut dan tindak balas mengikut cara mereka dibalas dengan menghantar memorandum bantahan ke kedutaan Indonesia. Begitu juga peranan Menteri Luar Dato’ Sri Anifah Aman yang mengadakan perjumpaan bersama rakan sejawatan Indonesia di Kota Kinabalu baru-baru ini menjanjikan isu tersebut akan cuba diselesaikan dengan cara diplomasi. Tahniah.

Paling penting, sejauh mana penyelesaian sesuatu masalah atau isu itu dilaksanakan dengan bijak. Itulah realitinya untuk pencarian penyelesaian yang terbaik. Jika emosi menghantui diri sesiapa sahaja, sesuatu isu mahupun permasalahan tidak akan menemui jalan penyelesaian malahan akan lebih buruk lagi keadaannya. Pengguna alam maya laman sosial Facebook berusaha membalas tomahan dan cacian dengan hujah bernas dan berfakta tentang isu ini apabila kewujudan laman Facebook tentang Ganyang Malaysia berlegar-legar diutarakan.

Nota : Klik gambar untuk tambahan info

For the last, 16 September ada konotasinya tersendiri dan analoginya juga mungkin tersendiri. Terbaca berkenaan dengan tarikh ini di blog YB Zulkifli Noordin ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, dalam tulisan beliau ada info menarik yang boleh dikongsi bersama. Saya sendiri pun tidak mengetahuinya secara jelas. Boleh baca di sini HIKAYAT 16 SEPT !!

2.16pm

18.09.2010

KUO