Salam

“Jalan-jalan” dalam cyber ini terjumpa video ceramah yang dikisahkan oleh beberapa buah blog terutamanya blog politik yang menyentuh soal perpaduan Islam dan Melayu. Apa yang cuba saya ingin tuliskan kali ini berkenaan dengan isi kandungan video ceramah tersebut. Bagi saya sudah cukup menjelaskan serba sedikit tentang isu perpaduan parti politik Umno dan Pas. Kemungkinan saya sudah ketinggalan zaman untuk mengulas isu dihari raya ini. Bukan apa untuk renungan semula bagi yang tidak sedar lagi tujuan perpaduan itu sebenarnya. Sedia maklum bahawa isu ini sudah acap kali kedengaran dan ada juga suara-suara yang bersetuju dan ada juga yang menolak sama ada dalam Umno sendiri mahupun pihak Pas. Namun ianya lebih penolakan oleh segelintir Pas khususnya pemimpin tertinggi parti untuk tidak mengadakan kerjasama perpaduan ini.

Kalangan pengikut mereka lagilah mencerca pemimpin mereka sendiri yang cenderung untuk berbincang hal perpaduan bersama pemimpin Umno. Alasan yang kita selalu dengar, kisah tahun 1977 apabila Pas dikatakan “dihalau” keluar dari komponen Barisan Nasional. Alasan lain Umno memerlukan jangka hayat dan banyak lagi alasan-alasan lain. Kita terawang-awang dengan kesudahan dan polemik isu perpaduan ini. Mungkin ada pihak yang tidak bersetuju dengan saya tentang alasan-alasan ini, tetapi itu hak mereka. Semua orang pasti ada persepsi dan penilaian tersendiri. Justeru, apa keburukannya kerjasama perpaduan ini dijalinkan demi kepentingan orang Melayu dan Islam itu sendiri? Kenapa perlu dipolitikkan lebih dasyat lagi hala tujunya? Mungkin keikhlasan harus diutamakan sama ada dari pihak Umno mahupun Pas bagi memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam di bumi Malaysia ini.

Saksikan dan renungkan perspektif perpaduan oleh penceramah ini ….

Advertisements