Salam

Hari lebaran semakin menghampiri harinya. Apa yang ingin dicoretkan kali ini mengenai iklan tv raya pada pada tahun ini. Mungkin kita sudah melihat ataupun menonton sendiri iklan raya TV3 baru-baru ini. Hasilnya iklan ini mendapat maklum balas bahawa iklan tersebut tidak bersesuaian dan penggunaan konsep iklan yang seakan-akan mempersendakan agama Islam. Bagi aku sendiri bila terlihat iklan ini rasa terkejut juga, pertamanya penggunaan konsep sambutan krismas iaitu menaiki beca terbang. Luar dari jangkauan memperlihatkan imaginasi tersebut.

Keduanya, penggunaan bunga teratai yang kembang seterusnya mengeluarkan pelita yang boleh dikaitkan dengan unsur agama Buddha. Mungkin persembahan iklan ini menggunakan tema 1 Malaysia tetapi unsur agama dalam iklan ini lebih-lebih lagi sambutan utama yakni hari lebaran seolah-olah dipinggirkan dan lebih menonjolkan keriangan menaiki beza dan memuja bunga-bungaan. Mungkinkah kebetulan?

Ini mungkin pendapat aku sendiri dari apa yang aku saksikan tentang iklan ini. Rasanya berlambak lagi pendapat dan komen yang diberikan terhadap iklan tv3 ini dalam blog-blog mahupun web tertentu. Malahan ada juga yang mempertahankan iklan ini dengan penggunaan konsep tersebut dengan alasan sekadar kebetulan. Terpulanglah. Nak lebih lanjut tentang perdebatan isu iklan tv 3 ini bolehlah minta tolong dengan pak cik google ataupun cik yahoo carikan. Banyak isu.

Apa pun, iklan ini sudah ditarik balik penyiarannya dan pihak tv 3 memohon maaf atas penyediaan iklan tersebut. Boleh dimaafkan cuma di masa akan datang akan lebih berhati-hati lagi terutamanya berkait rapat dengan hal agama. Walau secanggih mana pun iklan tersebut untuk menarik minat penonton tetapi isi kandungannya tetap menjadi persepsi masyarakat untuk dinilai. Jadi, berhati-hatilah.

Boleh tonton iklan ini di bawah :

Iklan aku paling suka setiap kali hari raya adalah iklan yang dibuat oleh Petronas, memang best dan ada unsur yang boleh memberi pengajaran sama ada unsur kasih sayang, kekeluargaan dan sebagainya. Kali ini dan raya tahun ini Petronas membuat kelainan dalam iklan keluaran mereka. Ianya lebih kepada hubungan suami isteri yang selalu bertengkar setiap kali beraya ke kampung halaman masing-masing. Penggunaan konsep hitam putih dan seakan-akan menyerupai adegan lakonan P Ramlee.

Kesudahannya pasangan ini tidak beraya di kampung tetapi orang dan rumah di kedua-dua kampung di angkat ke hadapan rumah pasangan ini. Kira lawak juga. Tapi kurang menyengat sangat berbanding iklan-iklan terdahulu. Tak apalah, mungkin kelainan itu yang membuatkan kita rasa kurang menyengat sebab sebelum ini unsur sedih, kasih sayang yang menjadi paparan. Kali ini berbeza sedikit. Enjot it !

3.26pm

7.9.2010

KUO