Salam

Kes kemalangan jalan raya musim raya ni makin menjadi-jadi pula. Kemalangan yang berlaku  di Lahad Datu pagi tadi pastinya membuatkan keluarga mangsa gundah menyambut ketibaan hari raya jumaat ini. Operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa Ops sikap kurang menyedarkan pengguna jalan raya. Membaca info ini di berita harian online rasa terkejut juga lebih-lebih lagi dalam kawasan saya sendiri. Kes kemalangan di Semenanjung ini lagilah, hampir setiap hari pasti ada sahaja kes kemalangan dilaporkan.

Pesanan kepada pengguna yang pulang berhari raya baik di mana sahaja lokasi anda, berhati-hatilah memandu. Kes kemalangan yang dilaporkan di Lahad Datu ini berlaku disebabkan kecuaian pemandu itu sendiri apabila memotong kenderaan di hadapan. Kenderaan dari arah bertentangan tidak boleh lagi nak mengawal. Berhati-hatilah memotong, ingatlah orang tersayang. Nak sambut raya pun sabar-sabarlah kalau nak balik kampung. Biar lambat asalkan selamat.

Enam maut nahas di Lahad Datu

TAWAU: Enam orang terbunuh manakala enam lagi cedera dalam kemalangan yang membabitkan empat kenderaan di KM35, Jalan Kunak-Lahad Datu, di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ASP Bong Kuet Khiun, berkata kejadian 10.25 pagi itu membabitkan sebuah bas mini, sebuah Perodua Viva, sebuah lori dan sebuah bas ekspres.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Supt Shamsudin Mat berkata, kenderaan tersebut yang dinaiki 10 orang termasuk pemandunya dalam perjalanan ke Sandakan.

“Kemalangan dipercayai berlaku selepas kenderaan itu hilang kawalan lalu terbabas dan terhumban sejauh 80 meter dari tempat kejadian,” katanya. – Bernama (08.09.2010)