Salam

Masa sudah menunjukkan jam 7.34pm dan baru sahaja tadi kawasan Tanjung Malim Perak jam 7.20pm masa untuk berbuka puasa untuk hari yang ke 29 Ramadhan. Malam ini juga akan ditentukan bilakah hari raya aidilfitri menjelang. Sebelum ini kedengaran desas-desus hari raya akan jatuh pada esok hari yakni 9.9.2010.

Namun, baru-baru ini pihak jabatan agama ada menjelaskan agar tidak mempercayai khabar tersebut dan hanya menunggu pengumuman pada malam ini. Jadi, kepada umat Islam selesaikan dahulu bulan puasa ini sementara menanti hari raya kunjung tiba. Kalau ianya jatuh pada hari jumaat yakni 10.09.2010 maka tepatlah puasa Ramadhan untuk 30 hari menandakan hari esok hari terakhir umat Islam di Malaysia dan kawasan sewaktu dengannya berpuasa untuk bulan Ramadhan kali ini.

Apa pun, kita tunggu sahaja pengumuman hari raya dalam masa sekejap lagi. Jadi, bolehlah mempersiapkan diri menyambut aidilfitri. Mungkin dalam kalangan kita sudah ada yang lebih bersiap sedia sejak awal puasa lagi. Buat kuih raya, balik kampung, beli baju raya dan sebagainya. Berjimat cermatlah walaupun khas untuk kakitangan kerajaan disediakan bonus raya kali ini.

Dikesempatan ini, empunya blog mengucapkan terlebih dahulu selamat hari raya. Maaf zahir dan batin.

7.43pm

8.9.2010

KUO

Advertisements